hiduprakyat
Active+ Member
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 2,902
- Reaction score
- 220
- Points
- 33
PORT DICKSON: Sekurang-kurangnya empat peniaga terjejas susulan sebahagian bangunan Pasar Besar Port Dickson di sini, musnah dalam kebakaran awal pagi ini.
Kebakaran kira-kira jam 3 pagi itu, membabitkan bahagian sebelah kiri dari pintu masuk utama pasar terbabit.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Mohammad Rosman Md Nor, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 3.26 pagi tadi sebelum sebuah jentera bersama 10 anggota bergegas ke lokasi.
"Kebakaran di bangunan Pasar Besar Port Dickson di sebelah kiri dari pintu masuk utama menyebabkan kemusnahan kira-kira 30 peratus membabitkan empat penyewa gerai sayur dan gerai bunga.
"Tiada mangsa yang terbabit dalam kejadian ini kerana kejadian awal pagi di bangunan premis jenis struktur kekal dua tingkat berkeluasan 20 x 60 kaki persegi," katanya ketika dihubungi.
Rosman berkata, bomba mengambil masa 10 minit bagi mengawal api sebelum dipadam sepenuhnya setengah jam kemudian.
== bharian