BTC USD 60,019.1 Gold USD 2,411.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Parti bukan Melayu PN tiada ‘taring’, kata penganalisis berkait cadangan kerjasama MCA

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
51,930
Top Poster #6
Joined
Jun 17, 2007
Messages
51,930
Reaction score
6,292
Points
881
Awards
1
Parti bukan Melayu PN tiada ‘taring’, kata penganalisis berkait cadangan kerjasama MCA

Baru-baru ini, Azmin Ali berkata PN mengkaji beberapa strategi menarik sokongan bukan Melayu termasuk kemungkinan kerjasama dengan MCA.

Faiz Zainudin dan Mohamad Fadli
26 May 2024, 08:00 AM
MCA CONGRESS
Baru-baru ini, Azmin Ali berkata PN sedang mengkaji beberapa strategi untuk menarik sokongan bukan Melayu termasuk kemungkinan bekerjasama dengan MCA. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: Ketiadaan ‘taring’ di kalangan parti komponen bukan melayu dalam Perikatan Nasional (PN) mungkin menyebabkan Ketua Penerangannya Azmin Ali mencadangkan kerjasama dengan MCA, kata penganalisis politik.

Kartini Aboo Talib dari Universiti Kebangsaan Malaysia berkata MCA diakui telah mempunyai tapak kukuh dari segi ekonomi, aset dan jentera selepas 75 tahun ditubuhkan yang mungkin boleh membantu mencapai hasrat PN memenangi undi bukan Melayu.

“Gerakan, Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) dan Bersekutu Bersatu tidak ada taring.

“Dua entiti itu (MIPP dan Bersekutu Bersatu) masih baharu dan tak ada pengikut serta modal,” katanya kepada FMT.

Rabu lalu, media melaporkan Azmin berkata gabungan itu kini sedang mengkaji beberapa strategi untuk menarik sokongan bukan Melayu termasuk kemungkinan bekerjasama dengan MCA.

Ketua pembangkang DUN Selangor itu berkata perkara berkenaan tidak mustahil memandangkan parti komponen BN itu seperti tersisih kerana fokus hanya diberi kepada DAP sahaja.

Namun Ketua Penerangan Pemuda MCA Neow Choo Seong berkata parti itu kekal bersama Barisan Nasional (BN) dan belum memikirkan membentuk jajaran politik baharu dengan gabungan lain termasuk PN.

Namun kata Kartini, jika berjaya menarik MCA menyertai PN sekali pun mungkin tidak mencukupi untuk mencabar kekuatan DAP dalam memenangi undi bukan Melayu terutama komuniti Cina.

“Cubaan PN bekerjasama dengan MCA sebenarnya kerana mereka parti terawal menjaga kepentingan komuniti Cina.

“Cuma MCA pun kini ibarat telah hilang ‘taring’ kerana majoriti orang Cina mahu parti lebih aktif dan lantang mempertahankan bahasa dan budaya mereka…ia dikuasai DAP kini,” katanya.

Zaireeni Azmi dari Universiti Sains Malaysia pula berpandangan penyertaan MCA ke PN jika menjadi realiti tidak akan memberi kesan besar kepada pembangkang menarik sokongan bukan Melayu.

Menurutnya, ini kerana ketika ini tiada tokoh mempunyai ‘wow factor’ dalam MCA untuk menarik sokongan bukan Melayu, walaupun diakui banyak jasanya kepada pembangunan negara dan masyarakat Cina.

“Mungkin ada nilai tambah tetapi beza banyak atau sedikit…saya tak nampak kemasukan itu beri kesan besar, jadi PN tak boleh harap MCA untuk tarik bukan Melayu.

“Kena cari pendekatan tarik pengundi komuniti lain, contohnya tonjolkan pemimpin bukan Melayu jadi jurucakap dalam sesuatu isu bukan hanya terhad orang tertentu sahaja,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
 
Sponsored Post

PAS x boleh harap kpd parti kaum lain mcm MCA dan Gerakan sbb firman Allah Taala "Wa lan tardho 'ankal Yahuudu wa lan nasooro hatta tattabi'a millatahum".

PAS mmg kena cuba raih sokongan, caranya kena ketwngahkan segala kepakaran dlm penyelesaian masalah negara dgn kaedah Isele pimpinan mereka terutama TGHH.

Masa ni lah nk tunjukkan yg cukai berkonsep zakat adalah sistem terbaik, kadar rendah tp kutipan paling tinggi, sistem pembiayaan Qard Al Hassan yg adil dan x menindas, dan juga sistem ekonomi Nabi Yusuf yg mampan dan kalis inflasi dan kemelesetan.
 
MCA pun tak yah sembang...sama macam gelakan je...cuba keluar dari BN tengok ada non malay undi MCA tak? silap2 lagi teruk dari gelakan...

PRK KKB dah tunjukkan, MCA buat2 merajuk pun, suruh penyokong boikot secara tak langsung pun percentage undi non malay dekat PH langsung tak drop...mana nak letak muka...

MCA selama ni hidup hasil undi melayu BN...

Tak perasan ke Wee Ka Siong buat Video tik tok versi Malay...sebab dia target audien melayu...non malay nak tengok muka dia pun tak mau...
 
Cina MCA dengan Gelakan bukan cina chauvinist.
 
PAS x boleh harap kpd parti kaum lain mcm MCA dan Gerakan sbb firman Allah Taala "Wa lan tardho 'ankal Yahuudu wa lan nasooro hatta tattabi'a millatahum".

PAS mmg kena cuba raih sokongan, caranya kena ketwngahkan segala kepakaran dlm penyelesaian masalah negara dgn kaedah Isele pimpinan mereka terutama TGHH.

Masa ni lah nk tunjukkan yg cukai berkonsep zakat adalah sistem terbaik, kadar rendah tp kutipan paling tinggi, sistem pembiayaan Qard Al Hassan yg adil dan x menindas, dan juga sistem ekonomi Nabi Yusuf yg mampan dan kalis inflasi dan kemelesetan.
satuju... kalo tak mampu wat kat federal sebab tak de kuasa... tunjukkan di bahagian state.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register