Pasangan diperintah mufarakah tapi nikan semula tetap bersalah

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,410
Reaction score
256
Points
81
KOTA BHARU: Pasangan umat Islam yang diperintah bermufarakah (tinggal berasingan) kerana pernikahan mereka diragui boleh dikenakan tindakan walaupun mereka dinikahkan semula.

Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Mohamad, berkata mereka yang melakukan perbuatan itu tidak terlepas daripada tindakan kerana mengingkari perintah mahkamah walaupun mereka melakukan perkahwinan kedua bagi mengelak daripada tindakan oleh pihak berkuasa agama Islam.

Mereka yang melakukan kesalahan itu boleh didakwa mengikut Seksyen 12 Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan yang membawa hukuman denda sehingga RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-dua sekali.

"Oleh itu, pasangan terbabit menanggung risiko dikenakan tindakan jika melakukan perbuatan itu," katanya di sini hari ini.

Baru-baru ini, bekas Ketua Penerangan Pemuda Pas Kelantan, Dr Rosli Alani Abdul Kadir, 39, diperintah bermufarakah oleh Mahkamah Syariah kerana terdapat keraguan mengenai kesahihan perkahwinan dengan isteri keduannya di Subang, Selangor.

Bagaimanapun, selepas itu, mereka dilaporkan berkahwin semula di luar negara.

Daud berkata perbuatan seperti itu dilihat mempunyai dua kesalahan, iaitu melanggar perintah mahkamah supaya bermufarakah, dan berkahwin tanpa kebenaran di luar negeri. - Bernama
 
Sponsored Post

shane

Legendary Member
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,005
Reaction score
208
Points
133
Asalkan sah di sisi Islam, dari berterusan dalam kekhilafan yg memungkinkan berdosa...
 

am2020

Active+ Member
Joined
Nov 1, 2009
Messages
2,731
Reaction score
8
Points
25
betul2 aku setuju...bkn susah pun..nikahkan semula jer kalu meragukan..pastu cuma bg nasihat...aku ingat satu kes mahkamah syariah..org nie berpoligami tanpa kebenaran mahkamah..so mahkamah denda dan penjara sekali..org tu cakap aper..baik saya berzina..hukuman berzina pun x sebarat mcm ni...nama jer mahkamah syriah tp undang2 x syariah..:mad:
 

irsaffy

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2007
Messages
42,957
Reaction score
268
Points
131
undang2 manusia yg membuat nikah ni jd susah..
 

ceria28

Legendary Member
Joined
Mar 13, 2007
Messages
11,901
Reaction score
109
Points
123
Ini bukan memudahkan tp merumitkan. Mmg ramai laaa tak nak kahwin krn payah dan rumit.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register