BTC USD 59,365.9 Gold USD 2,411.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PAS teruskan dakwah, lebar kebaikan kepada manusia

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
51,908
Top Poster #7
Joined
Jun 17, 2007
Messages
51,908
Reaction score
6,292
Points
881
Awards
1
PAS teruskan dakwah, lebar kebaikan kepada manusia

AZMI YUSOFJune 8, 2024

KOTA BHARU: Kelantan diminta sentiasa menjadi guru politik kepada negeri-negeri lain termasuk Kedah memandangkan negeri ini telah lama menjadi kerajaan.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Ahmad Yahaya berkata, Kedah menjadikan negeri Kelantan sebagai guru politik demi meraih kemenangan setiap kali pilihan raya umum (PRU) diadakan.

Menurutnya, dengan pelbagai usaha yang ada, ditambah pula dengan ilmu yang diperolehi daripada Kelantan, akhirnya PAS berjaya menawan Kedah pada PRU12 di bawah era Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abd Razak dengan kemenangan bersama Pakatan Rakyat.

“Ketika itu, PAS menyumbang 16 kerusi DUN kepada Pakatan Rakyat, bagaimanapun kita hanya bertahan sepenggal sahaja,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kota Bharu Ke-57 di Dewan Perniagaan Cina di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena bagaimanapun berkata, pada tahun 2018 iaitu PRU14, PAS dikurniakan 15 kerusi DUN dan dapat mengambil alih kerajaan Kedah pada Mei 2020 selepas beberapa polemik parti pemerintah ketika itu.

Katanya, PAS terus mempertahankan kemenangan pada PRU15 apabila parti itu memperolehi kemenangan besar iaitu Perikatan Nasional memperolehi kemenangan 33 daripada 26 kerusi DUN pada Pilihan Raya Negeri 2023.

Tambahnya, PAS Kedah sentiasa menjadikan Kelantan sebagai guru politiknya untuk menambah kebaikan demi kepentingan rakyat.

Beliau menaruh keyakinan PAS di negeri-negeri lain juga bertindak sedemikian untuk kemenangan pada masa akan datang.

“PAS juga mesti meneruskan dakwahnya, melebarkan kebaikan pada manusia yang turut menjadi agenda perjuangan.

“PAS ditubuhkan bukan hanya untuk berpolitik semata-mata sebaliknya keamanan dan berkasih sayang sebagaimana ajaran baginda Rasulullah SAW,” katanya lagi.

Pada masa yang sama, katanya PAS mengutamakan pendidikan kerana ianya menjadi tunggak penting perjuangan.

Katanya, tidak hanya di peringkat prasekolah (PASTI) sebaliknya peka terhadap Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) dan Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI).

Beliau melahirkan rasa syukur memandangkan pelajar SRITI antara yang cukup cemerlang di peringkat peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK). – HARAKAHDAILY 8/6/2024
 
Back
Top
Log in Register