Paru-paru Berair. Mintak Pendapat Korang Semua :'(

CG Sponsors




Status
Not open for further replies.

syafsp

Passed Away
Joined
Mar 31, 2009
Messages
2,932
Reaction score
558
Points
71
Salam pembuka bicara.

Aku just nak tanya korang semua, aku ada mengalami paru-paru air (pleural effusion). Dekat sebulan rasanya benda ni jadi kat aku. Pada mulanya tak tau, ingatkan penat/asthma biasa je la. Doktor bagi la ubat batuk + penat sikit. Selalunya kalau aku mengalami penat, makan ubat tu dalam 2,3 hari legalah. Ini sampai sebulan tak lega. Aku buat la X-Ray, tengok-tengok doktor cakap ada air di dalam mengelilingi paru-paru tu.

Yang ketul hitam tu, paru-paru normal la, yang sebelah kanan tu tak normal. Putih byk tu ada air la.

Rawatan yang aku buat setakat ni, doctor baru tebuk kat pinggang aku utk bawa keluar air, tapi sikit ja, tak semua sebab doktor kata doktor nak test dulu air apa. Kalau keluar semua air pun, ada risikonya juga katanya. So, sampai sekarang pakar tak jumpa lagi apa sakit aku. Tunggu 29/11 ni baru nak jumpa doktor pakar yang lagi tinggi tu semula.

Doktor pun heran, sakit macam ni, sepatutnya dah terlantar dekat hospital, pakai alat sedut dan lain-lain lagi, tapi aku lain, masih boleh berjalan, buat kerja lagi. Cuma tak boleh keje berat langsung, cepat penat. Baru jalan-jalan nak keluar depan rumah, dah macam penat lari 300meter :(
Yer la, paru-paru ada dalam air, so nak pump pun jadi susah la (seolah-olah macam kita ada dalam air, tak boleh bergerak laju macam di darat)

Aku tak tau sebab apa jadi macam ni. Aku :
- NO mandi malam
- NO merokok
- NO batuk-batuk ( Tp skrg dah mula nak batuk, sebab doktor tak bagi ubat apa-apa pun kat aku suruh makan sehingga jumpa dia 29/11)
- NO demam
- NO tekanan darah tinggi atau rendah (normal)
- NO faktor keturunan dari datuk nenek hingga ke family aku ( kencing manis, darah tinggi pun tak da sampai ke aku)
Cuma aku ni aktif bersukan la juga. Ada yang teori mengatakan mungkin paru-paru aku kuat sebab sukan (rajin bersenam), tu yang masih boleh control walaupun ada air dalamnya. Ada juga tak boleh aktif sukanlah. Aku pun tak tau mana satu betulnya teori ni :-?

Bukannya apa, susah la kalau jadi macam ni, tak boleh nak buat kerja apa langsug. Bergerak skit, dah rasa penat (tercungap-cungap).

Aku di sini, nak mintak pendapat, pengalaman, dan lain-lain lagi dengan warga CIGGY yang tau pasal ni dan juga ada rawatannya tak, share-share la kat sini yer. Doa-doakan agar cepat sembuh. . . Amin. . .
:)





UPDATE!!! 31 December 2010
Salam utk semua yang membaca thread aku ni. Terima kasih aku ucapkan atas sokongan anda semua.
Ya, mmg agak lama aku tak post thread ni dan juga thread lain kerana 1/12/2010 aku dimasukkan ke wad sehingga malam 31/12/2010 baru aku keluar wad. Tu pun seminggu je, rehat di rumah (boleh la on9 updated apa yang terbaru kat CG ni :D).
Lepas tu kena masuk balik utk smbung rawatannya.
Ni sedikit update berkenaan penyakit aku dan rawatannya.

Berdasarkan apa yang aku faham, penyakit aku di namakan Lymphoma (kanser darah ataupun kanser kelenjar) tapi aku lebih kepada kepada darah.
Sel-sel darah dalam badan aku tak normal seperti biasa. Contoh macam aku, sel-sel darah aku agresif dan membentuk air menyerang di peparu aku (sebab tu di katakan paru-paru air mulanya).
Ada juga sesetengah pesakit, jadi macam lain. Ada yang berbiji/bengkak di leher, kaki, tangan. Ada juga jadi asyik demam je. Lymphoma ni macam-macam boleh jadi. Tapi aku tak tau tahap mana keseriusannya untuk aku punya la. Harap-harap cepat legalah.

