BTC USD 43,935.4 Gold USD 1,764.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Parlimen ditangguh, MP berhimpun utk masuk: Polis kompaun pembangkang m/s 507

apoeki

Super Active Member
Joined
Aug 7, 2012
Messages
7,493
Reaction score
773
Points
121
Pembodohan Sidang Parlimen

Pembangkang

1. Pagi tadi selama hampir dua jam para ahli Parlimen bergaduh mengenai cara hendak berbahas dan mereka tidak mahu mendengar apa-apa keputusan Speaker Dewan Rakyat yang juga seorang peguam.

2. Seperti yang dijangka janji dan pujuk rayu mengadakan sidang Parlimen untuk membahaskan isu rakyat hanyalah gimik politik. Yang digaduhkan ialah mengapa tidak boleh undi ordinan-ordinan untuk membolehkan mereka menguji sokongan.

Kerajaan

1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan membuat 'blunder' terbesar pagi tadi apabila mengumumkan semua ordinan darurat telah ditarik balik pada 21 Julai 2021.

2. Kenyataan ini sangat tidak profesional dan memalukan. Jika sesuatu Ordinan Darurat hendak ditamatkan ia hendaklah diumumkan lebih awal atau pada tarikh penamatannya.

3. Mengumumkan penamatan sesuatu undang-undang secara 'back dated' boleh menimbulkan pelbagai implikasi dan juga menjatuhkan imej kerajaan.

4. Saya percaya keputusan kabinet pada 21 Julai lalu untuk menamatkan semua ordinan darurat bukan bermakna ia mesti dilakukan pada hari yang sama. Ntah di mana silap Takiyuddin mentafsirkan sedemikian tetapi memilih melewatkan pengumuman.

Jangan urus pentadbiran kerajaan macam sarkas.

Kerajaan Lepaskan Peluang Keemasan

1. Kerajaan juga melepaskan peluang keemasan untuk meraih kelebihan politik melalui sidang Parlimen hari ini.

2. Sidang Parlimen hari ini sepatutnya digunakan untuk membentang semua Ordinan Darurat dan tindakan-tindakan yang telah dibuat melalui ordinan ini bagi menguruskan negara sejak Januari 2021.

3. Dengan cara ini rakyat akan mengetahui dan memahami apa faedah tempoh darurat yang sedang berlangsung dan apa tindakan yang telah dibuat oleh kerajaan.

4. Di akhir perbahasan kerajaan boleh sahaja mengumumkan penamatan semua ordinan darurat ini berkuatkuasa hari ini atau membawa usul membatalkan semua ordinan darurat tersebut.

5. Jika kerajaan usul batal semua ordinan darurat pasti usul tersebut diluluskan. Jika usul tersebut gagal pun, kerajaan masih untung kerana boleh terus menggunakan ordinan darurat.

Ab Jalil Backer
X hairan pun taki ckp mcm tu. Dia pn x phm titah agong.hahahaha
 
Sponsored Post

sapit87

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2012
Messages
8,255
Reaction score
483
Points
91
Pishang2...
 

Attachments

  • Screenshot_20210727-071214_Facebook.jpg
    Screenshot_20210727-071214_Facebook.jpg
    578.1 KB · Views: 9

aim02Aug

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2011
Messages
8,285
Reaction score
1,272
Points
151
hari ni ada LIVE melawat zoo parlimen lg x?

mari kita tgk apes of sepang & shah alam & petting zoo yg lain

ini yg diorg nk dr sidang parlimen sbnrnya
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,772
Reaction score
14,745
Points
1,906
Jalil Backer ni sapa?
tn Jedi, dia dulu wartawan berita. fahaman politiknya-dia cenderung pada BN. top top BN mmg kenal dia
dan dia menyokong kerajaan sekarang

sebab UMNO sekarang ni terbahagi dua; menyokong kerajaan sekarang & satu lagi, menyokong jajaran baru
 

Jedi

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
44,342
Reaction score
2,330
Points
201
tn Jedi, dia dulu wartawan berita. fahaman politiknya-dia cenderung pada BN. top top BN mmg kenal dia
dan dia menyokong kerajaan sekarang

sebab UMNO sekarang ni terbahagi dua; menyokong kerajaan sekarang & satu lagi, menyokong jajaran baru

Ooo..baik. Thanks mek.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,772
Reaction score
14,745
Points
1,906

Darurat boleh dibatalkan tanpa perlu bahas di Dewan Rakyat - Pakar​


1627346614499.png


AL-SULTAN Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Raja.

