BTC USD 43,938.8 Gold USD 1,761.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pasar syurga tempat umat berkenalan, tiada jual beli

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,206
Reaction score
14,987
Points
2,376
Ustaz,

benarkah dalam syurga ada pasar? Saya mohon kepastian mengenai pasar syurga sekiranya ada dalam al-Quran atau lain-lain? Namun, paling penting, bagaimanakah caranya untuk mendapat syurga Allah?

Jawapan Ustaz Zahazan:

Alhamdulillah wassolatuwassalam ala rasulillah wa bad.

Memang ada keterangan daripada hadis menunjukkan bahawa syurga ada pasar. Akan tetapi pasar syurga itu bukanlah tempat berjual beli. Pasar syurga adalah tempat pertemuan dan perkenalan ahli syurga. Di sana mereka saling bercerita mengenai kehidupan semasa di dunia sehingga memperoleh kenikmatan syurga yang abadi.

Imam at-Tirmizi meriwayatkan daripada Said bin Musayyab yang bermaksud: Bahawa sesungguhnya ia (Ibnu Musayyab) bertemu dengan Abu Hurairah pada suatu hari.

Maka Abu Hurairah berkata kepadanya: Aku mohon kepada Allah untuk dikumpulkan-Nya antara aku dan engkau di pasar syurga. Maka berkatalah Said: Apakah di Syurga ada pasar? Jawabnya: Ya, ada.

Dalam riwayat yang lain pula menyebut (yang bermaksud): Sesungguhnya dalam syurga itu ada pasar yang tidak ada padanya jual beli. Akan tetapi apabila sampai ahli syurga di dalamnya, duduklah mereka bersandar di atas mutiara lembut dan tanah dari kasturi. Ketika itu mereka saling berkenalan dalam syurga seperti mereka di dunia. Mereka saling menyebut mengenai ibadat mereka terhadap Tuhan dan bagaimana keadaan mereka menghidupkan malam dengan sembahyang dan berpuasa pada siang hari. Bagaimana kefakiran di dunia serta kekayaannya dan bagaimana keadaannya mati.

Begitulah keadaan pasar di syurga berbeza dengan pasar di dunia. Ahli syurga bertemu di pasar itu pada Jumaat dan keadaan penghuni syurga semakin hari semakin cantik. Hadis riwayat Muslim daripada Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Sesungguhnya di syurga ada pasar yang dikunjungi penghuninya setiap Jumaat, lalu bertiuplah angin dari arah utara yang menerpa wajah dan pakaian mereka, sehingga mereka semakin tampan (cantik) itu, lalu keluarga mereka berkata: Demi Allah kamu semakin cantik. Mereka menjawab: Demi Allah kamu juga semakin bertambah cantik setelah kami tinggal pergi.

Hakikatnya syurga adalah tempat nikmat yang kekal. Penghuninya memperoleh kemuncak nikmat yang tidak dapat dibayangkan. Untuk memperoleh syurga Allah bukanlah suatu yang mudah sebagaimana yang disangka sebahagian orang dengan hanya semata-mata mengakui beriman seperti yang diwarisi oleh datuk nenek.

Juga semata-mata mengerjakan amal ibadat seperti gerak geri sembahyang, menahan dari makan dan minum pada Ramadan, boleh mendapat balasan baik. Padahal hatinya penuh dengan hasad dengki, perasaan dendam, riak, takbur, mulutnya tidak putus-putus berdusta, mengumpat dan membuat fitnah, dan sikapnya memperhambakan diri kepada apa saja yang boleh memenuhi kemahuan nafsunya.

Sesiapa yang demikian keadaannya, jauh sekali memperoleh balasan baik untuk orang yang takut melanggar perintah Tuhan dengan iman yang sebenar-benarnya serta amal ibadat yang dilakukan dengan khusyuk, ikhlas dan bersih dari maksiat zahir dan batin.

