BTC USD 47,384.1 Gold USD 1,751.71
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Parlimen ditangguh, MP berhimpun utk masuk: Polis kompaun pembangkang m/s 507

aim02Aug

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2011
Messages
8,282
Reaction score
1,272
Points
151
Bukan masalah tindakan... Tindakan tetap ada sapa pun jadi kerajaan... Tapi 'orang lain' tu... Bersedia ke, Nak ke berdemo, adakah 'orang lain' tu hati kering mcm geng2 PH... Tahu selok belok... Ye la... Tak biasa... Takut2... Takda experience... Haha... Kira noob la bila bab ni...
tula maybe diorg noob

tapi kasi pee esh jatuh lg skali slps tragedi Sheraton ok lah kan?
 
Sponsored Post

GeeKaDoY

Active Member
Joined
Feb 12, 2008
Messages
1,030
Reaction score
184
Points
43
tula maybe diorg noob

tapi kasi pee esh jatuh lg skali slps tragedi Sheraton ok lah kan?
Ok ja... DAP bukan boleh buat main... Lagi cancer teruk kalau biar... Dulu pun nampak JV depa tapi xleh kawal depa ni...

Nasib baik PH jatuh 22bln, lau tak, tak pasal kena beli Van + 6 kerusi baby... Haha
 

مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
May 13, 2007
Messages
22,503
Reaction score
1,597
Points
201
"Man of Principle?"

Bermula dari gerakan Bersih, selepas PRU 14, beliau dilihat tokoh terpenting dalam mengendalikan agenda reform sistem pilihanraya kita. Sebelum ini ramai percaya, kononnya ada penipuan meluas, banyaknya pengundi hantu (walaupun tak pernah dibuktikan). Diharapkan "man of principle" boleh mengubahnya.

Tokoh reform ini kemudiannya diamanah mengendalikan Dewan Rakyat. Harapan penyokongnya Parlimen yang cekap, dan berintegriti akan memainkan peranan semak dan imbang yang berkesan. Kerajaan lebih telus. Diharapkan "man of principle" ini boleh meletakan Parlimen kita di kelas dunia.

Isu terbesar kini, apakah benar beliau menulis surat kepada Istana tentang kerajaan sekarang sudah hilang majoriti? Masih adakah integriti tanpa majoriti? Pastinya "man of principle" boleh mengesahnya, kerana banyak keputusan kerajaan harus dibuat dalam tempoh ini.

Lompat kerusi adalah mukadimah kepada rasuah yang lebih besar. Lebih lama masa diberikan lebih rancak jual beli boleh berlaku. Saham naik turun setiap hari. Apakah "man of principle" boleh tersenyum menyaksikannya?

Semua ini boleh mencabar prinsip dan jiwa reformnya. Juga falsafah reform Bersih anutan ratusan ribu pengikutnya di jalan raya dulu.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
313,663
Reaction score
14,929
Points
2,376
KESTABILAN POLITIK | Kerjasama Rentas Parti Untuk Kestabilan Sebelum PRU KE-15

Perdana Menteri mengakui amanah yang dipikul sangat besar dalam memulihkan semula negara.

Justeru sokongan, usaha dan tumpuan semua pihak untuk pemulihan negara adalah didambakan.

Dan tujuh cadangan yang digariskan tidak lain tidak bukan bagi membolehkan kerajaan berfungsi waktu sukar ketika ini dengan sokongan semua pihak.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
313,663
Reaction score
14,929
Points
2,376
FB_IMG_1629045060746.jpg

Lima lagi kes COVID-19 dikesan berkaitan Mesyuarat Khas Parlimen dari 26 hingga 29 Julai lepas, menjadikan jumlah keseluruhan ialah 102 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes baharu itu dimaklumkan pada 13 Ogos melibatkan lima sekeluarga dengan kes pertama bergejala adalah individu yang menghadiri sidang Parlimen tersebut.

