BTC USD 61,130.6 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pas Sedia Terima Bukan Islam Sebagai Timbalan Presiden PAS

sangbogol

CG Top Poster Club
Joined
Dec 12, 2007
Messages
25,193
Reaction score
52
Points
120
walaupun org kafir kat msia nie
kategori kafir zimmi yg kite disuruh utk berbuat baik,
tapi kafir tetap kafir. depa boleh jadi kafir harbi.
boleh jadi musuh negara , agama, bangsa.
sedangkan kite nak peluk org kafir nie
walau sama jantina ditegah, so fikir lah
ape kesannye nanti, takyah baik2 sgt dengan depa.
kafir tetap kafir.

mana tau suatu hari nanti terbuka pintu hati dia untuk memeluk islam?????
 
Sponsored Post

sangbogol

CG Top Poster Club
Joined
Dec 12, 2007
Messages
25,193
Reaction score
52
Points
120
asal tentang je mesti dicop org umno, asal lawan arus je mesti dicop geng umno.. aduhh..:">:">

orang2 mcm korang ni la buat orang2 sekeliling lagi menyampah..

InsyaAllah, kerajaan PAS akan berdiri teguh satu hari nanti.. :)

klu benda yg elok dan tidak salah tak perlulah ditentang,klu benda yg tak elok baru kita tentang!!! Klu sesuatu yg kita nak buat tu bertentangan dengan kehendak agama dan lebih byk keburukannya so perlulah ditentang :)
 
slare

Active Member
Joined
Oct 27, 2009
Messages
1,780
Reaction score
8
Points
25
buang je dr zul tu..buat rosak parti jer

c'mon bro, raikan sebarang perbezaan pandangan atau lontaran idea baru. jangan terlalu jumud macam AMNO. selagi benda belum diputuskan suburkan perbincangan. yang kita x mahu ialah bila dah diputuskan yg tu ditentang macam kes hasan ali ngan kedah tu. yg tu x boleh maafkan.
 
Hidier

Legendary Member
Joined
Feb 6, 2010
Messages
11,681
Reaction score
905
Points
161
http://msomelayu.blogspot.com/2012/03/ulasan-isu.html

Dzulkefly Ahmad Tidak Boleh Idealis Sangat

Selalu terjadi di dalam politik orang Melayu sedia memberi sesuatu yang orang tidak minta, atau pun sebelum orang buka mulut kita sudah memberi. Politik terlebih baik atau terlebih timbang rasa. Politi seperti ini bagi saya politik bermuka-muka dan mengada-ngada hendak menunjukkan kita baik dan profesional?

Sifat politik begini bagi saya sifat politik yang tidak bijaksana dan berhikmah yang mana boleh menyusahkan diri sendiri. Baik-baik orang tidak tahu kita memberi tahu. Walhasilnya kekok dan tersekat-sekat untuk kita menjawab dan melepaskannya bila ada yang mempersoalkan tindakan kita.

Dalam politik kejujuran tidak semestinya kita disanjung dan diterima umum. Kejujuran boleh menyebabkan kita dipalu masalah. Usaha menjelaskan kebenaran di dalam politik kalau tidak dilakukan dengan berhemah ia sia-sia saja dan mendatangkan masalah kepada parti dan diri sendiri.

Demikian juga hakikat dalam politik dan perjuangan tidak semua mengetahuinya. Sebab itu dalam kita mencurahkan sesutau harus bijak membaca apalah ia tidak merugikan diri sendiri atau menguntungkan orang lain atau apa? Mencurah idea tanpa berfikir satu kesilapan.

Itu yang dapat saya simpulkan apa yang berlaku dan dilakukan kepada Pegawai Penyelidik Pas, Dzulkefly Ahmad apabila beliau menjelaskan Pas sedia untuk mengisikan jawatan timbalan presidennya dari kalangan bukan Melayu.

Hakikatnya memang begitu. Pas boleh dipimpin oleh sesiapa saja asalkan ia sedia memperjuangkan prinsip perjuangan Pas. Seseorang itu bukan saja setakat untuk menjadi timbalan presiden tetapi presiden pun boleh kalau ia memenuhi syarat-syarat utamanya iaitu dia mesti beragama Islam dan sedia memikul tanggungjawab dan amanah Islam.

Kalau sekali pun dia Islam berkopiah dan bersarban tetapi mengalpakan kepada prinsip dan dasar Islam dia tidak layak untuk diangkat menjadi wasir atau amir dalam Pas - Islam. Apa lagi yang berpura-pura memegang tasbeh ditangan, mengziarahi kuburan ulamak untuk memperlihatkan dirinya Islam, lagi tidak layak.

