iswarahijau
Super Active Member
- Messages
- 6,060
- Joined
- Dec 12, 2007
- Messages
- 6,060
- Reaction score
- 44
- Points
- 70
www.harakahdaily.net
inilah contoh kepimpinana kerajaan PAS kelantan yg diwar-warkan cekap.. cekap sehingga hotel milik kerajaan negeri sekian lama sejak zaman umno memerintah lagi dijual balik kepada PNB milik kerajaan pusat. nak tadbir hotel pun tak bulih,camne la nak perintah negara...
Hotel Perdana dijual RM34 juta kepada PNB
Mohd Nor Yahya
Sun | Oct 26, 08 | 5:41:21 pm MYT
KOTA BHARU, 26 Okt (Hrkh) - Kerajaan Negeri mengambil langkah menjual Hotel Perdana memandangkan perniagaan perhotelan bukan lagi menjadi teras kepada Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK). Iklan
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Dato' Husam Musa berkata, PKINK sebelum ini hanya menjadi perintis kepada industri perhotelan memandangkan ketika itu industri tersebut belum berkembang di Kelantan.
Bagaimanapun katanya, hari ini sudah banyak hotel berkelas bintang yang wujud di Kota Bharu termasuk Hotel Renaisance yang mempunyai taraf hampir lima bintang.
"PKINK hanyalah menjadi perintis menyediakan kemudahan tersebut bagi peringkat awal.
"Bagaimanapun sekarang sudah banyak hotel bertaraf bintang ada di sini menyebabkan industri perhotelan tidak lagi menjadi tumpuan kepada perniagaan PKINK," katanya menjawab soalan Mohd Adhan Kechik (BN-Bukit Bunga) pada persidangan Dun hari ini.
Lagi pun tambahnya, PKINK perlu menyuntik lebih banyak dana bagi meningkatkan taraf hotel tersebut supaya lebih berdaya saing.
Katanya, Hotel Perdana dijual dengan harga RM34 juta kepada Perbadanan Nasional Berhad (PNB), sebuah syarikat milik kerajaan persekutuan yang begitu dikenali.
Beliau berkata, PKINK menggunakan wang tersebut untuk melabur dalam bidang asas perniagaan strategik PKINK termasuk sektor hartanah.
Husam juga berkata, sejumlah RM 4.1 juta daripada bayaran yang diterima digunakan untuk membayar pampasan kepada seramai 170 kakitangan hotel yang diberhentikan.
Menurutnya, daripada jumlah tersebut seramai 24 orang telah mendapat pekerjaan baru.
"Bekas-bekas pekerja juga akan diberi keutamaan oleh PNB untuk diambil sebagai kakitangan hotel baru yang akan beroperasi.
"Hotel baru itu akan dibina PNB setinggi 11 tingkat dan semestinya memerlukan kakitangan yang ramai." ujarnya. - mj _