BTC USD 76,372.9 Gold USD 2,698.01
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PAS tidak akan kecewakan rakyat Malaysia

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
55,608
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
55,608
Reaction score
6,549
Points
881
Awards
1
PAS tidak akan kecewakan rakyat Malaysia

Yusman AwangSeptember 10, 2024

KUALA LUMPUR: PAS telah menempuh perjalanan yang jauh dalam sejarah politik tanah air berdaulat ini dan ia bermula meredah belantara tebal dan penuh halangan serta cabaran di tahun 1950-an lagi.

Yang Dipertua PAS Kawasan Subang, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, PAS terbit sebagai parti terbesar di Parlimen pada hari ini dengan penguasaan di empat buah negeri Melayu.

“PAS bertarung sejak Pilihan Raya Persekutuan pertama pada tahun 1955 dan telah masuk setiap Pilihan Raya Umum; saban kali bertempur dengan musuh tradisinya, Umno bagi menguasai dominasi ke atas sokongan Melayu Islam.

“Ia jatuh dan bangun namun tidak pernah mengalah, hari ini ia telah berjaya. Hari ini Umno cuma tinggal 26 kerusi dan gagal menang walau satu kerusi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perlis, Kedah dan Terengganu.

“Hari ini, PAS lah yang menjadi jurucakap dan suara umat Melayu Islam sebenar menggantikan Umno,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial miliknya.

Dalam pada itu, beliau berkata, dengan pencapaian yang tinggi hasil dari pengorbanan keringat, darah dan air mata ahli dan penyokongnya sejak dari tahun 1950-an, PAS hari ini perlu lebih teguh melangkah ke hadapan.

PAS juga menurutnya, berusaha memastikan apa yang telah dibina terpelihara dan mencipta pencapaian yang lebih tinggi agar segala yang dikorbankan sejak 1950-an tidak menjadi sia-sia.

Tambah beliau, pimpinan dan ahli-ahli PAS perlu lebih matang dan berjiwa besar dengan pencapaiannya hari ini, agar PAS mampu melangkah dengan penguasaan yang lebih besar.

Beliau juga menyatakan bahawa pimpinan dan ahli-ahli PAS perlu perlu ambil iktibar dan belajar dari kesilapan parti dan Gerakan Islam negara lain.

“Jangan sesekali leka dan hanyut dengan pencapaian yang ada, kepentingan dan kebajikan rakyat jelata perlu diutamakan, kestabilan dan kemakmuran negara dipertahankan.

“Wakil-wakil rakyat PAS sama ada di Parlimen mahupun di Dewan-dewan negeri perlu aktif berperanan dan sentiasa ke hadapan membawa serta memperjuangkan isu dan permasalahan rakyat dan negara.

“Kita perlu dilihat terlibat dalam semua isu yang dibangkitkan dan terbit dengan penyelesaian yang tuntas dan kontemporari.

“Buktikan Islam yang kita perjuangkan menyelesaikan masalah rakyat dan negara. Jauhkan diri dari berpolitik kosong, terbabit dalam pertelingkahan yang merugikan,” tegas Roslan.

Beliau berkata lagi, PAS perlu menyelesaikan masalah bukannya sebagai pembangkit masalah dan wajar disenangi rakyat bukannya dibenci.

“PAS berkecimpung selama lebih 70 tahun dalam politik tanah air dan sepatutnya sudah memahami selok belok politik tempatan, masak akan budaya dan amalan rakyat Malaysia dan mampu menjadi pemimpin yang berintegriti dan boleh dipercayai,” jelasnya.

Menurut Roslan, Muktamar PAS Pusat 2024 pada kali ini sepatutnya menyuluh dan mengenal-pasti segala kelemahan yang ada dan ia perlu menjadi forum terbuka yang mendengar suara akar umbi, pimpinan terbuka menegur dan ditegur.

“Buktikan yang PAS berpolitik secara Islam, tiada cantas mencantas, tiada kronisme tiada nepotisme, yang ada adalah mereka yang Ikhlas berjuang atas nama Islam demi bangsa dan negara.

“Rakyat meletakkan harapan yang tinggi pada kita setelah mereka kecewa dan hilang keyakinan pada pimpinan yang telah mengkhianati kepercayaan yang mereka berikan.

“Jangan pula kita mengecewakan mereka. Berilah keyakinan pada mereka bahawa kita sesungguhnya serius bersedia memimpin dan akan berkorban membina Malaysia yang aman sejahtera buat semua.

“Selamat bermuktamar,” katanya. – HARAKAHDAILY 10/9/2024
 
Sponsored Post

AS telah menempuh perjalanan yang jauh dalam sejarah politik tanah air berdaulat ini dan ia bermula meredah belantara tebal dan penuh halangan serta cabaran di tahun 1950-an lagi.
Kehkeh perjalanan pjg mana pun kalau tak reti kerja, takda guna.
Tak leh pakai dah modal panjang2 ni
:D
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register