Allah SWT berfirman dalam surah al-Bayyinah ayat 7 dan 8 yang bermaksud: Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal salih mereka itulah sebaik-baik makhluk. Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah Syurga Adn (tempat tinggal yang tetap) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya. Allah reda akan mereka dan mereka pun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberian-Nya. Balasan yang demikian itu untuk orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya.

Demikianlah, Wallahualam.
 
Sponsored Post

mr.dede

Legendary Member
Joined
Dec 1, 2010
Messages
11,423
Reaction score
213
Points
123
tak tercapai akal aku nak pk..keadaan dlm surga,masyrakat.cuaca.mknan.rutin harian.family.

yg plg aku tertanya2,adekah dlm surga..hati kita sm cm kat dunia?
 
M+++++++M

Fun Poster
Joined
Mar 20, 2010
Messages
186
Reaction score
2
Points
15
tak tercapai akal aku nak pk..keadaan dlm surga,masyrakat.cuaca.mknan.rutin harian.family.

yg plg aku tertanya2,adekah dlm surga..hati kita sm cm kat dunia?

memang la takkan tercapai fikiran ... jangankan syurga... dalam kubur pun tak ada orang boleh terangkan bagaimana keadaan dia secara real..
 
akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
18,122
Reaction score
2,780
Points
201
إِنَّ فِى الْجَنَّةِ لَسُوقًا يَأْتُونَهَا كُلَّ جُمُعَةٍ فَتَهُبُّ رِيحُ الشَّمَالِ فَتَحْثُو فِي وُجُوهِهِمْ وَثِيَابِهِمْ فَيَزْدَادُونَ حُسْنًا وَجَمَالاً فَيَرْجِعُونَ إِلَى أَهْلِيهِمْ وَقَدِ ازْدَادُوا حُسْنًا وَجَمَالاً فَيَقُولُ لَهُمْ أَهْلُوهُمْ: وَاللهِ، لَقَدِ ازْدَدْتُمْ بَعْدَنَا حُسْنًا وَجَمَالاً. فَيَقُولُونَ: وَأَنْتُمْ وَاللهِ، لَقَدِ ازْدَدْتُمْ بَعْدَنَا حُسْنًا وَجَمَالاً
Maksud: “Sungguh di syurga ada pasar yang didatangi penghuni syurga setiap hari Jumaat. bertiuplah angin dari utara mengenai wajah dan pakaian mereka hingga mereka semakin indah dan tampan. Mereka pulang kepada isteri-isteri mereka dalam keadaan telah bertambah indah dan tampan. Keluarga mereka berkata: “Demi Allah, engkau semakin bertambah indah dan tampan.” Mereka pun berkata: “Kalian pun semakin bertambah indah dan cantik.”
(Hadis Riwayat Muslim, no. 7342)

Surga pasar yg dimaksudkan tempat mereka berkumpul (yaumul jumuah) bertemu sapa, berbincang mengenai kelazatan kenikmatan, sukaria, gelak ketawa,bertanya kabar, ber-istri rehat

FF250530-520-F-46-AF-8-E62-AD6-EF8376-EC6.jpg

Itu la taman2 kebun2 di dlm hati 😝
 
Hanya yang beramal soleh dan terpilih sahaja mampu merasai nikmat syurga
 
akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
18,122
Reaction score
2,780
Points
201
Tak perlu kumpul pahala
Sbb tidak ada jual beli di sana
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,206
Reaction score
14,987
Points
2,376
Tak perlu kumpul pahala
Sbb tidak ada jual beli di sana

Bukan urusan kita untuk mengira pahala
Yang penting buat apa yang disuruh
Tinggalkan apa yang dilarang
Jangan menduakan Dia (Allah)
Dijanjikan balasan syurga
 
lau_kau

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
15,051
Reaction score
2,371
Points
201
Bukan urusan kita untuk mengira pahala
Yang penting buat apa yang disuruh
Tinggalkan apa yang dilarang
Jangan menduakan Dia (Allah)
Dijanjikan balasan syurga
Akudotcom dh pegi syurga dan neraka katanya hehehe
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register