Pasangan dicekup, larikan MPV polis

CG Sponsors




akudotcom

Super Active Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
9,052
Reaction score
1,715
Points
151
Curi MPV polis: Wanita ditahan bersama suspek bukan kekasih
MOHD ISKANDAR OTHMAN | | 28 Oktober 2020
Rabu | 28 Oktober 2020
865771.jpg

BUTTERWORTH - Wanita yang ditangkap bersama lelaki yang mencuri kereta peronda polis (MPV) jenis Honda Civic di Shah Alam, Ahad lalu bukan pasangan kekasih.
Sebaliknya, wanita berusia 21 tahun itu merupakan mangsa di dalam kes ini yang diperdaya oleh lelaki berkenaan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, hasil siasatan mendapati wanita itu dipaksa oleh suspek berusia 31 tahun untuk ikut masuk ke dalam kereta selepas dia menyamar sebagai anggota polis.
Menurutnya, suspek berusia 33 tahun itu turut mengambil dua buah telefon bimbit mangsa serta sejumlah wang tunai sebelum membawanya menuju ke Kuala Lumpur.
"Sebelum ini tular di laman sosial kononnya perempuan itu kekasih kepada suspek namun sebenarnya dia juga mangsa dalam kes ini.
"Selepas soal siasat dilakukan, mangsa yang bekerja di sebuah kedai telefon di Tasek Gelugor membuat laporan polis kerana disamun oleh suspek," katanya ketika ditemui pemberita di Mahkamah Butterworth di sini hari ini.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan dua beradik melarikan sebuah kereta peronda (MPV) model Honda Civic 1.8S milik Polis Diraja Malaysia selepas menyamar sebagai anggota polis dari bahagian Sumber Teknologi Maklumat.
Kejadian berlaku di IPD Seberang Perai Utara SPU, Ahad lalu.
Bagaimanapun, MPV itu berjaya dikesan di Shah Alam, Selangor dan polis menahan suspek bersama seorang wanita yang berada di dalam kenderaan tersebut.
Sementara itu, Noorzainy berkata, suspek terbabit yang mempunyai sembilan rekod jenayah lampau termasuk dadah akan didakwa pagi ini mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan.
Selain itu, suspek juga akan didakwa mengikut Seksyen 393/ 170 Kanun Keseksaan kerana cubaan samun.
© 2018 All Rights Reserved • Karangkraf Group • © 2018 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf
 
Sponsored Post
Sponsored Post
Top
Log in Register