Kuala Lumpur: Proklamasi dan Ordinan Darurat boleh dibatalkan tanpa perlu dibahaskan di Parlimen, sekiranya mendapat persetujuan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Raja. Penganalisis politik dan perundangan, Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek berkata, kuasa mengisytihar darurat atau membubarkan ia tertakluk kepada Yang di-Pertuan Agong sama ada ketika Dewan Rakyat masih bersidang mahupun tidak.

"Yang Di-Pertuan Agong boleh membatalkan darurat bila-bila masa sahaja dan pengisytiharan darurat ini jelas di bawah Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.

"Apabila darurat dibatalkan, semua undang-undang ketika darurat juga turut terbatal dan ini semua adalah di bawah kuasa Yang Di-Pertuan Agong," katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.
Beliau mengulas mengenai dakwaan beberapa Ahli Parlimen hari ini yang mengatakan darurat perlu dibatalkan melalui Dewan Rakyat.

Mengulas lanjut, Dr Abdul Halim berkata, pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam Mesyuarat Khas Dewan Rakyat, hari ini mengenai pembatalan Ordinan Darurat pada 21 Julai lalu adalah bertepatan dengan mesyuarat Kabinet terakhir.

"Jadi apabila surat Perdana Menteri (yang dipersembah kepada Al-Sultan Abdullah) dan telah diperkenankan, maka ia mengikut budi bicara Baginda untuk membatalkan darurat.

"Sebagaimana yang diisytiharkan tempoh hari yang darurat sehingga 1 Ogos, jadi sehingga tarikh itulah akan terbatal.

"Apabila darurat terbatal, undang-undang yang dibuat juga akan terbatal kecuali mereka (Ahli Parlimen) nak juga undang-undang itu, jadi kena bentangkan dalam Parlimen dan barulah undang-undang terbabit terpakai. Jika tidak, ia juga akan terbatal," katanya.

Beliau turut menasihati semua Ahli Parlimen sama ada kerajaan atau pembangkang supaya bersidang dengan berhemah dan mematuhi peraturan Dewan Rakyat.

"Mereka semua diperhatikan dan jangan lupa persidangan ini ditonton oleh berjuta rakyat. Semua pihak perlu lebih menghormati Peraturan Mesyuarat dan Speaker yang menjadi peneraju utama persidangan, jadi janganlah biadap," katanya.

Terdahulu, dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini, Takiyuddin turut memaklumkan bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sudah mendapat persetujuan daripada Al-Sultan Abdullah untuk mengadakan Sidang Khas Dewan Rakyat dan meyakinkan Dewan Rakyat bahawa kerajaan tidak berhasrat untuk menasihati Baginda untuk mengisytiharkan darurat baharu.
Disiarkan pada: Julai 26, 2021 @ 8:23pm


darurat-boleh-dibatalkan-tanpa-perlu-bahas-di-dewan-rakyat-pakar
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,772
Reaction score
14,745
Points
1,906
Tunggu giliran DS Najib Razak berucap esok, sebagaimana DS Ahmad Maslan kelmarin, beri cadangan dan bawa #TuntutanRAKYAT secara tertib dan beradab tanpa perlu menjerit-jerit macam zoo tak berperaturan!

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,772
Reaction score
14,745
Points
1,906

Lukman Sheriff

· 1j ·

Darurat: Memahami apa yang berlaku semalam

Semalam diumumkan bahawa “Emergency ordinances” telah ditarik balik (“revoked”) berkuatkuasa 21 Julai dan kerajaan tidak lagi akan melanjutkan darurat.

