BTC USD 55,232.4 Gold USD 1,777.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pas & PBS sertai Perikatan Nasional

Sponsored Post

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
13,156
Reaction score
2,157
Points
201
Tidak benar PAS tinggalkan MN – Ustaz Idris
December 29, 2020
Kuliah-Maghrib-Masjid-Asy-Syakirin-696x522.jpg

KOTA MELAKA: Naib Presiden PAS, Senator Ustaz Idris Ahmad menafikan khabar angin yang tersebar di ruangan maya akhir-akhir ini kononnya PAS bakal meninggalkan Muafakat Nasional (MN).

Menurut beliau, khabar angin tersebut hanyalah sentimen yang dimainkan oleh musuh yang cuba menyusup masuk ke dalam parti gabungan MN ini untuk memecahbelahkan perpaduan di dalam gabungan ini dan memenangkan Pakatan Harapan (PH).

“Saya masih lagi terlibat dalam Jawatankuasa Perunding di Peringkat Nasional dan juga Jawatankuasa Teknikal. Jawatankuasa Teknikal ini saya pengerusi dan Dato’ Seri Khalid Nordin (pengerusi) di pihak Umno.

“Di peringkat jawatankuasa perunding (Umno) diketuai oleh Dato’ Seri Utama Mohamad Hassan dan PAS pula diketuai oleh Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man. Memang baru-baru ni kita mesyuarat… tak ada apa-apa, dan hari ini pun kita mesyuarat lagi,” ujar beliau menyangkal tentang khabar angin tersebut.

Ketika ditanya tentang harapan beliau terhadap masa depan MN, Ustaz Idris berharap agar MN dapat diperkukuhkan lagi kerana ini wadah untuk dua parti yang teras dalam kalangan orang Melayu yang mempengaruhi peringkat akar umbi sama ada di peringkat ahlinya, kepimpinan sehingga ke peringkat bawah.

“PAS juga pernah bersama dengan Parti Melayu, Semangat 46 dan sebagainya zaman dahulu, cuma tidak berapa kuat. Tetapi apabila kita wujudkan perpaduan dengan Umno, kita jadi kuat sebab Umno ni dia ada grassroot dan PAS pun ada grassroot,” ujar beliau.

Sementara itu, apabila diminta mengulas tentang pembentukan kerajaan baharu Perak berkaitan portfolio Exco yang diberikan kepada PAS, beliau berkata orang PAS ini diibaratkan seperti pepatah Melayu tentang benih yang baik.

“Kalau campak di laut jadi pulau, campak di darat jadi gunung. Insya-Allah kita boleh kerja mana-mana tempat dan bukan suatu masalah yang besar,” ujar beliau.

Ustaz Idris berkata demikian kepada Harakahdaily semasa ditemubual selepas merasmikan Maktab Quran Al Iqra di Taman Alai Perdana, di sini, malam tadi.

Terdahulu, Ustaz Idris telah menyampaikan kuliah Maghrib di Masjid As-Syakirin Pasir Puteh, Bachang yang turut dihadiri oleh Exco Melaka, Dato’ Norhizam Hassan Baktee dan Pesuruhjaya PAS Melaka, Dato’ Ustaz Kamarudin Sidek.

Sementara itu, pengasas Maktab Quran Al-Iqra, Dr Mohd Rozey Baba, 51, menjelaskan bahawa matlamat penubuhan pusat ilmu ini adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai yang ingin mempelajari ilmu Al-Quran dengan lebih mendalam melalui pengajian talaqqi, iaitu bersemuka dengan guru tanpa perantaraan.

“Kita akan ajar dia daripada huruf yang pertama sampai juzuk Quran habis dan kita tambah nilai orang awam supaya Al-Quran jadi pakaian harian. Maknanya apabila dia bangun tidur, perkara pertama kalau dia pegang telefon pintar itu, dia akan baca Al-Quran.

“Masa pengajian selepas waktu Isyak dan Subuh manakala pengajian pada waktu siang hari perlu tengok kepada keperluan sebab yang mahu datang kebanyakan yang bekerja,” ujar beliau menjelaskan tentang pusat pengajian ini yang bakal beroperasi pada bulan Januari tahun hadapan. – HARAKAHDAILY 29/12/2020
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,446
Reaction score
12,501
Points
2,376
photo_2021-02-11_23-18-43.jpg

Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional bertarikh 29 Januari 2021 setuju terima masuk keanggotaan Parti Gerakan Rakyat Malaysia bersesuaian dengan Fasal 6.2 Perlembagaan Parti.

#AWANIterkini #PolitikMalaysia

Baca lanjut di: http://bit.ly/AWANI20
 

zari83

Active+ Member
Joined
Nov 24, 2011
Messages
3,049
Reaction score
701
Points
81
Gerakan masuk pn, harap Pas dan Bersatu dapat bertolak ansur utk bg kerusi pada Gerakan atas nama satu kesepakatan.. hidup darurat!!!
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
13,156
Reaction score
2,157
Points
201
Asyraf Wajdi terkhilaf, maafkan dia
February 9, 2021
ASYRAF-696x526.jpg
Gambar fail.
KUALA LUMPUR: Pemuda Perikatan Nasional (PN) menyeru pemuda PN dan PAS memaafkan kekhilafan Ketua Pemuda Umno, Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang memuat naik satu hantaran yang mendatangkan kekeliruan pengguna media sosial.

Ketua Pemuda PN, Senator Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, kekhilafan adalah satu perkara biasa sebagai seorang manusia, malah Dr Asyraf sudah pun memadamkan hantaran tersebut di Facebooknya.

“Sahabat saya, Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Ketua Pemuda Umno terkhilaf.

Advertisement

“Saya menyeru kepada semua pemuda-pemuda PAS dan pemuda-pemuda PN untuk memaafkan beliau.

“Alhamdulillah, posting tersebut pun telah dipadamkan pada page beliau,” ujarnya yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Selasa.

Menurutnya, melakukan khilaf di dalam penilaian sesuatu perkara adalah perkara biasa bagi kita sebagai seorang manusia.

Apa yang penting ialah kita belajar daripada kesilapan kita dan tidak mengulangi kesilapan tersebut, ujarnya.

“Saya sendiri selaku Ketua Pemuda Perikatan Nasional mengambil pendirian untuk memaafkan sahabat saya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki,” katanya lagi

Justeru itu, beliau menyeru kepada semua anak muda daripada semua latar belakang dan pendirian politik untuk memanfaatkan masa darurat ini untuk fokus kepada isu rakyat yang terkesan di luar sana.

“Kita fokus kepada penyatuan ummah dan perdamaian politik. Kita semua mesti bersatu usaha, hati dan doa bagi membendung pandemik Covid-19,” jelasnya. – HARAKAHDAILY 9/2/2021
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register