Antara rawatan yang perlu buat berdasarkan penyakit aku ni ialah Kimoteraphy(xtau nak eja macam mana, tapi orang pggil "kimo" je).
Kimo ada byk tahap. Kimo ni effect boleh tahan, air kimo dimasukkan melalui darah dalam badan (bukan minum) tapi macam drip water ler.
Apa yang berlaku kepada pesakit lepas buat kimo:
- muntah, loya
- panas dalam badan(ubat/air kimo tu panas skit)
- semua sel dalam badan akan mati, sebabnya bila masuk kimo, memang utk mematikan sel kanser, tp bila dok dlm badan dia xkenal sapa dah. dia bunuh je semua sel-sel dlm badan tu.
- rambut akan gugur gler-gler punya
- demam

Antara rawatan yang aku lalui selama aku "tak hidup" kat CIGGY ni :
- 4/12/2010 aku di pasang 'chest tube' (tebuk dan masukkan paip) dalam badan aku kat tepi tulang rusuk tu utk keluarkan air. dekat 4 litres air gak la telah dibuang, sebab air tu bila dah habis, naik balik. yang ni lah saat paling teruk aku penah lalui, batuk teruk tanpa henti lepas air tu keluar banyak. separuh mati ~X( nanti aku update gambar tgk.

- 14/12/2010 Buang 'chest tube' tu, sebab air pun dah mula tak de.
- Bone Marrow (ambil cebisan tulang belakang + darah skit utk pastikan penyakit Lymphoma, ternyata betul)
- Ambil air tulang belakang dan masuk skit ubat kimo utk mgelakkan berlaku serangan di otak.
- 19/12/2010 pasang kimo 3,4 hari juga la.
- 22/12/2010 satu lagi kimo tapi melalui suntikan.
- 25/12/2010 xray terbaru, air tak de dah, boleh bernafas seperti biasa dah. tak rasa penat ataupun sesak nafas.
- 31/12/2010 aku discharge (boleh balik)

Doktor bagi rehat seminggu je, lepas tu masuk wad balik utk 2nd round kimo pada 9/1/2011. dalam buku tu tulis sekurang2nya 6 round buat kimo. makan masa jugalah kaedah kimo ni.

Sampai sini pertuturanku. yang mana ada pengalaman atau cerita bolehlah dikongsi bersama. kalau xdengar cerita byk hari dari TT ni bermakna, TT masuk wad balik ler tu.. :):D:D:D

Pesanan dari TT, TT menyokong 100% di CIGGY ni.. :)cgrock






UPDATE!!! 10 January 2011
Salam semua. Ya kali ni TT dah balik utk 2nd round Kimoterapi. Dekat sebulan juga lah dok sana. Dan aku dapat tau penyakit aku ni dengan lebih terperinci dinamakan T-Lymphoblastic Lymphoma.
Antara yang aku buat kali kedua ni,
- Seperti biasa masuk ubat kimo dalam badan ni.
- Ambil air sumsum tulang sekali lagi (tapi kali ni effect dia terok sangat, aku pening kepala sampai 2minggu)
- Sakit2, demam2 tu biasalah bila buat kimo ni.
- Alhamdullilah air dalam paru-paru tak ada dan tak naik dah.

Cuma, lepas aku balik ni, dia suruh datang balik pada 7/2/2011. Untuk kali ke-3. Semua ada 6 kali. Tapi entah lah, hati aku 50/50 nak datang balik. Sebab effect dia teruk sangat :
- urat2 saluran darah semua mati habis (sebab kimo tu panas)
- sel pun banyak yang dah mati, so ambil masa juga untuk pulih.
- dah tu, doktor kata kalau urat2 dah mati, nanti doktor akan tanam salah satu alat seperti paip dalam badan (bawah skit pada bahu sebab kawasan tu urat dia besar, so boleh la amik masukkan ubat kimo melalui situ - yang ni memang dah nampak ketara dah. aku tak kan buat :mad::mad::mad:
- bukan tu saja, ingatkan lepas habis 6 round kimo tu selesai la masalah, tak lagi, mungkin akan buat 'transplan' pemindahan sumsum tulang adek-beradek kat aku. sapa yang mau, kalau mau pun aku tak sanggup.

Bila pikir-pikir balik, dah melarut macam-macam dah, buat ini buat itu, diorang ingat aku ni bahan uji kaji ke???? :mad::mad:
Sedangkan air dah dibuang, aku pun dah boleh bernafas macam biasa. So apa kaitan nak pindah sumsum tulang la. Seolah-olah macam nak lawan pemberian yang Allah beri dan juga nak tukar kejadian Allah Taala.
Banyak sangat benda negatif yang aku dengar bila buat kimo ni. Keburukan dia banyak lagi daripada kebaikan.. :-?:-?
Banyak pesakit kat situ kata macam tu, diorang cuma suspek(teka) sakit apa pastu bagi ubat. Padahal belum tahu lagi penyakit apa. Pastu kasilah ubat kat pesakit, kadang-kadang ada yang tak sakit macam doktor suspek, lepas makan ubat lagi jadi terok. Ada juga yang macam tu. Naik takut aku dengar.

