akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 56,541
Top Poster #3
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 56,541
- Reaction score
- 6,645
- Points
- 881
- Awards
- 1
PAS Wilayah seru rakyat turun ke jalanan bebaskan Palestin
Yusman AwangOctober 7, 2024
Azhar Yahya
KUALA LUMPUR: PAS Wilayah Persekutuan menyeru seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira agama dan bangsa, untuk bersama-sama turun ke jalanan secara aman dalam solidariti menyokong perjuangan rakyat Palestin yang terus ditindas.
Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Azhar Yahya berkata, situasi yang semakin meruncing di Palestin menuntut tindakan tegas dan sokongan berterusan daripada masyarakat antarabangsa, termasuk di Malaysia.
“Sebagai rakyat yang prihatin terhadap keadilan dan kemanusiaan, kita perlu bersatu dalam menzahirkan bantahan secara aman terhadap kekejaman yang berlaku serta menyuarakan tuntutan pembebasan Palestin daripada penjajahan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut beliau, kehadiran rakyat Malaysia amat penting untuk memberi isyarat yang kuat bahawa mereka tidak akan berdiam diri dalam isu tersebut.
“Marilah kita turun ke jalanan demi sebuah perjuangan yang lebih besar – demi keamanan, keadilan, dan kebebasan rakyat Palestin,” katanya.
Terdahulu, orang ramai khususnya kepada pencinta Palestin dan Masjid Al Aqsa diseru untuk hadir program Himpunan Satu Tahun Taufan Aqsa’ yang akan diadakan pada Sabtu, 12 Oktober, jam 2 petang di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS).
Ketua Operasi Sekretariat Himpunan Satu Tahun Taufan Al-Aqsa, Nadzir Helmi dilaporkan berkata, himpunan berkenaan akan bermula di Masjid KLCC dan akan bergerak ke kedutaan AS dengan jiwa yang membara. – HARAKAHDAILY 7/10/2024