Perkembangan berkenaan darurat dari segi perundangan kali ini amat menarik dan perlu direkodkan. Kadang2 apabila kita belajar undang2 kita hanya baca yang tersurat. Ada beberapa perkara tersirat yang saya anggap menarik yang akan set “precedent” dalam menginterpretasikan Perlembagaan.

1. Peranan YDPA di bawah perlembagaan.
YDPA jelas memainkan peranan luar perlembagaan yang lebih luas dari yang termaktub di dalam perlembagaan. Sebelum ini Fasal 150 berkenaan darurat telah diputuskan dalam kes Teh Cheng Poh bahawa YDPA tidak mempunyai budibicara dan hendaklah mengikut nasihat jemaah menteri dalam pengisytiharan darurat. Ini membentuk interpretasi puruntukan lain dalam fasal 150 juga. Saya ambil maklum ada pandangan sebaliknya tetapi ini pandangan “jumhur”.

Untuk kali ini, YDPA telah menolak nasihat darurat pada tahun lepas dan berkenan kepada nasihat darurat kedua pada tahun ini.
Kemudiannya Baginda telah meminta Parlimen bersidang dan mengeluarkan pendirian bahawa baginda reluctant untuk melanjutkan darurat.

Akibat ini Parlimen telah bersidang semalam dan kerajaan telah berkeputusan untuk tidak melanjutkan darurat.

Perlakuan di atas akan menjadi “subject of debate”untuk yang pelajari perlembagaan. Ia jelas menunjukkan pengaruh luar perlembagaan YDPA dan patut diambilkira dalam menakrif fasal 150 (1) mengenai kuasa YDPA dalam pengisytiharan darurat. Interpretasi kini dengan itu akan lebih memihak kepada interpretasi YDPA punyai kuasa budibicara. Perkataan YDPA “berpuas hati” dalam 150(1) ( lihat lampiran) patut diberi maksud YDPA sendiri yang berpuas hati dan bukan jemaah menteri semata2. Ini pada saya tidak bercanggah dengan peruntukan perlembagaan lain.

2. Perbentangan ordinan darurat.
Mengikut fasal 150(3) Perlembagaan, ordinan2 darurat perlu dibentangkan ke Parlimen. Pada saya ini patut dibuat sebagai perkara pertama ketika Parlimen dibuka. Apabila dibentang sepatutnya dibawa maksud dibahas dan diputuskan. This should be the natural consequence of the meaning “dibentangkan”.

Yang menariknya, ordinan2 ini sudah ditarik balik pada 21 Julai. Secara teknikal ia tiada keperluan perbentangan. Smart move by govt and AG.

Oleh kerana ordinan ini dikuatkuasa setelah digazet, saya berpandangan revocation mesti juga digazet. Kalau tidak, pemasyhuran undang2 melalui gazet akan berterusan. Kalau tiada revokasi yang sah, melalui Artikel 150(7) perlembagaan, ordinan2 ini akan terhenti berkuatkuasa setelah 6 bulan darurat ditamatkan.

3. Darurat atas dasar mengatasi covid.
Pada dasarnya darurat ini dibuat untuk menanangi kovid. Dengan darurat tidak dilanjutkan dan ordinan2 darurat ditarik balik pada ketika kes covid meningkat 17000 sehari, ini bermakna kerajaan akan bergantung kepada undang2 sedia ada untuk mengawal covid. Pada saya undang2 sedia ada adalah luas tetapi ordinan2 ini mempunyai beberapa peruntukan tambahan kuasa spesifik yang lebih jelas. Samada ini pernah digunakan kerajaan saya tiada maklumat. Tetapi punca kuasa untuk pengawalan kovid dari segi lockdown, vaksinasi dan rawatan hospital adalah memadai di bawah undang2 sedia ada.

4. Keperluan darurat.
Walauapapun, saya masih berpandangan sejak dari asal, darurat diperlukan sekurang2nya untuk satu sebab. Di bawah perlembagaan pilihanraya mesti diadakan. Tidak boleh dielakkan. Kecuali satu cara iaitu darurat.

