BTC USD 60,545.8 Gold USD 1,737.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PAS Perak akan lapor polis fitnah Harakatdaily

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
12,860
Reaction score
2,143
Points
201
PAS Perak akan lapor polis fitnah Harakatdaily
March 8, 2021
IMG-20210308-WA0049-696x391.jpg

KUALA LUMPUR: PAS Negeri Perak akan membuat laporan polis berikutan muat naik fitnah menggunakan laman Twitter palsu Harakatdaily yang mengaitkan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.

Ketua Penerangan PAS Perak, Ustaz Hafez Sabri berkata, sebaran yang sedang berlegar di media sosial itu berupa seruan mengadakan solat hajat di mana ia berupa propaganda pihak tertentu di mana dinaikkan semalam.

“Untuk makluman semua pihak, tidak ada sebarang arahan dikeluarkan oleh PAS Perak kepada ahli PAS berkenaan perkara tersebut. PAS Perak turut mengecam tindakan Harakatdaily yang cuba mengelirukan orang ramai dengan identiti seakan Harakahdaily,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Advertisement

Menurut beliau, laman tersebut telah banyak mengeluarkan propaganda murahan serta kenyataan-kenyataan fitnah terhadap PAS sebelum ini di mana laporan polis terhadap Harakatdaily pernah dibuat pihak Harakah.

“Pendirian PAS Perak adalah jelas tidak mencampuri sebarang urusan mahkamah. Bagi PAS Perak Mahkamah berhak untuk mengadili mana-mana individu secara bebas dan adil tanpa campur tangan mana-mana pihak.

“PAS Perak akan membuat laporan polis supaya fitnah yang disebarkan oleh Harakatdaily ini diambil tindakan oleh pihak berwajib bagi menutup pintu fitnah yang sedang dimainkan,” tegas beliau.

Sementera itu, Pemuda PAS Perak, Ustaz Ahmad Faisal Mohd Puait memandang serius isu berkenaan kerana kenyataan yang dikeluarkan berniat jahat, fitnah dan cuba memburukkan PAS dengan membawa naratif sengaja direka pihak tertentu.

“Sesungguhnya, politik persepsi pihak tertentu menggunakan nama Harakatdaily adalah sangat jijik dan kotor. Bagi Pemuda PAS Perak, politik persepsi dan fitnah ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dalam masyarakat Malaysia yang membudayakan nilai-nilai murni dan beretika.

“Dalam masa yang sama, kami menegaskan pendirian bahawa kes yang sedang berjalan di mahkamah hendaklah diserahkan sepenuhnya kepada pihak mahkamah untuk membuat keputusan tanpa campur tangan dari mana-mana pihak.

“PAS tidak akan sesekali mencampuri urusan mahkamah dalam menjatuhkan hukuman sama ada diputuskan bersalah atau sebaliknya, dan kami sentiasa memberikan sokongan penuh kepada pihak mahkamah untuk menjalankan fungsi-fungsi keadilan negara untuk manfaat seluruh rakyat Malaysia.

“Yang jelas Harakat bukanlah Harakah dan Harakatdaily bukanlah Harakahdaily. Harakat tidak lebih daripada hanya menjadi simbol politik fitnah yang jijik dimainkan pihak-pihak yang cemburu dengan langkah jaya PAS dalam arena politik negara,” bidasnya. – HARAKAHDAILY 8/3/2021
 

CG Sponsors




Top
Log in Register