akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 56,541
Top Poster #3
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 56,541
- Reaction score
- 6,645
- Points
- 881
- Awards
- 1
Gabungan NGO hantar RM2 juta bantu rakyat Palestin
AZMI YUSOFOctober 25, 2024
KOTA BHARU: Sebanyak 10 badan bukan kerajaan (NGO) di Kelantan menggerakkan semula kempen bagi meningkatkan sokongan orang ramai terhadap perjuangan rakyat Palestin yang dibunuh rejim zionis Yahudi.
- -
Pengerusi Gabungan Suara Gaza, Nazri Deraman berkata, setelah setahun tiga minggu peperangan yang membunuh puluhan ribu penduduk, namun sentimen rakyat di negara ini berkurangan saban hari.
Sehubungan itu katanya, pihaknya menggerakkan usaha bagi memupuk semula solidariti rakyat terhadap perjuangan tersebut yang bermula di Kota Bharu sebelum diteruskan ke jajahan lain.
“Kita mahu semangat solidariti ditingkatkan semula, perang terus berlaku tetapi semangat kita semakin kurang, sepatutnya bila perang berlaku semangat kita terus kuat bagi beri sokongan.
“Hari ini hari pertama kita gerakkan semula di Kota Bharu kemudian terus ke beberapa jajahan lain, usaha ini bagi memberi sokongan dan sumbangan kepada saudara kita di sana,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Himpunan Aman Solidariti Suara Gaza di Dataran Muhammadi selepas solat Jumaat di Masjid Jamek Muhammadi di sini hari ini.
Nazri berkata lagi, sebanyak RM2 juta dana sudah dihantar kepada wakilnya di Gaza bagi menyediakan bekalan air bersih dan bahan makanan seperti beras dan roti untuk penduduk yang terjejas akibat peperangan.
Kini sumbangan rakyat Malaysia khususnya semakin berkurangan, namun situasinya berbeza di Indonesia dan Brunei yang terus menyalurkan sokongan berbentuk kewangan kepada rakyat Palestin.
“Kita mempunyai ahli dalam semua NGO ini hampir 100,000 ahli, dan NGO di Kelantan ada 10, Malaysia banyak lagi, dua di Indonesia, dua di Palestin dan satu di Brunei, kita hantar duit untuk membeli barang keperluaan di Gaza.
“Setakat ini RM2 juta sudah dihantar kita tidak ada sasaran kutipan, kita kumpul dan hantar terus, kita tidak simpan hantar ke sana untuk sediakan air bersih dan makanan keutamaan kita,” katanya. – HARAKAHDAILY 25/10/2024