BTC USD 61,656.6 Gold USD 4,263.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PAS: Daftar pemilih SPR ada senarai 'klon'

jimie lee

Permanently Banned - Multiple ID
gem
Messages
5,244
Joined
Jul 1, 2011
Messages
5,244
Reaction score
839
Points
111
603e0549932b0dcfec2ed955fcf7712d.gif

PAS mendakwa daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya mempunyai senarai 'klon' dan ini melibatkan angka yang besar dan mengejutkan.

Naib presidennya Datuk Husam Musa berkata pendedahan akan dibuat secara berperingkat selepas penyerahan senarai 500 orang pertama kepada SPR baru-baru ini.

80e9b12fbae089bb90d0a72139ab2414.jpg


"Kita akan buat (seperti) persidangan. Kita pamer pada semua orang dan media boleh semak," katanya.

Diminta menjelaskan anggaran jumlah terbabit, Husam bagaimanapun enggan berbuat demikian buat masa ini.

Bagaimanapun, katanya pada sidang media selepas mesyuarat bulanan PAS selepas ini, pihak media akan dibekalkan dengan senarai berkenaan.

Sehubungan itu, Husam sekali lagi menegaskan bahawa PAS tetap menolak sistem biometrik yang mahu diperkenalkan kerajaan.

"Setakat biometrik, tekan (jari pada sistem), timbul (maklumat). Tekan di Bangi, timbul; tekan di Gombak, timbul. Itu saja," katanya sambil menegaskan sistem itu tidak mampu menangani pengundian bertindih.

"Kenapa hendak habiskan wang yang besar dan tidak gunakan dakwat kekal?"soalnya.http://www.malaysiakini.com/news/171090
 
Back
Top
Log in Register