Pasangan dicekup, larikan MPV polis

CG Sponsors




hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,054
Reaction score
154
Points
33
KERETA peronda polis yang dilarikan dua suspek ditemui semula di Shah Alam pagi ini.


Kuala Lumpur: Dua suspek bertindak nekad apabila melarikan sebuah kereta peronda (MPV) model Honda Civic 1.8S milik pasukan polis di Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang malam tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 9.40 malam itu, dua suspek lelaki dikatakan melarikan kenderaan baru milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkenaan yang berada di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU).

Sumber berkata, suspek dipercayai menyamar sebagai anggota polis dengan memasuki kawasan IPD dengan menunggang motosikal.
"Suspek kemudiannya mendakwa mahu melakukan pemeriksaan terhadap MPV berkenaan sebelum melarikan salah sebuah kereta peronda polis itu.

"Susulan itu pihak polis melancarkan gerakan bagi memburu suspek yang dipercayai melarikan kenderaan itu ke selatan tanah air," katanya.

SUSPEK yang berjaya diberkas polis selepas melarikan kereta peronda polis.


Difahamkan kereta MPV polis itu akhirnya menjaya ditemui semula berhampiran lampu isyarat di Seksyen 9, Shah Alam, Selangor, sekitar jam 2 pagi tadi.

"Dua suspek membabitkan seorang lelaki dan seorang wanita berusia 20-an dan 30-an yang melarikan MPV itu berjaya diberkas polis di lokasi kejadian.

"Ada kemungkinan kereta MPV yang dilarikan itu kehabisan petrol. Motif kereta MPV itu dilarikan masih dalam disiasat," katanya.

Menurutnya, kedua-dua suspek kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam untuk siasatan lanjut.

Kereta MPV Honda Civic 1.8S adalah kenderaan terbaru digunakan PDRM yang dilengkapi peralatan komunikasi dan kamera berteknologi terkini sejak pertengahan September lalu.

Sebanyak 425 kereta Honda Civic 1.8S yang dilengkapi peralatan komunikasi RMPNet, kamera papan pemuka dan perakam video digital mudah alih digunakan PDRM dengan menelan kos keseluruhan bernilai RM67 juta.


== hmetro
 
Sponsored Post

GeeKaDoY

Fun Poster
Joined
Feb 12, 2008
Messages
589
Reaction score
74
Points
30
Gambar awek mana? badboy slalu dapat awek cun.
 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
35,434
Reaction score
2,190
Points
206
ada cubaan create diversion ke apa ni?
main GTA pun tau curi kereta polis hanya mengundang masalah.
 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
9,048
Reaction score
1,715
Points
151
Mentang2 la kete jepun
Waja tanak curik plak
:ROFLMAO:
 

a b c d e f

Super Active Member
Joined
Oct 28, 2010
Messages
7,532
Reaction score
708
Points
121
ada cubaan create diversion ke apa ni?
main GTA pun tau curi kereta polis hanya mengundang masalah.
Tu lah.... Diversion atau taruhan... bawak keluar kete polis menang taruhan RM300,000 cam tu.

Tapi tu akal omputeh. Akal bebudak sini menang taruhan RM30
 

theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
6,722
Reaction score
615
Points
121
Gambar awek mana? badboy slalu dapat awek cun.
tu yg aku x paham dari dulu.

mungkin dalam pemikiran pompuan2 zaman skrg, good boy ni membosankan kot.

pompuan zaman skrg ni jenis x suka kebosanan dan kesepian. once dia dah start bosan, bye bye la korang.
 

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
7,575
Reaction score
506
Points
121
Ni mesti berangan nak pakai Civic Ketam dari mula keluar dulu, tapi nak usaha malas.
Hari-hari hisap dadah sambil berangan.
 

GeeKaDoY

Fun Poster
Joined
Feb 12, 2008
Messages
589
Reaction score
74
Points
30
Baca metroll paper kata ada masalah mental budak ni.

nanti ada la tu berita susulan, "bawa lari keta polis nak tunjuk hebat kat awek."
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,623
Reaction score
4,320
Points
201
Siasat wujud kecuaian MPV polis dilarikan

KUALA LUMPUR: Polis masih menjalankan siasatan dalaman merangkumi pelbagai aspek termasuk kecuaian berhubung insiden kereta peronda (MPV) pasukan keselamatan itu dilarikan dalam kawasan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU), Pulau Pinang.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya, berkata setakat ini, tiada anggota dan pegawai polis yang digantung tugas susulan insiden terbabit.

"Kita masih menjalankan siasatan mengenai kes MPV polis dilarikan itu.

"Mengikut siasatan terkini, tiada anggota yang digantung kerja," katanya pada BH, hari ini.

Kelmarin, dua beradik lelaki dilaporkan membawa sebuah komputer riba kononnya mereka anggota polis dari bahagian Sumber Teknologi Maklumat sebelum melarikan sebuah MPV polis dalam kawasan IPD berkenaan.

Dalam kejadian jam 9.15 malam itu, dua lelaki berusia 28 dan 32 tahun datang ke bahagian MPV terbabit untuk membuat pemeriksaan ke atas kamera (dashcam) dalam kenderaan terbabit.

Sumber dipetik berkata, ketika kejadian terdapat seorang anggota polis berpangkat sarjan bertugas sebagai penyelia MPV dan dia tidak mengesyaki perkara tidak betul terhadap kedua-dua beradik berkenaan.
 

sapit87

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2012
Messages
7,680
Reaction score
256
Points
91
Baca metroll paper kata ada masalah mental budak ni.

nanti ada la tu berita susulan, "bawa lari keta polis nak tunjuk hebat kat awek."
alamak ade kad oku jgk ke dia ni..tp dia ni melayu ssh skit la nk lepas hehe
 
Sponsored Post
Top
Log in Register