Adalah tidak munasabah pilihanraya diadakan sekarang Apabila kes meningkat ke 17000, kita dah gila kalau meneruskan pilihanraya kecuali covid dapat dibendung dalam minggu2 akan datang ini. Pilihanraya Sarawak sudah pasti perlu diadakan. Untuk yang lain kalau kerajaan hilang majoriti kemungkinan besar perlu ada pilihanraya.

Sejak asal saya setuju dengan darurat atas dasar ini. Cuma darurat ini mengantungkan Parlimen dan ini membuka kepada kritikan bahawa darurat ini darurat politik. Pada saya ini fair comment memandangkan timbul isu majoriti dengan pelbagai announcement politician2 kita.

Apabila kes meningkat mendadak walaupun ada darurat, maka makin ramai pertikaikan samada darurat ini untuk melanjutkan kuasa tanpa majoriti. Di sinilah YDPA memainkan peranan imbangan (check and balance) dengan baik.Baginda dapat pengaruhi Parlimen supaya bersidang dan menyatakan baginda berat / reluctant untuk meneruskan darurat selepas bulan Ogos.

Seperkara lagi apabila Parlimen bersidang ada risiko undang2 tidak dapat diluluskan jika tiada majoriti. This is an embarrassment to any government dan mungkin akan digunakan bukti jelas ketiadaan majoriti. Sidang Parlimen sekarang nampaknya tiada perbahasan untuk meluluskan mana2 undang2 dan risiko tiada majoriti ini dapat dielakkan.

5. Implikasi revokasi ordinan2.
a. Yang jelas pilihanraya mesti diadakan.
b. Yang jelas juga, untuk membendung covid, undang2 sedia ada akan digunakan.
c. Yang kurang jelas pada saya adalah pelan pemulihan. Saya kurang jelas samada perbelanjaan yang telah, sedang dan akan dibuat adalah termaktub dalam budget yang diluluskan Parlimen. Kalau ya, tiada masalah. Kalau tidak, samada perbelanjaan bergantung kepada punca kuasa lain. Ini saya kurang jelas.



8FDCAEA8-66E6-4F29-9BFC-0D1E7BC38750_4_5005_c.jpeg
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,772
Reaction score
14,745
Points
1,906
1627347895646.png


MP: Adakah PM telah nasihat Agong untuk batalkan Ordinan Darurat?​

Diterbitkan 27 Jul 2021, 8:44 am

Dikemaskini 8:48 am



Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim mempersoalkan apakah Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin telah menasihati Yang di-Pertuan Agong sebelum membatalkan Ordinan Darurat tanpa dibawa melalui parlimen.

"Adakah perdana menteri telah menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya membatalkan Ordinan-Ordinan Darurat tersebut?

"Kalau jawapannya ya, persoalan berikutnya, adakah Yang di-Pertuan Agong telah menandatangani sebarang dokumen atau surat memberi perkenan baginda terhadap pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat tersebut?" katanya dalam kenyataan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Takiyuddin Hassan semalam mengejutkan Dewan Rakyat apabila mengumumkan kerajaan telah membatalkan enam Ordinan Darurat yang berkuatkuasa pada 21 Julai tanpa dibawa ke parlimen.

Pembatalan berkenaan yang menurut Perlembagaan Persekutuan seharusnya dilakukan melalui parlimen, dilihat mempunyai implikasi serius.
Hassan juga mempersoalkan bilakah pembatalan ordinan-ordinan darurat tersebut telah diwartakan di dalam warta kerajaan.
Ordinan Darurat, antara lain menaikkan hukuman maksimum bagi kesalahan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit dari RM1,000 hingga RM50,000.

346708aca107a456521cb2810125b10b.jpeg

Hassan berkata sekiranya Takiyuddin didapati mengelirukan parlimen, dia perlu mengambil 'tindakan terhormat' dan bermaruah dengan meletakkan jawatan.

"Jika enggan maka, paling tidak de facto Menteri Undang-Undang itu perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk diambil tindakan," katanya.

Katanya lagi, sekiranya Yang di-Pertuan Agong tidak dimaklumkan, tidak dirundingi dan tidak diminta perkenan baginda untuk pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat tersebut, maka ia merupakan pelanggaran perlembagaan oleh perdana menteri dan seluruh jemaah menteri.

