BTC USD 64,283.2 Gold USD 2,320.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pas jadi sasaran fitnah musuh Islam terutama selepas PRU-15 – Hadi

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
51,240
Top Poster #9
Joined
Jun 17, 2007
Messages
51,240
Reaction score
6,252
Points
881
Awards
1
Pas jadi sasaran fitnah musuh Islam terutama selepas PRU-15 – Hadi

Wartawan MalaysiaGazette28 May 2024

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
KUALA LUMPUR – Pas secara khusus dan semua kumpulan Islam yang benar-benar menegakkan Islam menjadi sasaran fitnah serta tekanan di seluruh pelosok dunia termasuk dalam kalangan umat Islam.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, partinya menjadi sasaran pertama kerana kejayaannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang lalu apabila menjadi parti paling banyak memenangi kerusi di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diperintah.

“Sehingga ditakut-takutkan masyarakat dengan jenama bahaya gelombang hijau. Walau bagaimanapun, Pas tetap memilih pendekatan perlawanan secara damai berprinsipkan demokrasi walaupun berlawan di atas padang yang tidak sama rata dan sistem yang tempang terhadap Islam,” katanya.

Abdul Hadi berkata demikian dalam tulisan Minda Presiden Pas bertajuk Islam Sasaran Fitnah, Di Sini Pas Sasaran Pertama.

Menurut Abdul Hadi, gerakan Islam di seluruh dunia diintip segala kesilapan umat Islam atau direka cipta fitnah terhadapnya.

“Apa sahaja perkara yang kecil akan dibesar-besarkan untuk sebaran atau dicipta yang tiada tindakan semata-mata untuk membawa wajah buruk terhadap Islam,” katanya. – MalaysiaGazette
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register