BTC USD 37,241.2 Gold USD 1,797.45
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PAS akan bertanding pada PRN Sarawak

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,376
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,376
Reaction score
3,213
Points
261
Awards
1

PAS akan bertanding pada PRN Sarawak​

November 26, 2021
tuan1-2-696x433.jpg

KUALA LUMPUR: PAS membuat keputusan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 dan akan memutuskan jumlah kerusi setelah berunding bersama PAS Sarawak.

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata perundingan itu dijadualkan berlangsung bersama PAS Sarawak pada hujung minggu ini.

“PAS akan bertanding di Sarawak, dan memutuskan jumlah kerusi setelah perundingan dengan PAS Sarawak pada hujung minggu ini.

“PAS yakin pengundi Sarawak akan memberi undi kepada calon yang diturunkan terdiri daripada anak Sarawak dari pelbagai bidang kepakaran dan ketokohan,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.



Sementara itu, Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian turut menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar lebih terbuka dalam kempen dan gerak kerja PRN.

Katanya, hal ini berikutan situasi liputan media yang dilihat sangat terbatas di Sarawak yang menyukarkan penggunaan media baharu dalam kempen.

Selain itu, beliau turut melahirkan rasa dukacita dengan kenaikan mendadak tiket penerbangan ke Sarawak, dan mengganggap hal sedemikian tidak sepatutnya berlaku.

Pada Rabu, SPR menetapkan 18 Disember sebagai tarikh pengundian bagi PRN Sarawak ke-12 sementara penamaan calon pada 6 Disember dan pengundian awal 14 Disember.

SPR tidak dapat mengadakan PRN Sarawak selepas tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) berakhir pada 6 Jun lepas berikutan perisytiharan darurat di seluruh negara ketika itu.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengisytiharkan darurat di seluruh negara pada 11 Jan sehingga 1 Ogos, bagi mengekang penularan Covid-19.

Apabila darurat di seluruh negara berakhir pada 1 Ogos, Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat di Sarawak bermula 2 Ogos hingga 2 Feb 2022. Darurat itu ditarik balik pada 3 November, sekali gus membolehkan SPR mengadakan pilihan raya Sarawak.

Susulan penamatan darurat itu, DUN Sarawak turut terbubar pada 3 November, memberi laluan kepada PRN ke-12 di Sarawak yang mempunyai 82 kerusi DUN. – HARAKAHDAILY 26/11/2021
 
Sponsored Post

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,376
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,376
Reaction score
3,213
Points
261
Awards
1

PRN Sarawak: Dewan Muslimat PAS Malaysia sedia hantar petugas​

November 26, 2021
nuridah-2.jpg

Oleh : SARINA ISMAIL

PADANG TERAP
: Dewan Muslimat PAS Malaysia bersedia menghantar petugas untuk membantu Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 pada 18 Disember akan datang.

Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh berkata, sungguhpun begitu, pihaknya akan menunggu arahan dan keputusan PAS Pusat terlebih dahulu berkenaan hal itu.

Advertisement

“Kita tunggu arahan dulu.Bukan sahaja Dewan Muslimat, Dewan Pemuda juga begitu. Samada perlu hantar kontijen (petugas) atau tidak. Semuanya masih dalam proses,” ujarnya ketika ditemui HarakahDaily di Padang Terap, semalam.

Menurutnya lagi, sehingga kini belum ada keputusan rasmi (hitam putih) sama ada PAS akan meletakkan calonnya pada PRN negeri berkenaan.

Sungguhpun begitu, tambahnya, PAS sentiasa bersiap sedia dan sudah mempunyai pengalaman bertanding pada PRN Sarawak sebelum ini.

“Sebelum ini PAS sudah banyak kali bertanding di Sarawak dan harapnya untuk PRN kali ini, PAS diberi laluan,” katanya lagi.

pas-padang-terap.jpg
Nuraidah ketika menziarahi empat AJK Dewan Muslimat PAS Padang Terap yang masing-masing kematian suami
Walau bagaimanapun kata Nuridah lagi, operasi kali ini kemungkinan seperti PRN Melaka yang lepas memandangkan negara masih berada dalam pandemik Covid-19.

“Oleh itu andai diarahkan nanti, petugas yang hadir ke Sarawak terpaksa dihadkan juga seperti PRN Melaka baru-baru ini. Namun dalam apa juga keadaan, kita (muslimat) sentiasa bersiap siaga dan menyahut cabaran,” tambah beliau.

Sempena lawatannya ke Kedah, Ahli Dewan Negara itu menziarahi empat balu dari kalangan ahli jawatankuasa (AJK) Dewan Muslimat PAS Padang Terap yang masing-masing kematian suami.

AJK Dewan berkenaan ialah Ketua Lajnah Kebajikannya, Fatimah Abdul Halim; Ketua Dewan berkenaan, Sariah Salam; Setiausahanya, Sofiah Othman dan juga Timbalan Ketuanya, Rosna Hamid.

Dalam masa yang sama Dewan Muslimat PAS Padang Terap juga kehilangan ahli jawatankuasanya (bendahari) yang komited, Siti Rubiah Mahmud. – HARAKAHDAILY 26/11/2021
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register