BTC USD 61,293.6 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pas Sedia Terima Bukan Islam Sebagai Timbalan Presiden PAS

Hidier

Legendary Member
Joined
Feb 6, 2010
Messages
11,681
Reaction score
905
Points
161
http://www.malaysiakini.com/news/190828

'Isu pemimpin non-Muslim boleh timbul gelisah PAS'

Abdul Rahim Sabri
11:33AM Mac 2, 2012

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata "tidak wajar dibangkitkan" isu kesediaan parti itu melantik pemimpin dari kalangan bukan Melayu dan Islam ke jawatan kanan dalam parti itu ketika pilihan raya umum semakin hampir.

Bahkan ahli parlimen Pokok Sena itu berkata, PAS juga tidak pernah membincangkan perkara tersebut seperti yang dibangkitkan oleh ahli parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad dalam satu wacana di Shah Alam baru-baru ini.

Sehubungan itu, Mahfuz berpendapat kenyataan rakannya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat itu sebagai "pandangan peribadi" dan "tidak boleh disamakan" dengan apa yang berlaku seperti Ikhwan Muslimin di Mesir.

"Saya katakan pendapat sebegitu, (kerana ia) boleh menimbulkan kegelisahan orang Melayu dan Islam kepada PAS sendiri.

"Dan keyakinan mereka sendiri terhadap kemampuan dan keupayaan PAS, untuk menjaga orang Melayu dan Islam itu, mungkin juga akan terjejas," katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini.

Mahfuz yang juga yang dipertua PAS Pokok Sena mengulas kenyataan Dr Dzulkefly yang dilapor berkata PAS bersedia melantik pemimpin dari kalangan bukan Melayu dan bukan Islam ke jawatan kanan di parti berkenaan.

'Ikhwan dan PAS berbeza'

Perkara itu ditimbulkan oleh moderator wacana itu Dr Maszlee Malik yang bertanya sekiranya PAS sedia bertindak seperti Ikhwan Muslimin dan Justice Party di Mesir yang melantik seorang pemikir Kristian sebagai naib presiden.

Dalam sidang media kemudiannya, Dr Dzulkefly (kiri) menjelaskan ketetapan seperti itu boleh diubah mengikut tuntutan masa dan buat masa ini mungkin belum sampai masanya untuk PAS berbuat demikian serta perlu dibincangkan dalam muktamar jika dibangkitkan.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga yang dipertua PAS Pokok Sena menganggap PAS dan Ikhwan Muslimin di Mesir "tidak mempunyai persamaan".

"Ikhwan (Muslimin) badan induknya, (dan ada) sebagai parti politik, ianya satu yang berbeza. Di sini PAS itulah induknya, dia juga parti politik. Jadi tidak ada persamaan," katanya.

Sementara itu, Dr Dzul dalam blognya semalam turut membuat penjelasan berhubung kenyataannya dalam wacana yang bertajuk "Mengapa Undi Melayu Pecah" baru-baru ini.
 
Sponsored Post

longlost

Active Member
Joined
Mar 14, 2011
Messages
2,186
Reaction score
18
Points
25
hukhuk..awat la post kat atas tu ditulis ngn tulisan hijau merah tu..
sakit mata den nak baca....

maknanya senang nampak..ahahha:eek::eek::eek: ala tukar selera je..

ini smua sumber utk semua berfikir sejenak...
 

waepy

Active+ Member
Joined
Sep 9, 2011
Messages
4,626
Reaction score
339
Points
51
Idea benar bukan Islam teraju Pas tak betul

image.jpg


KOTA BHARU - Pas tidak perlu meminda perlembagaan untuk membolehkan individu bukan Islam memimpin parti itu, kata Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurutnya, Pas sebagai parti yang berteraskan Islam tidak terikat dengan bangsa, malah bersedia menerima individu dari semua kaum untuk memimpin parti itu dengan syarat mereka mempunyai iman.

“Asalkan mereka beriman, boleh memimpin Pas, tidak kira bangsa apa pun, Islam untuk semua,” katanya ketika ditemui selepas menyampai kuliah khas sempena Tahun Melawat Kelantan di Dataran Ilmu di sini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pandangan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Zulkefly Ahmad bahawa Pas bersedia menerima bukan Islam sebagai timbalan presiden parti sekiranya ia satu keperluan dan ada tuntutan seperti yang dilakukan Ikwanul Muslimin dari Mesir.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menyifatkan cadangan untuk membenarkan bukan Islam memimpin parti itu tidak betul kerana Pas sendiri dilahirkan untuk perjuangkan Islam.

