BTC USD 97,313.6 Gold USD 2,868.88
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pasangan kekasih disyaki dera budak hingga maut, suspek lelaki positif dadah - Polis

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
57,445
Top Poster #10
Joined
Jun 17, 2007
Messages
57,445
Reaction score
6,723
Points
881
Awards
1
Pasangan kekasih disyaki dera budak hingga maut, suspek lelaki positif dadah - Polis

Pasangan kekasih disyaki dera budak hingga maut, suspek lelaki positif dadah - Polis
Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Polis menahan sepasang kekasih disyaki mendera sehingga menyebabkan kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang juga anak suspek wanita, di sebuah rumah di Taman Bukit Aman, Ampang dekat sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, berkata terdahulu pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada wanita terbabit pada jam 2.36 petang yang memaklumkan bahawa anaknya yang sedang tidur didapati tidak bernafas.

Susulan aduan itu, katanya, sepasukan anggota polis dikerah ke lokasi untuk tindakan awal.

Beliau berkata, pasukan kemudian mendapati seorang kanak-kanak lelaki berada dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik yang turut hadir ke lokasi.

"Hasil siasatan awal mendapati kanak-kanak itu dipercayai didera oleh ibu kandung dan teman lelakinya di rumah.

"Hasil pemeriksaan awal juga mendapati ada beberapa kesan kecederaan, termasuk lebam di bahagian muka, leher, tangan dan kaki kanak-kanak itu," katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Berikutan itu, Mohd Azam berkata, ibu mangsa bersama teman lelakinya, masing-masing berusia 36 dan 25 tahun, ditahan di Taman Bukit Ampang pada jam 5.15 petang kelmarin kerana disyaki mendera kanak-kanak terbabit.

"Hasil siasatan mendapati ibu mangsa tidak bekerja, manakala teman lelakinya bekerja sebagai jurujual.

"Selain itu, hasil ujian saringan air kencing menunjukkan suspek lelaki positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine, namun suspek wanita didapati negatif," katanya.

Beliau berkata, keputusan bedah siasat mayat mangsa di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pula menunjukkan mangsa meninggal dunia akibat pendarahan di dalam kepala.

"Kecederaan itu disyaki berpunca daripada pukulan dengan objek keras dan tumpul secara berulang," katanya.

Mohd Azam berkata, kedua-dua suspek kini direman tujuh hari bermula hari ini hingga 17 Januari untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, iaitu membunuh.
 
Back
Top
Log in Register