Pasangan bertunang dicekup dengan dadah lebih setengah juta ringgit di Marang

CG Sponsors




akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,491
Reaction score
2,008
Points
201
Pasangan bertunang dicekup dengan dadah lebih setengah juta ringgit di Marang
Pasangan bertunang dicekup dengan dadah lebih setengah juta ringgit di Marang

MARANG: Hasrat pasangan bertunang untuk mendirikan rumah tangga terbantut selepas kedua-dua mereka dicekup bersama pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai lebih setengah juta ringgit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Terengganu, Superintendan Tium Ming Kung berkata pasangan yang berusia 21 dan 22 tahun itu diberkas di rumah sewa mereka di Kampung Jambu Bongkok, di sini pada Sabtu.

Katanya hasil serbuan juga berjaya merampas sejumlah dadah disyaki jenis syabu, heroin, yaba dan kodein yang dianggarkan bernilai lebih RM565,000.

Katanya bekalan dadah yang dirampas berkenaan mampu diedarkan kepada lebih 24,000 penagih di seluruh Terengganu.

“Tangkapan keatas seorang suspek lelaki iaitu suspek utama di tepi jalan semasa itu sedang memegang satu objek yang lepas diperiksa disyaki dadah.

“Susulan daripada tangkapan tersebut satu pemeriksaan telah dibuat di rumah dan pelbagai jenis dadah telah dijumpai di rumah dan di belakang rumah suspek tersebut dan dadah tersebut ada juga yang ditanam di tanah di belakang rumah suspek tersebut,“ katanya pada satu sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata selain itu pihaknya juga berjaya merampas wang tunai lebih RM40,000, sebuah kereta, motosikal dan barangan perhiasan.

Katanya suspek lelaki yang berusia 22 tahun itu turut mempunyai rekod lampau kesalahan dadah dan jenayah dan dipercayai aktif mengedar dadah sejak hujung tahun lalu.

Jelasnya pihaknya percaya bekalan dadah berkenaan diperolehi dari negeri jiran untuk edaran di sekitar negeri Terengganu.

Katanya hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua mereka negatif dadah.

Menurutnya pasangan berkenaan direman sehingga 26 Februari bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952.
 
Sponsored Post

faeyzul

Active Member
Joined
Feb 2, 2010
Messages
2,228
Reaction score
123
Points
43
peh, jenuh nk nepis tu. kalo untung mmg leh kawen besar²an, da kantoi x sempat merasa kawen...
 

nokia3210

Active Member
Joined
Sep 6, 2012
Messages
2,478
Reaction score
373
Points
46
baru bertunang, dah duduk sekali ke ..Amerikahhh..
 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,196
Reaction score
2,608
Points
206
tali gantung la jawabnya.
 

theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
7,009
Reaction score
742
Points
121
ni nama dia till jannah ke till jahanam.

konpom dua2 ke tali gantung.

selamat jalan romeo dan juliet.

" Seksyen 39 B dan Seksyen 39 A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 telah digunakan terhadap pesalah yang melakukan kesalahan tersebut di mana ia membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup jika sabit melakukan kesalahan tersebut. "
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
291,133
Reaction score
12,220
Points
2,376
Pasangan bertunang dicekup dengan dadah lebih setengah juta ringgit di Marang
Pasangan bertunang dicekup dengan dadah lebih setengah juta ringgit di Marang

MARANG: Hasrat pasangan bertunang untuk mendirikan rumah tangga terbantut selepas kedua-dua mereka dicekup bersama pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai lebih setengah juta ringgit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Terengganu, Superintendan Tium Ming Kung berkata pasangan yang berusia 21 dan 22 tahun itu diberkas di rumah sewa mereka di Kampung Jambu Bongkok, di sini pada Sabtu.

Katanya hasil serbuan juga berjaya merampas sejumlah dadah disyaki jenis syabu, heroin, yaba dan kodein yang dianggarkan bernilai lebih RM565,000.

Katanya bekalan dadah yang dirampas berkenaan mampu diedarkan kepada lebih 24,000 penagih di seluruh Terengganu.

“Tangkapan keatas seorang suspek lelaki iaitu suspek utama di tepi jalan semasa itu sedang memegang satu objek yang lepas diperiksa disyaki dadah.

“Susulan daripada tangkapan tersebut satu pemeriksaan telah dibuat di rumah dan pelbagai jenis dadah telah dijumpai di rumah dan di belakang rumah suspek tersebut dan dadah tersebut ada juga yang ditanam di tanah di belakang rumah suspek tersebut,“ katanya pada satu sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata selain itu pihaknya juga berjaya merampas wang tunai lebih RM40,000, sebuah kereta, motosikal dan barangan perhiasan.

Katanya suspek lelaki yang berusia 22 tahun itu turut mempunyai rekod lampau kesalahan dadah dan jenayah dan dipercayai aktif mengedar dadah sejak hujung tahun lalu.

Jelasnya pihaknya percaya bekalan dadah berkenaan diperolehi dari negeri jiran untuk edaran di sekitar negeri Terengganu.

Katanya hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua mereka negatif dadah.

Menurutnya pasangan berkenaan direman sehingga 26 Februari bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952.
Panrak
Ramai tokan belah Trg ni
Penjahanam bangsa sdiri
Yang kantoi ni level bilis² je
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
154,296
Reaction score
21,165
Points
1,671
Camne umur cmni dh jd tokan. Kedepan betol budak skg
 
Sponsored Post
Top
Log in Register