BTC USD 92,219.9 Gold USD 3,333.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PAS untuk semua bangsa di Malaysia

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
59,796
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
59,796
Reaction score
6,913
Points
881
Awards
1
PAS untuk semua bangsa di Malaysia

shaheedul.attamimMarch 28, 2024

Abdul Halim (tiga dari kanan) bersama-sama tetamu berbilang bangsa yang hadir dalam Program Iftar Perpaduan PAS Selangor yang diadakan pada Rabu (27 Mac) di Hotel De Palma, Shah Alam, Selangor pada 27 Mac 2024.
SHAH ALAM: Politik yang digunapakai parti PAS tidak hanya berfokuskan kepada orang Melayu dan agama Islam sahaja, tetapi terbuka kepada semua bangsa di negara ini tanpa mengira latar belakang, bangsa mahupun agama.

Hal ini dapat dibuktikan menerusi Program Iftar Perpaduan PAS Selangor yang diadakan di Hotel De Palma, di sini, pada malam tadi yang dihadiri oleh bukan sahaja pemimpin-pemimpin Melayu PAS, malah turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpin yang berlainan bangsa dan agama.

- -

Menurut Pesuruhjaya PAS Selangor,Dato’ Dr. Abdul Halim Tamuri, konsep ‘PAS For All’ yang diterapkan oleh parti itu adalah bermaksud rakyat berhak mendapat perlindungan keluarga, pendidikan dan kehidupan tanpa mengira agama dan bangsa.

“Maknanya kita menjamin semua perkara dan ianya perlu diterjemahkan dalam realiti sebenar. Dalam Islam, ini perlu dilaksanakan. Ianya tanggungjawab kita untuk melaksanakannya,” ujarnya.

Bagi memastikan rakyat di negara ini memahami dan menghormati perbezaan antara satu sama lain, beliau menegaskan bahawa PAS dan Perikatan Nasional akan membuat perubahan di dalam sistem pendidikan yang dilihat menjadi punca kepada ketidaksefahaman antara kaum di Malaysia.

“Sistem pendidikan kita terlalu memfokuskan kepada gred seperti A, B, dan C. Tetapi tiada perkara yang dipanggil sebagai hubungan antara kaum. Inilah yang tiada di dalam sistem pendidikan kita.

“Kalau PAS dan Perikatan Nasional memerintah, saya akan pastikan ini perkara yang perlu dibuat dalam usaha kita untuk menjadikan rakyat negara kita memahami antara satu sama lain,” tegasnya.

Majlis Iftar Perpaduan itu turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpin PAS Selangor termasuk Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Selangor, Shafie Ngah; Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Selangor, Sabirin Marsono; Ketua Dewan Ulama PAS Selangor, Dr. Zamri Zainuldin’ Ketua Penerangan PAS Selangor, Zurk Ahmad’ dan Ahli Parlimen Kapar, YB Dr. Halimah Ali.

Islam tak tindas kaum wanita

Dalam pada itu, Abdul Halim menafikan bahawa Islam adalah agama yang menindas kaum wanita, seperti yang dicanang-canangkan khususnya kepada parti PAS.

Sebaliknya, beliau memaklumkan bahawa Islam adalah agama yang sangat menekankan kepada kedudukan seorang wanita.

“Sebab itu kita perlu mencari jalan bagaimana hendak mengurangkan pergeseran (antara kaum). Jangan cari perbezaan, tetapi cari persamaan. Libatkan diri dalam perbincangan, insya-Allah kita boleh laksanakannya”

“Jika kita melengkapi antara satu sama lain, kita akan dapati perpaduan yang kita perlukan di masa hadapan.” katanya.

Majlis Iftar Perpaduan itu turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpin PAS Selangor yang lain seperti Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Selangor, YB Shafie Ngah, Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Selangor, Hj Sabirin Marsono, Ketua Dewan Ulama PAS Selangor, YB Dr. Zamri Zainuldin, Ketua Penerangan PAS Selangor, Zurk Ahmad dan Ahli Parlimen Kapar, YB Dr. Halimah Ali. -

HARAKAHDAILY 28/3/2024
 
Sponsored Post

Superficial sgt ckp pasal hak wanita, iftar bersama.

Go deeper, fokus apa yg PAS nk provide utk negara,
- cukai mesra marhein hanya dikenakan utk yg kaya,
- Qard Al Hassan utk semua lapisan masyarakat,
- kharaj dan jizyah menggantikan cukai pendapatan (yg jauh lebih rendah dari kadar cukai sedia ada) utk nonmuslim,
- dasar luar negara yg keras terhadap Israel dan negara2 musuh Islam yg lain,
- kritikan dan pembelaan keoada kaum Uiyghur yg ditindas,
- Serta pemberian warganegara yg mudah utk saudara semuslim dari luar terutama Rohingya, berlandaskan hadith Akmukmin lilmukmin jal bunyan yasyuddu ba'duhum ba'da.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register