“Tiga kes mempunyai nilai kitaran ambang atau ‘CT value’ RT PCR di antara 16.98 sehingga 22.76 (kebolehjangkitan yang tinggi) manakala dua lagi adalah di antara 28.98 sehingga 33.98,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Berita penuh layari Bernama.com

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
313,663
Reaction score
14,929
Points
2,376
COVID-19 | 5 Lagi Kes Positif Dikesan Berkaitan Sidang Parlimen

Lagi lima kes positif COVID-19 dikesan semasa Sidang Mesyuarat Khas Parlimen yang diadakan pada 26 Julai sehingga 29 Julai Julai lalu.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan disahkan positif COVID-19 seramai 102 orang.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,525
Reaction score
14,719
Points
1,906
Menurut Yusmadi, dia ditunjukkan oleh pihak polis senarai lebih 60 ahli parlimen pembangkang yang akan turut dikenakan kompaun. -BeritaMkini

1631525475885.png


Polis mula kompaun pemimpin pembangkang sertai himpunan 1 Ogos


Diterbitkan: Sep 13, 2021 5:16 PM

Dikemaskini: 5:16 PM

Pihak polis mula mengeluarkan kompaun kepada ahli parlimen dan senator pembangkang yang menyertai perhimpunan di Dataran Merdeka susulan penangguhan sidang khas parlimen pada 2 Ogos lalu.

Ini selepas ahli Dewan Negara, Senator Yusmadi Yusof hari ini hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul bagi menerima kompaun berkenaan.

Menurut Yusmadi, dia ditunjukkan oleh pihak polis senarai lebih 60 ahli parlimen pembangkang yang turut akan dikenakan kompaun.

"Ketika saya di IPD Sentul, saya ditunjukkan senarai MP yang bakal dikompaun. Lebih kurang 60 orang dalam senarai itu.


ADS

"Kesemuanya ahli Dewan Rakyat. Cuma saya seorang sahaja Ahli Dewan Negara," katanya kepada Malaysiakini.

Pada 2 Ogos lalu seramai 107 wakil rakyat pembangkang berkumpul dari Dataran Merdeka dan cuba bergerak memasuki parlimen pada hari yang sepatutnya menjadi hari terakhir sidang khas bagi membincangkan isu-isu semasa.

Sidang khas itu diadakan selepas Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menitahkan ia diadakan bagi membolehkan Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ketika itu selaku ketua majlis menangguhkan sidang berkenaan atas alasan penularan Covid-19.

Susulan itu, kesemua ahli parlimen pembangkang berkumpul di Dataran Merdeka sebelum bergerak ke bangunan parlimen, namun dihalang oleh pihak polis.

Terdahulu, Yusmadi dikenaka kompaun atas kesalahan menyertai perhimpunan itu di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Pemimpin PKR itu dikompaun sebanyak RM3,000 atas tiga kesalahan iaitu kesalahan berarak, berhimpun dan gagal mematuhi penjarakan fizikal.

Yusmadi berkata dia mempunyai tempoh 14 hari untuk menjelaskan tawaran kompaun berkenaan dan sedang berbincang dengan peguam mengenai tindakan lanjut.

"Sekiranya terdapat bukti asas yang kukuh, saya akan membantah dan mengambil tindakan seterusnya," katanya.

 

مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
May 13, 2007
Messages
22,503
Reaction score
1,597
Points
201
Saya tak dapat nak ikuti ucapan DS Najib Razak tadi kerana ada urusan kerja. Alhamdulillah terima kasih ada sahabat seperti Rf Lias yang tolong summarizekan.

Kita amat-amat perlukan pelaksanaan pemulihan ekonomi yang strategik pada waktu meruncing seperti sekarang. DSNR dikenali dengan pengalaman serta pengiktirafan peringkat dunia akan kemampuan beliau dalam memacu ekonomi negara.

Moga Allah berkati DSNR.

——————
Antara cadangan DS Najib Razak tadi dalam ucapan perbahasan beliau adalah,

1. Cadangan agar bank bank membiayai 70% daripada pembelian saham bagi rakyat untuk melabur dalam pasaran saham.

2. Skim pinjaman mudah i-Survive untuk rakyat dengan caj terendah bagi kelangsungan hidup rakyat.

3. Menggalakkan perdagangan matawang kripto (crypto currency) yang berjumlah USD2 trillion di seluruh dunia.

4. Memperkenalkan cukai pemulihan selama 2 tahun kepada golongan berpendapatan tinggi.

5. Menuntut perkongsian hasil untung dari syarikat syarikat industri atas talian seperti Google, Netflix dan sebagainya.

Fuh, dah macam bentang rancangan Malaysia ke-12. Entahlah, bila baca dan dengar ucapan DS Najib ni, saya masih terasa beliau #StillMyPM atau #NajibRazakPMKita

Tahniah DS Najib.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register