BTC USD 54,162.4 Gold USD 2,497.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'PAS juga tak akan bekerjasama selagi Zahid pimpin UMNO' - Tuan Ibrahim

notepad

Legendary Member
gem
Messages
15,664
Joined
Sep 17, 2011
Messages
15,664
Reaction score
2,141
Points
266
Awards
1
Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (kanan) dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (kanan) dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


KUALA LUMPUR: PAS juga tidak akan menjalin sebarang kerjasama dengan UMNO selagi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjadi Presiden parti itu.

Demikian menurut Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, sebagai membalas ucapan Ahmad Zahid siang tadi bahawa UMNO tidak akan bekerjasama dengan partinya jika Tan Sri Abdul Hadi Awang terus menerajui PAS.

"PAS pun tak akan menjalin kerjasama selagi Ahmad Zahid jadi Presiden. Saya lihat keputusan (Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap adalah 'signal' jelas.

"Perikatan Nasional (PN) mampu menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 dengan kekuatan yang ada pada PN," katanya ketika dihubungi BH hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN menyatakan Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang tidak konsisten dengan keputusan yang sudah dipersetujui dalam perbincangan secara bersemuka.

Sebaliknya, Tuan Ibrahim yakin selagi Ahmad Zahid menerajui UMNO, ia akan menjadi 'berita baik' kepada PN.

"Penolakan pengundi Melayu bahkan Cina dalam PRK itu jelas rakyat menolak kerajaan. Saya yakin, selagi Ahmad Zahid memimpin UMNO, ia menjadi berita baik bagi PN.

"Kerana ia akan melarikan ahli UMNO kepada PN, bahkan ia menjadi liabiliti kepada kerajaan PH-BN," katanya.
Beliau berkata, Abdul Hadi sudah mengangkat kejayaan besar PAS dalam sejarah perjuangan dan ia petanda beliau berada di atas laluan yang betul.

"Bahkan Presiden PAS terus istiqamah di atas dasar penyatuan ummah atas dasar dan panduan Ilahi, bersatu di atas kebaikan dan taqwa, bukan bertolong bantu dalam mendokong kebatilan dan dosa," katanya.

Untuk rekod, UMNO dan PAS pernah membentuk kerjasama di bawah Muafakat Nasional (MN) selepas berakhirnya PRU ke-13 pada 2018, namun hubungan itu terlerai sekitar 2022.

Keputusan PAS untuk menerima BERSATU sebagai rakan kerjasama politik atas nama penyatuan ummah, bagaimanapun tidak disenangi UMNO yang melihat usaha itu akan melemahkan kedudukan parti Melayu berkenaan.

Kini, UMNO dan BN membentuk blok Kerajaan Perpaduan bersama PH dan parti dari Sabah serta Sarawak, dengan PAS berada di blok pembangkang.

PAS kini mempunyai 43 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat, menjadikan mereka blok parti Melayu terbesar setakat ini, sementara UMNO pula dengan 26 Ahli Parlimen.


 
Sponsored Post

Ada redundant parti dlm PH... PAN n UMNO ..dua2 target undi Melayu... Dua2 merosot sokongan...
UMNO adalah liabiliti kpd PH.... PKR/PAN perlu korbankan kerusi utk UMNO next PRU... kompom nnt rebut kerusi...

PAS tidak perlukan UMNO (UMDAP) buat masa ini.. so statement Zahid ni mcm dia la yg berkuasa utk bergabung dgn PAS padahal PAS lagi suka UMNO dgn PH sbb sokongan utk PAS akan naik..... dan xperlu nak kurangkan kerusi nak bg kat UMNO utk next PRU...

UMNO yg xsuka UMDAP ada alternatif kat Bersatu .... so kat mana relevannya UMNO utk PN buat masa ni?
 

Kamu tak hendak, kami tak mahu – Nik Amar​


WhatsApp-Image-2024-07-09-at-21.14.16_f2643cae.jpg
Ahmad Zahid (kanan), Nik Amar (kiri).

PETALING JAYA – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah hari ini meninggalkan satu hantaran di media sosial Facebooknya dengan satu status yang dipercayai ditujukan kepada Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

ADUN Pachor itu secara terbuka manaikkan satu status seakan-akan memerli ucapan Ahmad Zahid ketika di Perak semalam yang menyatakan gabungan Barisan Nasional (BN) tidak sesekali akan bergabung dengan Pas.

Ahmad Zahid berkata, selagi Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang meminpi parti tersebut, beliau tidak akan sesekali bergabung dengan parti kompenan yang ketika ini berada dalam gabungan parti pembangkang bersama Bersatu dan Gerakan dalam Pakatan Nasional (PN).

“Ayam tak patuk, itik tak sudu. Kamu tak hendak, kami tak mahu!” tulis Nik Amar ringkas di Facebooknya hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid berkata, UMNO atau BN tidak sesekali akan bergabung dengan Pas ketika Pilihan Raya Umum (PRU) nanti kerana presidennya didakwa suka menipu.

“Dah berapa kali saya jumpa bersama Timbalan Presiden (Datuk Muhamad Hasan) untuk berbincang sebelum ini.

“Kali pertama kata ok lepas tu keluar keputusan lain, kemudian jumpa lagi empat mata. Di hadapan kata ‘ok’ keluar keputusan juga lain. Saya tidak akan bergabung dengan Pas selagi Presidennya ada,” ujar Ahmad Zahid ketika ucapannya pada Perhimpunan UMNO negeri Perak semalam. – KOSMO! ONLINE.
 

Abdul Hadi enggan ulas kenyataan Ahmad Zahid​

2720126.jpg

Abdul Hadi yang berucap pada Kelmic ‘24.

KOTA BHARU - Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang enggan mengulas kenyataan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memberi bayangan tidak akan ada kerjasama kedua-dua parti itu selagi Abdul Hadi memegang jawatan.

Abdul Hadi sebaliknya menyerahkan kepada orang lain atau rakyat untuk menjawab perkara itu.

“Biar orang lain jawablah, saya tak payah jawab yang itu atau bagi rakyat jawab.

“Pihak cawangan (Pas) pun boleh jawab,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Persidangan Antarabangsa Kelantan Membangun Bersama Islam 2024 (Kelmic ‘24), di sebuah hotel, di sini, pada Selasa.

Majlis dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Isnin lalu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) menyatakan Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang tidak konsisten dengan keputusan yang sudah dipersetujui dalam perbincangan secara bersemuka.

2720125.jpg

Mohd Nassuruddin (tiga dari kiri) menyampaikan cenderamata penghargaan kepada Abdul Hadi.

Untuk rekod, UMNO dan Pas pernah membentuk kerjasama di bawah Muafakat Nasional (MN) selepas berakhirnya PRU ke-13 pada 2018, namun hubungan itu terlerai sekitar 2022.

Pas kemudian membuat keputusan menerima Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai rakan kerjasama politik atas nama penyatuan ummah.

Kini, UMNO dan BN membentuk blok Kerajaan Perpaduan bersama Pakatan Harapan dan parti dari Sabah serta Sarawak, dengan Pas berada di blok pembangkang.

Pas kini mempunyai 43 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat, menjadikan mereka blok parti Melayu terbesar setakat ini, sementara UMNO pula dengan 26 Ahli Parlimen.



 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register