BTC USD 62,605.6 Gold USD 1,802.26
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Parti baru bakal muncul Januari 2011

eboss

CG Hardcore
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
Zaid tubuh parti baru Januari ini

Bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan akan menubuhkan parti baru pada Januari depan.

Bercakap dalam sidang akhbar di kediamannya di ibunegara malam ini, Zaid berkata butiran lanjut mengenai nama parti, bentuk perjuangan dan organisasi parti baru itu akan diumumkan Januari ini.

NONEBeliau, bagaimanapun, memberi jaminan bahawa beliau tidak akan menggunakan nama 'Keadilan' atau Parti Angkatan Keadilan Islam Malaysia (AKIM) dalam penubuhan parti baru itu kelak.

"Nama itu (keadilan) biarlah mereka sahaja yang pakai, begitu juga nama AKIM," katanya ketika ditanya pemberita kemungkinan beliau akan menggunakan nama itu seperti mana yang diandaikan beberapa penulis blog.

Ditanya sejauh mana keyakinannya untuk menubuhkan parti baru itu, Zaid berkata: "Saya ingin memberi keyakinan kepada kawan-kawan bahawa kita akan ada parti baru dalam negara...saya beri keyakinan bahawa kita bukan parti kecil...kita akan jadi kuat dan besar."

Mengenai sokongan kepada parti baru itu, Zaid berkata, walaupun tidak akan mendapat sokongan seratus-peratus, namun beliau yakin akan mendapat sokongan besar bukan sahaja daripada bekas anggota PKR tetapi juga Umno dan PAS.

Sebelum sidang akhabr itu, Zaid, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, mengadakan majlis untuk meraikan para penyokongnya daripada Johor, Kedah, Perak dan Melaka.

Ditanya sama ada dengan penubuhan parti baru itu sekaligus membuktikan dakwaan bahawa beliau sememangnya 'kemaruk' untuk menjadi presiden parti, Zaid sinis berkata: "Kalau saya tidak buat parti baru pun memang sudah dituduh sebegitu, jadi biarlah saya menjayakan harapan mereka itu."

Zaid menyifatkan perjuangan politiknya masih belum selesai apabila beliau membuat keputusan untuk keluar daripada PKR.

Pada 8 November lalu, Zaid yang menyertai persaingan untuk merebut jawatan timbalan presiden PKR pada pemilihan kali ini, bertindak keluar dari parti itu.

- Bernama
 
Sponsored Post

CL's

Legendary Member
Paid Membership
Joined
Apr 28, 2009
Messages
14,094
Reaction score
246
Points
128
PKS-Parti Katak Se-Malaysia...:D:D:D:D
 

Ahmad07

Legendary Member
Joined
Aug 11, 2007
Messages
10,366
Reaction score
879
Points
161
parti bebas yg menyokong barisan nasional... utk kumpulkan katak2 tak bertuan.... :))
 

adam87

Fun Poster
Joined
Nov 25, 2009
Messages
953
Reaction score
0
Points
10
Hmm.. sudah2 le tu zaid oi, duk lompat sana lompat sini.
Baru sedar upenye ak ni, tgk2 ada jugak org jenis camni hehe.
 

TamingSari

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jun 28, 2006
Messages
25,495
Reaction score
162
Points
138
parit "ketinggalan" kot... sape lah penyokong dia yg giler kuasa.. anak beranak je laa :))
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register