“Bangsa ini sama sahaja, Melayu, Cina Arab, tetapi kalau bukan Islam macam nak pimpin Islam, Begitu juga adakah boleh orang komunis nak pimpin demokrasi, apalagi Islam yang jauh lagi besar, campur dunia dan akhirat,”katanya.

Dalam pada itu ditanya kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahukan Pas melantik Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai pemimpinnya, Nik Aziz berkata “Itu bukan orang politik, tidak sepatutnya bercakap macam itu.”


http://www.sinarharian.com.my/politik/idea-benar-bukan-islam-teraju-pas-tak-betul-1.28891
 

bacter

Fun Poster
Joined
Feb 4, 2011
Messages
616
Reaction score
5
Points
15
aduh..ni dah sangap sokongan k ap ni...mcm mana la nak yakinkan orang nak sokong parti..pendirian pun berubah2...parti islam untuk islam..ni apahal pulak boleh orang bukan islam masuk ni..belum jadi parti memerintah dah mcm ni...kalu jd besok..semua tegadai la jawabnya'
 

ayop

Active+ Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
4,041
Reaction score
0
Points
20
walaupun org kafir kat msia nie
kategori kafir zimmi yg kite disuruh utk berbuat baik,
tapi kafir tetap kafir. depa boleh jadi kafir harbi.
boleh jadi musuh negara , agama, bangsa.
sedangkan kite nak peluk org kafir nie
walau sama jantina ditegah, so fikir lah
ape kesannye nanti, takyah baik2 sgt dengan depa.
kafir tetap kafir.

are u sure they are "kafir zimmi"? :-?
 

slare

Active Member
Joined
Oct 27, 2009
Messages
1,780
Reaction score
8
Points
25
aduh..ni dah sangap sokongan k ap ni...mcm mana la nak yakinkan orang nak sokong parti..pendirian pun berubah2...parti islam untuk islam..ni apahal pulak boleh orang bukan islam masuk ni..belum jadi parti memerintah dah mcm ni...kalu jd besok..semua tegadai la jawabnya'

Bro, kita semu akena bezakan antara lontaran idea dengan dasar. Dr Zulkefli cakap tu cuma lontaran idea bukan dasar. PAS mempunyai mekanisme kawalan yg terbaik kat msia setakat ni. kenapa? jika ada idea yg baru, mereka akan bincang dlm perhimpunan dulu, jika setuju, akan di bawa dlm majlis syura atau whatever (macam MT AMNO) dan jika setuju barulah dilaksanakan. betul tak? SALAH!!!dasar ni kena lepasi satu lagi badan pengawal iaitu Dewan Ulamak!!kalau dewan berpandangan dasar ni bertentangan dgn islam, dasar tu akan dibatalkan..see the diffrent?

AMNO? ha ha mamakkutty sorang pun boleh laksanakan dasar!tu dasar PPSMI dia sorang jer buat keputusan.hasilnya? banyak mana pitih masuk longkang!!!

Jadi, x payah risaulah. Idea2 baru dialu-alukan utk kekal dinamik asal tidak bertentangan dgn islam..:D
 

jokolungo

Active+ Member
Joined
Jul 7, 2010
Messages
4,380
Reaction score
1
Points
25
Bro, kita semu akena bezakan antara lontaran idea dengan dasar. Dr Zulkefli cakap tu cuma lontaran idea bukan dasar. PAS mempunyai mekanisme kawalan yg terbaik kat msia setakat ni. kenapa? jika ada idea yg baru, mereka akan bincang dlm perhimpunan dulu, jika setuju, akan di bawa dlm majlis syura atau whatever (macam MT AMNO) dan jika setuju barulah dilaksanakan. betul tak? SALAH!!!dasar ni kena lepasi satu lagi badan pengawal iaitu Dewan Ulamak!!kalau dewan berpandangan dasar ni bertentangan dgn islam, dasar tu akan dibatalkan..see the diffrent?

AMNO? ha ha mamakkutty sorang pun boleh laksanakan dasar!tu dasar PPSMI dia sorang jer buat keputusan.hasilnya? banyak mana pitih masuk longkang!!!

Jadi, x payah risaulah. Idea2 baru dialu-alukan utk kekal dinamik asal tidak bertentangan dgn islam..:D


sebenarnya lontaran idea ni ditentang bukan kerana idea tu.. tapi siapa yang melontarkan idea tu....
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register