"Jika itu yang sebenanya berlaku, maka di bawah prinsip tanggungjawab bersama jemaah menteri, maka jalan terhormat dan bermaruah yang perlu diambil oleh jemaah menteri dan perdana menteri tidak lain dan tidak bukan, hanya satu iaitu meletakkan jawatan," tegasnya.



 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,772
Reaction score
14,745
Points
1,906

Keabsahan batal Ordinan Darurat dipertikai peguam, aktivis​


July 27, 2021 9:05 AM

roadblock-fmt-050521-1.jpg


Dengan pengumuman yang dibuat dalam Dewan Rakyat mengenai pembatalan Ordinan Darurat, seorang peguam berpendapat, rakyat yang didenda kerana melanggar PKP boleh mempertikaikan hukuman yang dijatuhkan, malah meminta wang kompaun mereka dikembalikan.

PETALING JAYA: Keabsahan keputusan kerajaan untuk membatalkan Ordinan Darurat dipertikaikan oleh para peguam dan kumpulan masyarakat sivil, dengan persoalan dibangkitkan mengenai erti keputusan ini bagi mereka yang telah dihukum atas kesalahan melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP).

Menurut beberapa peguam, pembatalan ini, yang diumumkan di Dewan Rakyat semalam, hanya boleh dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Parlimen.

Persoalan dibangkitkan mengenai mengapa pembatalan itu, yang berkuat kuasa mulai 21 Julai, tidak diterbitkan dalam Warta Kerajaan Persekutuan, sementara aktivis masyarakat sivil mahu tahu mengapa rakyat hanya diberitahu lima hari kemudian.
Presiden Transparency International Malaysia Muhammad Mohan memberitahu FMT, kelewatan mengumumkan pembatalan tersebut menimbulkan keraguan mengenai niat kerajaan.



Di Dewan Rakyat semalam Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mempersoalkan sama ada keputusan ini dipersetujui Agong, manakala Presiden Warisan Shafie Apdal berkata, ini sepatutnya diputuskan dan diumumkan Agong, bukan kerajaan.

Mengapa kami tidak diberitahu?
Pengerusi Bersih 2.0 Thomas Fann mempersoalkan mengapa perkara penting seperti itu tidak diumumkan kepada rakyat pada masa itu.
Tiada sebarang pemberitahuan warta mengenai hal ini didapati di laman web Pejabat Peguam Negara, katanya.

“Kerajaan Perikatan Nasional (PN) harus menjelaskan kepada rakyat bagaimana ini boleh berlaku,” katanya.
Beberapa peguam berkata, keputusan Jemaah Menteri untuk membatalkan enam Ordinan Darurat tiada kesan, kecuali setelah Agong mempersetujuinya dan perintah berkenaan diterbitkan dalam Warta.

Prosedur yang betul
“Pada pandangan saya, Jemaah Menteri tidak boleh secara sepihak membatalkan perkara-perkara seperti itu,” kata peguam Bastian Pius Vendargon kepada FMT.
Katanya, pemberitahuan warta adalah bahagian penting dalam prosedur undang-undang dan prosedur yang betul mesti diikuti bagi sebarang keputusan untuk berkuat kuasa.
“Jika Agong tidak terlibat dalam hal ini dan tidak ada pewartaan, maka ordinan-ordinan itu tidak dapat dibatalkan,” katanya.

Bagaimana dengan kompaun?
Dua peguam terkemuka mempersoalkan impak keputusan Jemaah Menteri ini terhadap mereka yang dihukum atas kesalahan melanggar PKP.

Muhammad Rafique Rashid Ali berpendapat, mereka yang telah membayar denda dan kompaun selepas 21 Julai boleh mempertikaikan hukuman “atau menolak untuk membayarnya, malah bertanya atas dasar apa kompaun itu diberikan”.

“Rakyat kini berhak mengabaikan notis kompaun (yang dikeluarkan selepas 21 Julai), mempertikaikannya di mahkamah, dan mula meminta kepada agensi-agensi berkaitan untuk mengembalikan wang mereka,” katanya.

