BTC USD 86,099.7 Gold USD 3,045.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pas berdiam diri Gerakan kritik isu kedudukan istimewa orang Melayu demi sokongan Cina?

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,806
Top Poster #2
Joined
Jun 17, 2007
Messages
58,806
Reaction score
6,837
Points
881
Awards
1
Pas berdiam diri Gerakan kritik isu Melayu demi sokongan Cina?


Tindakan Perikatan Nasional (PN) yang seolah-olah membiarkan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) 'menghentam' DAP dalam isu kedudukan istimewa orang Melayu, menggambarkan mereka dalam keadaan terdesak.

Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Halimey Abu Bakar menyifatkan, Pas dan Bersatu terdesak daripada segi memerlukan sokongan kaum Cina terutamanya melalui parti Gerakan.

''Sebab itu mereka (Pas dan Bersatu) tidak berani bersuara.

''Bersatu dan Pas terpaksa akur sahaja apa yang Gerakan buat demi untuk mendapatkan sokongan kaum Cina.

''Namun, pada dasarnya mereka sendiri tidak bersetuju dengan kaum Cina,'' katanya ketika dihubungi Suara Keadilan, hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya tentang tindakan PN yang seolah-olah berdiam diri apabila parti komponennya iaitu Gerakan, mengecam DAP kerana tidak menentang dasar yang mengutamakan Melayu setelah berada dalam Kerajaan Perpaduan.

Terdahulu, Timbalan Presiden Gerakan, Oh Tong Keong dilapor mengkritik DAP kerana tidak menentang dasar-dasar yang mengutamakan kaum Melayu secara terbuka.

Kritikan itu timbul apabila Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke tidak pernah membantah kedudukan istimewa orang Melayu dan Islam sejak tertubuhnya Kerajaan Perpaduan.

Susulan kenyataan Gerakan itu, Ahli Parlimen Bangi daripada DAP, Syahredzan Johan menyifatkan, ia adalah bukti PN mengamalkan politik 'pecah dan perintah'.

Beliau berkata, kritikan Gerakan melalui Timbalan Presidennya menunjukkan parti itu sendiri bermasalah dengan kedudukan istimewa orang Melayu yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, meskipun berada dalam koalisi PN.
 
Sponsored Post

Lepas satu manusia bangang,lahir lagi satu manusia bangang

Di dalam satu kenyataan oleh Timbalan Presiden Gerakan yang mengatakan seperti di bawah ni

他批评行动党在涉及伊斯兰化的政策上默认不语,与过去高谈民主、平等、公平的形象大相径庭,如今的表现与巫统无异。
Terjemahan: "Oh Tong Keong juga mengkritik DAP kerana berdiam diri dan tidak menentang dasar-dasar Islam negara."

Saya nak tanya kepada mamat ni,apa maksud kamu apabila kamu mengkritik DAP sebab berdiam diri tidak menentang dasar-dasar islam negara?

Adakah kamu tidak bersetuju apabila DAP tidak mengkritik dasar islam negara??

Sepatutnya bila DAP dikatakan tidak menentang dasar islam negara,kamu perlu menyokong,kerana di dalam perlembagaan jelas memperuntukan kedudukan istimewa orang Melayu dan agama Islam

Adakah kamu berniat untuk menentang dasar-dasar islam negara ini???

Weih apek!!

Tiada sesiapa pon boleh cuba menggugat perkara tersebut,kamu mahu sentuh,langkah mayat kami dahulu!!

Bersatulah wahai bangsaku,kaduk semakin naik junjung

Dr akmal saleh

Laporan akhbar tersebut boleh dibaca di https://www.facebook.com/share/p/1MKeHaLUXk/
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register