Pasar raya jual patung tercicir

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
SEBUAH kompleks beli-belah di Britain mendapat malu setelah didapati meletakkan tanda harga dan menjual sebuah anak patung cicak milik seorang budak perempuan yang tercicir di premis berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.

Kanak-kanak itu, Poppy Beazley yang berusia tiga tahun, tercicir anak patung Runny di pasar raya TK Maxx dekat rumah mereka, di sini.

Walaupun permainan itu murah, Poppy amat menyayangi patung cicak itu yang dibuat daripada stoking dan bantal yang dijahit oleh ibunya, Stephanie Beazley.

"Dia (Poppy) tidak dapat tidur tanpa anak patung cicaknya," kata ibu berusia 27 tahun itu.

Setelah mencari di merata-rata tempat, Beazley terkejut apabila nenek Poppy memberitahu Runny dijual di pasar raya TK Maxx dengan harga £3.99 (RM21.70).

Keluarga berkenaan percaya staf pasar raya itu menemui anak patung Poppy dan meletakkan tanda harga yang difikirkan sesuai setelah permainan itu tidak terdapat dalam senarai stok barangannya.

"Kami mengambil serius kesilapan ini. Kami memohon maaf kepada Beazley dan satu siasatan penuh mengenainya akan dilakukan," kata seorang jurucakap TK Maxx. - Agensi
 
Top
Log in Register