BTC USD 55,068.8 Gold USD 1,777.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pas & PBS sertai Perikatan Nasional

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,596
Reaction score
12,489
Points
1,906
Pas sertai Perikatan Nasional

19 August 2020

MGF280420_KURNIAAN-PERIBADI-SULTAN-KELANTAN_08-681x454.jpg

Datuk Takiyuddin Hassan. foto SYAFIQ AMBAK, 28 APRIL 2020.

KUALA LUMPUR – Selepas empat hari Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan parti itu akan menyertai Muafakat Nasional (MN), Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan hari ini tampil menjelaskan pendirian parti itu terhadap Perikatan Nasional (PN)

Takiyuddin yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Hal Ehwal Undang-undang) berkata, parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu akan menyertai PN bersama Bersatu.


Jelas beliau, Pas merupakan antara parti penaja gabungan politik baharu, yang muncul selepas perubahan politik pada hujung Februari lalu.

“Pas ada, PPBM ada, BN kena tanya BN, saya tidak pasti,” katanya kepada media selepas majlis serah watikah pelantikan anggota Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak pasti sama ada Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO turut serta sebagai jawatankuasa penajanya.

“Jawatankuasa penaja boleh mana-mana pihak. Lepas ditubuhkan, ahli lain boleh masuk.”

Semalam, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof memaklumkan pendaftaran PN sedang dilakukan.

Katanya, pendaftaran PN sebagai sebuah gabungan sudah dihantar kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Untuk rekod, rakan kerjasama Pas dalam Muafakat Nasional, UMNO sebelum ini mengumumkan ia tidak akan menyertai PN, sebaliknya mahu memperkasakan MN.

Pendirian itu dibuat UMNO pada 30 Julai lalu malah perkara itu diumumkan sendiri presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Malah Ahmad Zahid berkata, sokongan kepada kerajaan PN ketika ini, hanya berlandaskan sokongan Ahli Parlimen UMNO dan BN serta ADUN dalam pembentukan Kerajaan Pusat dan di beberapa negeri. – MalaysiaGazette

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,596
Reaction score
12,489
Points
1,906
perkembangan semalam

Perikatan Nasional dalam proses pendaftaran
000_1RT1I1.jpg


  • 18 Ogos 2020, 1:25 pm


KUALA LUMPUR: Desas-desus mengenai pendaftaran rasmi Perikatan Nasional (PN) yang bertiup kencang akhir-akhir ini bukan lagi ‘cakap kosong’ apabila Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengesahkan perkara itu hari ini.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, permohonan pendaftaran sudahpun dihantar kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan beberapa pindaan perlu dilakukan sebelum gabungan itu diluluskan.

“Ya, kita sudah hantar untuk pendaftaran. ROS ada beri beberapa komen, contohnya saya difahamkan singkatan ‘PN’ telah diguna oleh satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain. Jadi, kita kena ubah, disarankan supaya kita letak Parti Perikatan Nasional.

“Perkara ini melibatkan isu pengurusan dan mereka (ROS) akan beritahu bila ia akan diluluskan,” katanya ketika ditemui pemberita di bangunan Parlimen hari ini.

Sabtu lalu, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan parti itu bersetuju menyertai Muafakat Nasional yang mendukung PN sebagai gabungan besar.

Beliau berkata, keputusan penyertaan itu akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Sebelum ini, UMNO mengumumkan tidak akan menyertai PN sebagai komponen seandainya ia didaftarkan secara rasmi untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Mengulas mengenai perkara yang dibangkitkan UMNO itu, Mohd. Redzuan menambah, sebarang keputusan melibatkan untung nasib PN sebagai sebuah gabungan besar parti pemerintah akan diputuskan melalui MN.

“Itu sebab kita kena ada MN untuk ada satu suara. Jadi, kalau MN menyatakan ya, kita akan lakukan (menjadikan PN gabungan rasmi) maka kita akan lakukan.

“Ia semua melalui perbincangan. Kalau yang bersuara dekat luar, itu pendapat masing-masing tidak melambangkan pendapat MN,” katanya. – UTUSAN



DIKEMASKINI PADA 18 OGOS 2020 @ 3:19 PM


 

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
12,459
Reaction score
2,800
Points
201
Maksudnya PN akan bertanding di kerusi UMNO ke ?
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,596
Reaction score
12,489
Points
1,906
Sinar Harian
12m ·
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun Pas terlibat dalam pendaftaran PN bersama Bersatu, namun UMNO tidak akan menyertainya.

