akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 55,615
Top Poster #5
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 55,615
- Reaction score
- 6,549
- Points
- 881
- Awards
- 1
PAS lancar kempen ‘Bakti Demi Selangor’
AZMI YUSOFOctober 5, 2024
KUALA LUMPUR: ‘Bakti Demi Selangor’ merupakan kempen utama PAS negeri bagi mengekalkan sokongan pengundi Melayu yang telah diraih dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu.
Ketua Penerangan PAS negeri, Zurk Ahmad berkata ia juga bagi meningkatkan sokongan pengundi bukan Melayu sebagai persiapan berhadapan dengan PRU16 akan datang.
“Kempen ini juga bertujuan untuk meluaskan capaian informasi dan maklumat mengenai khidmat bakti PAS Selangor kepada negeri dan rakyat negeri Selangor selama ini.
“(Ia juga untuk) memperkasa usaha-usaha memasarkan tawaran-tawaran PAS Selangor dalam PRU-16 akan datang,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.
Kempen tersebut dilancarkan sebagai gimik pelancaran dalam program Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS ke-70 peringkat Negeri Selangor di Bangi Convention Center, di sini, hari ini.
Selain itu menurutnya, kempen itu dirangka dan dijenamakan selaras dengan perkembangan psikologi politik semasa, pola pengundian di negeri Selangor, serta cabaran politik yang ada.
Tambahnya, ia dijangka menjadi ‘game changer’ dalam landskap politik negeri Selangor pada PRU16 nanti.
Beliau berkata, kempen tersebut mempunyai lima objektif, di mana yang pertama adalah meningkatkan kualiti dan budaya kerja jentera penerangan dalam usaha meluaskan capaian naratif, jenama, serta produk PAS Selangor.
Tambahnya lagi, objektif kedua adalah untuk menyelaras naratif, jenama, serta produk PAS Selangor menjelang PRU16.
Ketiganya, kata beliau, adalah meluaskan capaian naratif, jenama, serta produk PAS Selangor menuju PRU16.
“Keempatnya, ialah memperbetul sikap serta salah faham rakyat Selangor yang fobia dan skeptikal terhadap perjuangan PAS, termasuk dalam kalangan bukan Melayu dan bukan Islam.
“Kelimanya, adalah untuk mengekalkan sokongan pengundi Melayu sedia ada dan meningkatkan sokongan pengundi bukan Melayu dan bukan Islam,” katanya.
Dalam pada itu, beliau menjelaskan bahawa ‘Bakti’ bermaksud PAS Selangor komited untuk bekerja dengan pantas dan efektif dalam menyelesaikan masalah rakyat negeri Selangor.
Zurk menerangkan bahawa ‘Demi Selangor’ bermaksud PAS negeri komited untuk berbakti kepada negeri, Sultan Selangor, serta rakyat daripada pelbagai kaum dan agama, serta mempertahankan kedaulatan dan maruah negeri.
“Pelbagai projek dan program akan digerakkan di peringkat negeri, parlimen dan dewan negeri bagi menjayakan kempen ini,” kata beliau. – HARAKAHDAILY 5/10/2024