BTC USD 73,227.8 Gold USD 2,738.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pasangan saksi anak terjun tingkat 3 depan mata

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,896
Points
591
AMPANG: Cukup menyayat hati apabila sepasang suami isteri menyaksikan sendiri tindakan anak mereka berusia 30-an terjun dari sebuah pangsapuri tiga tingkat di Pandan Perdana di sini, kira-kira jam 6.45 petang kelmarin.

Dalam kejadian itu, mangsa dipercayai naik ke atas bangunan berkenaan berseorangan sebelum terjun.

Orang ramai yang melihat kelibatnya di atas bangunan berkenaan mula curiga dan segera memaklumkan kejadian itu kepada keluarga mangsa.

Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

“Ketika kejadian, ibu bapa mangsa bergegas ke kawasan itu selepas dimaklumkan orang ramai, namun tidak sempat menghalang tindakannya itu,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Ampang jaya, semalam.

Abd Jalil berkata mangsa yang cedera parah di kepala maut di tempat kejadian.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa adalah pesakit mental. Kami yakin tiada unsur jenayah dalam kejadian itu.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan pihak berkuasa akan membuka Laporan Kematian Mengejut (SDR) berhubung insiden berkenaan,” katanya.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register