Dalam perlembagaannya Pas tidak menetapkan seseorang pemimpin itu mesti Melayu. Pas tidak menjadikan Melayu sebagai syarat tetapi yang penting agama. Lantaran itu perjuangan Pas dilihat lebih universal daripada perjuangan Umno yang terbelenggu dalam soal bangsa dan kaum.

Bagaimana pun walaupun itu hakikat ia tidak perlu diperjelaskan demikian rupa dalam forum terbuka. Dzulkefly tidak payah menjelaskan atau menegaskan Pas bersedia melantik bukan Islam sebagai timbalan presiden. Dalam konteks politik Malaysia yang masih kuno dan rigid ini, pernyataan demikian tidak menguntungkan Pas sebaliknya membahayakan Pas.

Umno yang selalu menanti isu-isu sebegitu akan meneruskan kerja jahat mereka. Lidah Umno akan terjelir tujuh inci bila mendengar Dzulkefly atau sesiapa berkata-kata begitu. Mereka tidak akan melihat dalam konteks maksud sebenar kata-kata itu dan juga hakikat Pas sebagai sebuah badan siasah, tetapi melihat itulah keanjalan atau perubahan Pas yang menghakiskan identiti Pas.

Sudah pasti pernyataan idealis Dzulkefly itu akan diguna pakai oleh Ngo beras kampit untuk menempelak Pas.

Tanggapan ***** yang dibuat atas penegasan tidak berhati-hati dan lebih untuk menunjukkan keterbukaan Dzulkefly itu bukan saja rakyat bawahan yang bingung dan akan terkejut, tetapi bekas Perdana Menteri sendiri turut menjadi bingung sama. Mahathir dalam menerima reaksi kata-kata Dzulkefly itu menyuruh Pas lantik Lim Kit Siang menjadi timbalan presiden Pas.

Saya tidak fikir fikiran Mahathir sesesat itu tetapi dia telah eksploitasikan kenyataan kurang ceramat Dzulkefly kitu untuk mengelirukan pemikiran umum agar menolak Pas.

Makanya dilain kali sebelum mengeluar apa-apa pandangan dan penegasan Dzulkefly hendaklah melihat akan implikasinya. Ingat kejujuran dalam politik tidak akan diterima sebagai satu kebaikan dan dilihat sebagai sesuatu yang ikhlas. Kejujuran tidak bertempat akan mendatangkan masalah.

Bahayanya juga penegasan Dzulkefly itu juga akan dijadikan pegangan dan azimat oleh orang bukan Melayu. Mereka mungkin tidak akan mengungkit hari ini dan esok tetapi untuk masa akan datang. Bila mana Dewan Penyokong Pas telah mencapai angka ribuan nanti ketika itu mereka akan menuntut apa yang diucapkan oleh Dzulkefly itu.

Bukan bermakna ia tidak boleh dilaksanakan tetapi, akibat kata-kata itu menyebabkan orang Melayu akan kerugian satu jawatan penting dalam Pas. Sekali lagi hendak ingatkan ahli Parlimen Kuala Selangor itu kesilapan dalam politik tidak boleh diralat dan ia tetap akan dijadikan petikan sejarah! [wm.kl.4:32 pm 01/03/12]
 
qhalid

Active Member
Joined
Aug 31, 2008
Messages
1,951

yup btul .. kata blogger nih .. tuh yg aku cuba sampaikan .. sebelum lontarkan idea yg "luar biasa" sila rujuk kepimpinan parti dulu. Nih ckp "PAS sedia terima", ckp la "pada pandangan peribadi saya".~X(
 
waepy

Active+ Member
Joined
Sep 9, 2011
Messages
4,626
Reaction score
339
Points
51
Jawatan No 2: Dr Dzul bidas reaksinya diputar

SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad membidas sesetengah pihak khususnya pesaing politik kerana memanipulasi pandangan beliau menyentuh sama ada parti Islam itu sanggup membolehkan bukan Muslim memegang jawatan timbalan presiden.

Ahli Parlimen Kuala Selangor ini berkata, beliau kecewa apabila segelintir ahli partinya dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri salah faham dan memporakperandakan minda rakyat demi kepentingan politik.

"Dalam hampir tiga jam perbahasan bersekali dengan sidang akhbarnya yang menghuraikan pelbagai isu di sekitar tajuk wacana, amat malang sekali, ada pihak yang memanipulasi laporan wacana ini dengan sengaja mengenengah dan kini memporakperandakan minda rakyat yang tampaknya bermotifkan politik.

"Paling mutakhir mantan Perdana Menteri juga ‘tumpang semangkuk’ sekali gus dengan lebih jelas membuktikan bagaimana pihak media yang andainya tidak cermat atau juga punyai agenda tertentu, akan terpalit untuk memenangkan sesuatu tumpuan umum dalam memobilisasi pandangan awam.

