BTC USD 84,228.0 Gold USD 3,022.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PAS cadang kelas pendidikan Islam untuk Menteri DAP

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,861
Top Poster #1
Joined
Jun 17, 2007
Messages
58,861
Reaction score
6,840
Points
881
Awards
1
PAS cadang kelas pendidikan Islam untuk Menteri DAP

IzwanFebruary 4, 2025

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari mencadangkan supaya diadakan kelas pendidikan Islam asas untuk pemimpin-pemimpin DAP khususnya kalangan yang bertaraf Menteri.

- -
Ia susulan tindakan DAP Negeri Pulau Pinang yang dilaporkan sanggup mencari dana bagi membuat kelas untuk mengajar pemimpin PAS mengenai nama-nama dan kebudayaan orang Cina.

“Inilah bukti keikhlasan DAP Pulau Pinang yang sungguh hebat dan mengkagumkan, menitis air mata saya membaca keikhlasan ini. Walaupun saya merasakan cadangan ini bagus, tetapi saya ingin memberikan cadangan yang jauh lebih bagus.

“Iaitu kelas pendidikan Islam yang asas untuk pemimpin DAP yang bertaraf Menteri. Ini kerana ada Menteri daripada DAP yang boleh menyebut perkataan yang bukan hadis, tetapi disebut oleh sebagai hadis.

“Ini sebenarnya satu penghinaan kepada Nabi Muhammad SAW dan kesilapan ini jauh lebih besar berbanding kesilapan mengenal pasti nama-nama dan kebudayaan Cina.

“Kesilapan ini tidak pernah dimohon maaf sehingga ke hari ini seolah-olah ia tidak salah. Menteri sama juga mempermainkan istilah berkait ibadah orang Islam dengan menyebut bahawa dia akan mengadakan solat hajat.

“Ia juga satu bentuk olok-olok yang tidak sepatutnya berlaku,” katanya memulang paku buah keras dalam satu kenyataan di laman _Facebook_ beliau.

Justeru, Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas sebaliknya mencadangkan agar dana yang dikutip oleh DAP itu digunakan untuk mengajar pemimpin-pemimpin parti tersebut.

“Jadi, daripada DAP Pulau Pinang buat kelas untuk pemimpin PAS, lebih baik laburkan dana yang dikutip itu untuk mengajar pemimpin DAP bertaraf Menteri.

“Walaupun Menteri itu ada peruntukan besar daripada kementeriannya, tetapi peruntukan itu tentulah akan digunakan untuk tujuan lain yang lebih penting seperti menghiaskan pejabat dengan hiasan Krismas, Tahun Baru Cina dan termasuklah Hari Raya tidak lama lagi.

“Peruntukan kementerian itu juga tentulah sudah habis digunakan untuk pertandingan tandas dan lain-lain. Saya mohon mencadang,” katanya.

Setiausaha Organisasi DAP Pulau Pinang, Phee Boon Chee sebelum ini berkata, pihaknya bersedia untuk mendapatkan dana dan bantuan daripada tokoh budaya bagi memberikan kursus kepada pemimpin serta ahli PAS mengenai nama keluarga masyarakat Cina. – HARAKAHDAILY 4/2/2025
 
Sponsored Post

PAS cadang kelas pendidikan Islam untuk Menteri DAP

IzwanFebruary 4, 2025

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari mencadangkan supaya diadakan kelas pendidikan Islam asas untuk pemimpin-pemimpin DAP khususnya kalangan yang bertaraf Menteri.
Dicadangkan kelas pendidikan Fitenoh dan tabayyun kepada pemimpin2 Pas supaya Pas tak rugi berjota2 bayar kpd pemimpin DAP
 
yang ni sokong
sebenarnya cara selesai kemelut musuh2 politik dalam luar Mesia ni adalah...
kembalikan penang bawah kedah...settle
DAP ada ideologi utk mengubah hal2 raja berpelembagaan..
membawa dasar liberal dan kapitalis...mentarbiyah kristen sbg agama majoriti dlm negara
bagaimana nak menjaga amanah rakyat, JIKA PARTI ADE IDEALOGI BERLAWANAN DGN RUKUNEGARA???
angkat sumpah depan raja2 sekadar wayang berlakon munafik...
 
Tidak benar itu sedare. Tunjukkan bukti jika ada.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register