UMNO tidak campur urusan Pas daftar PN bersama Bersatu

19 Ogos 2020



1597845307285.png

Ahmad Zahid


TANJUNG MALIM - UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak campur urusan Pas untuk mendaftar Perikatan Nasional (PN) bersama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun Pas terlibat dalam pendaftaran PN bersama Bersatu namun UMNO tidak akan menyertainya.
Bagaimanapun, kesemua ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari parti itu akan terus menyokong pentadbiran kerajaan PN.

"Kita tidak mahu mencampuri urusan parti lain biarpun mereka bersama Muafakat Nasional tetapi pendirian UMNO dan BN cukup jelas bahawa ahli-ahli Parlimen dan ADUN kita menyokong kerajaan PN.

ARTIKEL BERKAITAN: UMNO umum tarik diri daripada Perikatan Nasional

"Tetapi kita mengambil keputusan muktamad bahawa parti kita tidak akan menyertai PN sebagai komponen namun kita terus mendukung kerajaan yang ada di peringkat pusat dan negeri," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Masjid Saidina Uthman Ibnu Affan, Felda Besout 3, Sungkai di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai tindakan Pas yang terlibat sama di dalam jawatankuasa pendaftaran PN.

Terdahulu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan mengesahkan bahawa parti itu bersama Bersatu dalam proses menubuhkan PN.

Sementara itu, mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Ahmad Zahid meminta calon BN, Mohd Zaidi Aziz terus bertemu pengundi biarpun semua Pusat Daerah Mengundi (PDM) telah dikunjungi.

Jelasnya, gerak kerja PRK kali ini agak mencabar kerana salah satu calon Bebas bertanding didukung oleh parti yang baharu mengemukakan pendaftarannya.

"Perkara itu tentunya sesuatu yang harus didepani dengan semua kaedah pilihan raya.

"Ini berbeza dengan PRK DUN Chini kerana ketika itu keadaan parti yang keluar tak sama," katanya.

Bagaimana katanya, semua permasalahan yang ada di DUN Slim akan ditangani seluruh kepimpinan BN dan UMNO untuk memastikan kemenangan milik BN.

 

aim02Aug

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2011
Messages
7,132
Reaction score
821
Points
121
semua x reti bergaul

bincang lah dgn hikmah

dh tau jahit midee tu terpalut kes mahkamah, jgnlah hamno bwh jahit tu keteghaq sgt
 

aim02Aug

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2011
Messages
7,132
Reaction score
821
Points
121
cacamarba dh muafakat yg ada

cpt2 ke dlm jahit oooiii
 

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
10,411
Reaction score
1,342
Points
201
Pukulan utk umno, jgn sombong nanti terbenam lg kot, ikut la rentak nie nak org ja ikut rentak dia mn boleh
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,596
Reaction score
12,489
Points
1,906
Mak Khuin Weng - マク
2j

PAS Peacemaker

"Takiyuddin yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Hal Ehwal Undang-undang) berkata, parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu pula akan menyertai Perikatan Nasional (PN) bersama Bersatu." (1)

Sama ada anda suka tak suka PAS, mereka sekarang main peranan memaksa Umno yang telah berpecah belah untuk berbaik semula.
Umno memang tak suka PPBM. (2)

Tapi pada suatu ketika dahulu, Umno juga tak suka PAS. Dan sekiranya mereka tidak dapat berdamai dengan PPBM, perpecahan itu akan memberi peluang DAP untuk naik semula.
Jadi soalannya sekarang ialah siapa Umno tak suka lebih - PPBM ataupun DAP?

Susah kan. Haha.

Peace.
1. Pas sertai Perikatan Nasional - https://malaysiagazette.com/…/pas-sertai-perikatan-nasional/
2. https://www.freemalaysiatoday.com/…/umno-grassroots-agains…/

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,596
Reaction score
12,489
Points
1,906
Ab Jalil Backer
53m ·

Uih baru tahu ker Pas dah sertai PN? 😂 dah berminggu dah.

UMNO pun dah buat keputusan tidak akan sertai, sebab itu Bersatu sertai juga Muafakat Nasional.

Jadi UMNO ada pilihan berikut:
1. Kekal bincang isu kerusi dalam Muafakat Nasional dan elak pertandingan tiga penjuru. Ini jalan mudah untuk menang.
2. Bertanding sebagai BN di 222 kerusi. Ini jalan susah untuk menang tapi boleh berjaya jika yang di atas sanggup berkorban dan berkompromi.



Meor Azman Option no 1- memungkinkan UMNO/BN terpaksa berkorban banyak.
Option no 2 - Nampak sedikit keberanian UMNO/BN untuk kekal berdikari.
Option ke 2 rasanya lebih digemari akar umbi.😊
 

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
12,459
Reaction score
2,800
Points
201
Masalah bila join mn,pn..
Masalah kerusi..

Ini tamparan buat umno..
Klo nk kongsi kuasa..
Kne clear pemimpin² yg korup..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register