"Lebih malang lagi apabila saya kesan ada segelintir kecil pihak Pas sendiri yang terpengaruh meminta saya tarik balik kenyataan saya," kata beliau dalam penjelasan terperinci yang disiarkan menerusi blog beliau.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/jawatan-no-2-dr-dzul-bidas-reaksinya-diputar-1.28705
 
longlost

Active Member
Joined
Mar 14, 2011
Messages
2,186
Reaction score
18

Kenyataan jawatan Timbalan Presiden bukan Islam dimanipulasi
Dr Dzulkefly Ahmad
2 Mac 2012

WACANA ‘Mengapa Undi Melayu Pecah’ anjuran Sinar Harian dari Kumpulan Karangkraf berlangsung pada 28 Februari lalu. Rata-ratanya ia ditanggapi sebagai hangat, tegang tetapi lancar dan terkawal. Mereka yang gagal untuk hadir dalam dewan menonton mela*lui Internet @SinarOnline dan @Mobtv.my. Liputannya dibuat dalam dua keluaran Sinar Harian dan secara verbatim mengikut maklumat pihak pengurusan Sinar Harian.
Dalam hampir tiga jam perbahasan bersekali dengan sidang akhbarnya yang menghuraikan pelbagai isu di sekitar tajuk wacana, amat malang sekali, ada pihak yang memanipulasi laporan wacana ini de*ngan sengaja mengenengah dan kini ‘memporakperandakan’ minda rakyat yang tampaknya bermotifkan politik.

Paling mutakhir mantan PM juga ‘tumpang semangkuk’ sekali gus dengan lebih jelas membuktikan bagaimana pihak media yang andainya tidak cermat atau juga punyai agenda tertentu, akan terpalit untuk memenangkan sesuatu tumpuan umum dalam memobilisasi pandangan awam (public opinion). Lebih malang lagi apabila saya kesan ada segelintir kecil pihak Pas sendiri yang terpengaruh meminta saya tarik balik kenyataan saya.
Nyata bahawa Wacana ‘Mengapa Undi Melayu Pecah’ yang saya kira sihat dan informatif, kini telah diheret pihak tertentu secara sengaja atau tidak bagi menonjolkan isu ‘Pas bersedia dipimpin bukan Islam’.

Bukan tajuk wacana sama sekali, tetapi itulah nasib panelis, yang mesti menjadi peringatan bagi yang bakal bersetuju menjadi panelis. Satu perkara atau isu, yang awalnya ditanggapi isu sampingan atau ‘side-dish’ menjadi habuan utama atau ‘main meal’ bagi lawan politik atau pihak tertentu.
Saya diingatkan supaya tulis penjelasan ini ringkas tetapi jelas. Biar orang kampung semua boleh faham. Saya cuba insya-Allah. Untuk tujuann tersebut, saya mendengar rakaman verbatim dalam @Mobtv.my beberapa kali dan telah pun meminta pegawai saya menya*linnya. Justeru, yang tidak hadir dan tidak dengar perbahasan tiga jam itu tetapi mahu membuat kenyataan rasmi seperti Tun Dr Mahathir termasuk ramai dalam media sosial lain, tolong beri perhatian yang serius.

Soalan daripada moderator, Dr Maszlee adalah ‘Apakah Pas bersedia untuk melantik timbalan presiden daripada kalangan bukan Islam seperti Ikhwan Muslimin baru-baru ini’, tekuni jawapan saya...

Perkara seperti ini bukan perkara-perkara prinsip yang tetap. Dalam (syariat) Islam ada dua perkara kategori (hukum). Satu, perkara ‘Tetap’ yang tidak boleh ubah dikatakan ‘Al-Thawabit’ (tetapi) ini perkara-perkara dalam ruang lingkup ijtihad dan yang dikatakan sebagai ‘Al-Mutaghiyyaraat’ . Dua perkara ini kita mesti bezakan atas apa susun atur politik itu, semua perkara-perkara yang boleh berubah ....

Pada perkara yang boleh berubah, kita ubah pada waktu dan tun*tutannya. Ini perkara ... Pas berani berubah! Ada perkara yang tetap tapi ada perkara yang tertakluk kepada perubahan. Jadi, kita boleh bersedia untuk menerima perubahan dan pindaan seperti itu

Pada persoalan jangka masa ... bila? Jawab saya: Ha! Jangka waktu itu segalanya tertakluk kepada needs atau keperluan. Ya! Terima kasih.
Ketika saya diasak soalan tambahan: “Keadaan sekarang, needs tu dah...?”
Jawab saya: Mungkin belum ada needsnya (keperluannya) tapi kalau dah diutarakan, kita akan bincang dan di muktamar, kita putuskan bersama.
Pada soalan: “Belum dibawa?”
Jawapan saya: “Belum lagi,”

Ini Dr Mazlee pertama kali de*ngar ini. Tapi kalau perkara itu dah menekan, sebab apa? Sebab itu mengikut katanya peredaran…peredaran zaman, ya… dan Islam itu mampu menangani peredaran zaman. Itu yang dimaksudkan... Its able to withstand the challenges of time dan realities. Ini perkara-perkara yang tentunya mendatang, kita akan hadapi pada waktunya dan kemaslahatan kepentingannya.
Nah! Itulah jawapan saya yang telah mencetuskan kontroversi .