Doktor ada cakap, buat kimo pun peratus nak lega dalam 30% je. Kalau nak elok buat 'transplan' pemindahan sumsum tulang tu ler. Itupun bukan betul2-betul lega, dalam 60%-80% je. Tapi kalau buat transplan ni macam tak sanggup je. Dah la makan masa, terok balik badan ada la, daripada dok elok, tak pasai-pasai KIOK! :mad:

Tu la nak mintak pendapat warga CIGGY perlukah aku sambung lagi atau pun cuba ikhtiar rawatan Islam pulak?? Harap-harap warga CIGGY dapat beri pandangan :)










 
Last edited:
Sponsored Post

random1

Active+ Member
Joined
Dec 26, 2008
Messages
3,071
Reaction score
49
Points
30
Salam pembuka bicara.

Aku just nak tanya korang semua, aku ada mengalami paru-paru air (pleural effusion). Dekat sebulan rasanya benda ni jadi kat aku. Pada mulanya tak tau, ingatkan penat/asthma biasa je la. Doktor bagi la ubat batuk + penat sikit. Selalunya kalau aku mengalami penat, makan ubat tu dalam 2,3 hari legalah. Ini sampai sebulan tak lega. Aku buat la X-Ray, tengok-tengok doktor cakap ada air di dalam mengelilingi paru-paru tu.

Yang ketul hitam tu, paru-paru normal la, yang sebelah kanan tu tak normal. Putih byk tu ada air la.

Rawatan yang aku buat setakat ni, doctor baru tebuk kat pinggang aku utk bawa keluar air, tapi sikit ja, tak semua sebab doktor kata doktor nak test dulu air apa. Kalau keluar semua air pun, ada risikonya juga katanya. So, sampai sekarang pakar tak jumpa lagi apa sakit aku. Tunggu 29/11 ni baru nak jumpa doktor pakar yang lagi tinggi tu semula.

Doktor pun heran, sakit macam ni, sepatutnya dah terlantar dekat hospital, pakai alat sedut dan lain-lain lagi, tapi aku lain, masih boleh berjalan, buat kerja lagi. Cuma tak boleh keje berat langsung, cepat penat. Baru jalan-jalan nak keluar depan rumah, dah macam penat lari 300meter :(
Yer la, paru-paru ada dalam air, so nak pump pun jadi susah la (seolah-olah macam kita ada dalam air, tak boleh bergerak laju macam di darat)

Aku tak tau sebab apa jadi macam ni. Aku :
- NO mandi malam
- NO merokok
- NO batuk-batuk ( Tp skrg dah mula nak batuk, sebab doktor tak bagi ubat apa-apa pun kat aku suruh makan sehingga jumpa dia 29/11)
- NO demam
- NO tekanan darah tinggi atau rendah (normal)

Bukannya apa, susah la kalau jadi macam ni, tak boleh nak buat kerja apa langsug. Bergerak skit, dah rasa penat (tercungap-cungap).

Aku di sini, nak mintak pendapat, pengalaman, dan lain-lain lagi dengan warga CIGGY yang tau pasal ni dan juga ada rawatannya tak, share-share la kat sini yer. Doa-doakan agar cepat sembuh. . . Amin. . .
:)
hmm pelik juga kes nie,umur brape tahun? lg 1 jgn lupa perubatan alternatif,tgk apa2 yg patut,kadang2 ada benda yg diluar akal kita yg terjadi,harap bro paham maksud den;););)
 

zerovirus

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
182,141
Reaction score
79
Points
1,020
cian nyer tt ... semoga tt cepat sembuh
 

syafsp

Passed Away
Joined
Mar 31, 2009
Messages
2,932
Reaction score
558
Points
71
hmm pelik juga kes nie,umur brape tahun? lg 1 jgn lupa perubatan alternatif,tgk apa2 yg patut,kadang2 ada benda yg diluar akal kita yg terjadi,harap bro paham maksud den;););)
aku takot la jadi macam satu kes ni.
seorang pesakit ni buat rawatan kat hospital, lepas tu, bila doktor buat rawatan, ini tak kena itu tak kena, cucuk sana cucuk sini.
last sekali lagi sakit orang tu.. merana dia.
 

versa

Active+ Member
Joined
Mar 8, 2010
Messages
3,295
Reaction score
3
Points
25
salam tt, ko selalu tido bwh kipas ker atau slalu kipas direct ke muka atau tido dlm aircond?
 

Photofast

Active+ Member
Joined
Jul 16, 2010
Messages
4,646
Reaction score
31
Points
30
umur brapa tuan tanah?

takpe,penyakit jantung berair ni tak tggi risiko nya

byk penyebab,keturanan pun satu hal
tak smesti mandi ,mrokok dll

smoga cepat sembuh
 

syafsp

Passed Away
Joined
Mar 31, 2009
Messages
2,932
Reaction score
558
Points
71
salam tt, ko selalu tido bwh kipas ker atau slalu kipas direct ke muka atau tido dlm aircond?
selalu katil aku bawah kipas syiling. tapi aku mmg pakai baju, utk tutup dada...
 
Status
Not open for further replies.
Sponsored Post
Top
Log in Register