Pasangan Guna Pisau, Gunting, Periuk Dera Amah

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,736
Reaction score
3,779
Points
236
25.11.2020 - Kuala Lumpur, Hanya kerana tidak puas hati dengan prestasi kerja, suami isteri dipercayai mendera pembantu rumahnya sehingga mangsa cedera di seluruh badan. Bagaimanapun, perbuatan itu terbongkar selepas orang awam membuat laporan polis pada 11 pagi semalam. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya bersama sepasukan anggota dari Bahagian Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) Bukit Aman membuat pemeriksaan di rumah pasangan itu di Taman Batu Jinjang, di sini, pada 3 petang, semalam.

"Dalam serbuan itu, kami menyelamatkan seorang wanita warga Indonesia berusia 26 tahun yang bekerja sebagai pembantu rumah selepas dipercayai didera majikannya. Ketika ditemui, mangsa didapati mengalami kecederaan teruk di seluruh badan dipercayai akibat didera. Kami menahan seorang lelaki berusia 42 tahun serta isterinya, 41, selain merampas pisau, gunting, kerusi serta periuk yang dipercayai digunakan untuk mendera mangsa," katanya ketika ditemui, hari ini.

Beh berkata, siasatan awal mendapati mangsa bekerja di rumah suspek sejak 13 bulan lalu dan majikan terbabit dipercayai tidak berpuas hati dengan prestasi kerja pembantu rumahnya. Beliau berkata, selain didera, mangsa turut tidak dibayar gaji dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 44 ATIPSOM 2007 dan orang ramai dinasihatkan tidak menggunakan kekerasan terhadap pekerja mereka sehingga mendatangkan kecederaan. Jika tidak berpuas hati dengan prestasi kerja mereka, majikan boleh beri nasihat dan jangan menggunakan kekerasan hingga melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan," katanya.

Screenshot-3346.jpg


Berita asal https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/11/645884/pasangan-guna-pisau-gunting-periuk-dera-amah
 
Sponsored Post

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,399
Reaction score
1,880
Points
201
Makkk aiii
Nasib la ko mbakkk
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,777
Reaction score
11,628
Points
1,906
kejam sungguh perlakuan mcm ni, mohon didakwa dan dihukum dengan hukuman yg berat
 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Apr 18, 2010
Messages
36,295
Reaction score
2,389
Points
206
majikan cina ke?
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
286,491
Reaction score
11,914
Points
2,376
Kejam majikan gini
Tak pasti la samada amah ni ada buat silap apa²
Tapi dah sampai tahap dera ni memang melampau
Patut dikenakan hukuman dera jugak
Baru tahu macam mana seksa
 
Sponsored Post
Top
Log in Register