Persoalan besar yang ramai menunggu penjelasan ialah mengapa saya berpendirian sedemikian. Ini hujah saya secara ringkasan sahaja bersandarkan hujah yang dikemukakan oleh Al-Imam Mawardi dalam kitabnya, Al-Ahkam Al-Sultaniyyah (Beirut).
Al-Mawardi membezakan jawatan dalam kerajaan (dan ada ulama yang qiyaskan dalam parti-jamaah Islam), kedudukan nombor satu yang disebutkan sebagai ‘Wazir Tafwidh’ tidak boleh diberikan kepada bukan Islam tetapi pada kedudukan ‘Wazir Tanfidz’ (Menteri-menteri Kabinet yang lain atau jawatan lain dalam organisasi), maka ianya boleh sahaja dilantik dan diserah kepada orang bukan Islam.

Apabila saya menjawab dengan positif pada soalan moderator, saya cukup jelas landasan dan sandaran saya. Nombor satu adalah bersamaan dengan kedudukan ‘Wilayatul Tafwidh’ tetapi pimpinan yang lain, timbalan-timbalan bahkan naib-naib juga boleh sahaja dibanyakkan jumlahnya dan disusun atur mengikut kepentingan fasa (fatrah) perjuangan. Ini perkara ijtihadiyyah dan jelas tertakluk kepada ‘penilaian berterusan’.

Di sini, kita tidak perlu jumud dan beku kerana saya bercakap dengan rangka masa depan. Dulu, kita tidak ada Dewan Himpunan Penyokong Pas tetapi kini, sudah ada. Saya boleh bayangkan, suatu hari nanti, kalau ia membesar sehingga akan berlaku pindaan perlem*bagaan Pas yang mencadangkan supaya Ketua Dewan dijadikan salah seorang naib presiden, satu unjuran yang amat munasabah.

Saya cukup jelas dengan kedudukan Majlis Syura Ulama dan muktamar yang sentiasa menjaga landasan parti supaya tidak tergelincir. Tetapi parti mempunyai ruang yang cukup luas dalam pentadbiran, organisasi dan pendekatan (strategi) perjuangan, yang semestinya sentiasa mengalami ‘pembaharuan’ dan ‘renewal’ (tajdid) namun dibuat melalui saluran dan kaedahnya.

Pokoknya, saya tidak kira wajar mengelak berulang situasi di mana kita tolak dan kita sempitkan apa yang sebenarnya luas dan boleh sahaja dilakukan, tetapi atas dakwaaan menjaga ‘jati diri’ atau ‘keaslian’, ada yang kurang senang bekerjasama dengan kelompok dan parti yang tidak berteraskan Islam. Namun apabila Pas mahu wujudkan ‘Tahaaluf’ atau ‘Muafakat Politik’ ahli dan umum, tampak di kaca mata golongan ini bahawa kita semacam berbolak-balik. Sebenarnya tidak demikian.

Sebab itu penting membuat penjelasan awal dan jangan takut menyatakan kebenaran secara berani. Ini sebab kita tidak terangkan bahawa ia boleh sahaja berubah atas tuntutan maslahah fasa perjuangan dalam rangka ijtihad parti oleh kepimpinan tertinggi dan Majlis Syura Ulama.
Saya cadangkan Tun tumpukan menjelaskan dakwaan bahawa dalam era pemerintahannya sebanyak AS$100 bilion (RM330 bilion) hangus kerana ketirisan dan rasuah dalam pengurusan kewangan yang tempang.

* Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat danAhli Parlimen Kuala Selangor

sumber: http://www.sinarharian.com.my/karya...lan-presiden-bukan-islam-dimanipulasi-1.28637
 
Last edited:

achok

Legendary Member
Joined
Jul 8, 2008
Messages
14,749
Reaction score
304
Points
141

kenyataan kat post #1 berlainan pulak dgn yang ini....

gasing siapa yang lagi ligat ni? :-?
 
Hidier

Legendary Member
Joined
Feb 6, 2010
Messages
11,681
Reaction score
905
Points
161
hukhuk..awat la post kat atas tu ditulis ngn tulisan hijau merah tu..
sakit mata den nak baca....
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register