Peguam hak sivil Andrew Khoo juga berpendapat, mereka yang didenda selepas 21 Julai boleh meminta wang mereka dikembalikan, “terutamanya jika didakwa dengan undang-undang yang sudah tidak wujud, termasuk hukuman berkaitannya”.

Bagaimanapun, peguam kanan Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, peraturan mengenai sekatan pergerakan dan notis kompaun yang dikeluarkan setakat ini masih sah kerana peraturan tersebut dikeluarkan bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342), “bukan bawah Ordinan Darurat”.

“Ramai yang keliru tentang perkara ini,” beliau dipetik Bernama sebagai berkata.

“Sebenarnya, tiada masalah tentang kompaun yang telah dibayar, belum dibayar atau akan dibayar, kerana semuanya bawah Akta 342.”
Bagaimanapun, Haniff Khatri turut bersetuju bahawa proses pembatalan undang-undang hanya boleh dilakukan oleh Agong atau melalui usul pembatalan yang dibentangkan di Dewan Rakyat.

Undang-undang masih berkuatkuasa

Dewan Rakyat dimaklumkan mengenai pembatalan Ordinan Darurat semalam dalam pengumuman mengejutkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan.
Katanya, kerajaan juga memutuskan untuk tidak melanjutkan tempoh darurat, yang bakal berakhir pada 1 Ogos.
Andrew Khoo memberitahu FMT, banyak undang-undang yang diperkenalkan melalui Ordinan Darurat sudah wujud dalam statut.
“Sekalipun ‘ordinan berita palsu’ tidak lagi wujud, kesalahan berkait ‘berita palsu’ masih wujud bawah Akta Komunikasi dan Multimedia
1998 dan Kanun Keseksaan,” katanya.

Ordinan Darurat yang dibatalkan
Berikut adalah ringkasan ordinan-ordinan terbabit:
  • Kuasa atas tanah dan sumber: Kerajaan boleh mengambil alih tanah, bangunan atau harta alih, selain menuntut penggunaan sumber. Mereka yang melanggar perintah boleh dihukum denda RM5 juta atau penjara maksimum 10 tahun.
  • Denda bagi kesalahan melanggar PKP: Nilai denda dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM10,000 mulai 11 Mac. Syarikat-syarikat yang melakukan kesalahan boleh didenda RM50,000. Bagi kesalahan tanpa denda yang ditetapkan, denda hingga RM100,000 atau hukuman penjara maksimum tujuh tahun boleh dikenakan.
    Penggunaan dana rizab: Kerajaan boleh menggunakan dana rizab untuk memperoleh vaksin.
  • Hukuman bagi penyebaran berita palsu: Mereka yang membuat, menerbitkan atau menyebarkan berita palsu mengenai Covid-19 atau darurat boleh dihukum denda sehingga RM100,000, hukuman penjara hingga tiga tahun atau kedua-duanya. Jika tertuduh gagal meminta maaf seperti yang diperintahkan mahkamah, mereka boleh didenda tambahan RM50,000. Individu yang membayar untuk “mencipta” berita palsu boleh didenda hingga RM500,000. Semua denda disertai hukuman penjara.
  • Perumahan pekerja: Hukuman yang lebih tegas terhadap majikan atau pemilik bangunan yang gagal menyediakan kemudahan perumahan yang sesuai untuk pekerja. Pemilik penginapan boleh diperintahkan untuk mengganti, menukar atau menaik taraf kemudahan yang tidak memenuhi kriteria tertentu. Mereka yang enggan mematuhinya boleh didenda hingga RM200,000 atau dipenjara hingga tiga tahun atau kedua-duanya. Buat pertama kalinya, undang-undang ini diperluas ke Sabah dan Sarawak.
  • Khidmat masyarakat: Mereka yang berdepan hukuman penjara hingga tiga tahun boleh dijatuhkan hukuman khidmat masyarakat berbanding mereka yang berdepan hukuman penjara hingga tiga bulan.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register