InstaForexRebat
CG Hardcore Club
- Joined
- Nov 9, 2008
- Messages
- 50,871
- Reaction score
- 4,385
- Points
- 601
KUALA LUMPUR: Sebanyak 31,661 unit rumah siap dibina belum terjual, dengan nilai mencecah RM20.03 bilion setakat Jun tahun ini.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, berkata ini berdasarkan laporan pasaran hartanah yang dikeluarkan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) bagi separuh tahun pertama 2020 (H1 2020).
Katanya, jumlah itu menyaksikan peningkatan 3.3 peratus dalam bilangan dan 6.4 peratus dalam nilai berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu 30,664 unit rumah bernilai RM18.82 bilion.
"Bagi membendung lambakan rumah termasuk rumah baharu ini, kementerian membangunkan Sistem Pengurusan Perumahan Integrasi (HIMS) yang akan menggantikan sistem sedia ada bagi merekod maklumat perumahan.
"Antaranya berkaitan pemajuan perumahan yang ditetapkan di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118] iaitu pengeluaran lesen, kawalan dan pemantauan projek, penguatkuasaan serta pemilikan perumahan di bawah projek perumahan swasta.
"Sistem ini dijangka siap pada pertengahan tahun depan," katanya menjawab soalan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (BN-Machang) pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Zuraida berkata, kementerian turut melaksanakan Kajian Analitis Data Raya Perumahan bagi mendapatkan situasi sebenar kedudukan dan ketersediaan data berkaitan sektor perumahan di Malaysia sebelum sebarang platform berkaitan dibangunkan.
"Kajian ini akan mula dilaksanakan pada suku pertama 2021 dan hasil kajian ini akan dijadikan input bagi pembangunan platform pusat pengumpulan data hartanah.
"Ia meliputi permintaan dan penawaran untuk membantu kerajaan Persekutuan dan negeri membuat keputusan serta penyediaan dasar dan perancangan perumahan negara yang lebih komprehensif," katanya.
www.bharian.com.my

PARLIMEN: Rumah tak terjual bernilai RM20.03 bilion setakat Jun | Berita Harian