pasangan artis berpura-pura rumah tangga bahagia....

CG Sponsors




alonso

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 1, 2008
Messages
62,520
Reaction score
426
Points
531
BERSUNGGUH-sungguh cerita depan orang mengenai kebahagiaan rumah tangganya. Tapi semuanya hanyalah palsu belaka. Nak tergelak dan hampir terhambur jus oren dari mulut Cik Normah mendengar kisah pasangan selebriti ini. Ramai yang meluat dengan mereka berdua sebab suka sangat mempamerkan aksi romantik di khalayak ramai.

Bukan artis itu tak tahu orang meluat. Makin diperhatikan, semakin menjadi-jadi pula sikap pasangan selebriti ini yang hanya membuatkan bulu roma orang sekeliling yang melihatnya meremang. Macam bahan pameran pula mereka berdua bila asyik berpeluk-pelukan bila berdepan lensa kamera atau ketika ditemubual.

Malah si artis pernah beritahu janganlah nak pertikaikan apa yang mereka buat kerana mereka pasangan suami isteri. Dan jangan juga pertikaikan sikap romantik mereka kononnya mereka memang sedang bahagia.

Hentikanlah pura-pura itu kerana menurut rakan Cik Normah, si artis wanita itu suka menunjuk-nunjuk semata-mata padahal makan hati dengan sikap suaminya. Depan orang, tunjuklah seolah-olah mereka pasangan paling bahagia sebaliknya di belakang kita artis itu makan hati dan selalu telefon ke set penggambaran untuk mencari suaminya.

Kata sumber Cik Normah, suami artis itu sering bagi alasan penggambaran sampai ke pagi. Padahal perempuan di kiri kanan pehanya. Isterinya bukan tak tahu perangai suaminya, disebabkan suaminya selalu pulang lewat maka dia pun selalunya menelefon ke set nak tanya suaminya di mana dengan suara yang ala-ala sedih gitu.

Pada pasangan yang mendakwa mereka cukup bahagia ini, usahlah terus berpura-pura. Buat saja macam biasa, pasangan yang baru berkahwin pun tak ‘over’ macam mereka. Kalau setakat berlakon saja, baik tak payah!


sumber : berita harian
 
Sponsored Post

yazaedar

Active+ Member
Joined
Apr 29, 2006
Messages
2,834
Reaction score
4
Points
25
siapakah artis tersebut...jeng jeng jeng
 

kokorez

Active+ Member
Joined
Jan 15, 2006
Messages
3,105
Reaction score
35
Points
30
ala yang masuk sehati berdansa la kan. =P ..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register