BTC USD 42,469.7 Gold USD 1,775.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Parlimen ditangguh, MP berhimpun utk masuk: Polis kompaun pembangkang m/s 507

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,348
Reaction score
15,006
Points
2,376
MESYUARAT KHAS PARLIMEN | Kecoh, Pembangkang Pertikai Persidangan

Mesyuarat Khas Dewan Rakyat itu bagaimanapun bermula 'panas' apabila berlaku pertikaman lidah antara Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dan wakil rakyat di blok pembangkang.

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,872
Reaction score
14,756
Points
1,906

Kerajaan tanggung RM1.2 bilion lanjut kontrak 7,000 pegawai perubatan, pergigian, farmasi​


July 26, 2021 8:05 PM

tengku-zafrul-bernama-260721-1.jpg


Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata kerajaan juga bersetuju melanjutkan pelantikan kontrak bagi tempoh maksimum empat tahun untuk pegawai perubatan dan pergigian yang diterima mengikuti pengajian kepakaran dalam tempoh kontrak dua tahun pertama. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju melanjutkan kontrak kira-kira 14,000 doktor perubatan, pergigian dan pegawai farmasi bagi tempoh dua tahun (atau 7,000 setiap kohort/tahun) yang akan melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM1.2 bilion, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Menurutnya, ini susulan keputusan kerajaan supaya pegawai perubatan, pergigian dan farmasi kontrak ditawarkan pelantikan secara kontrak selama dua tahun selepas melengkapkan tempoh khidmat wajib bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan serta persediaan untuk mengikuti pengajian di peringkat kepakaran.

“Kerajaan sangat prihatin terhadap tuntutan kumpulan petugas kesihatan kontrak itu dan sedar mengenai sumbangan serta peranan mereka sebagai barisan hadapan kesihatan dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada rakyat, terutamanya dalam situasi pandemik Covid-19,” katanya dalam sesi soal jawab mengenai Program Pemulihan Negara (PPN) pada sidang khas Dewan Rakyat.

Menjelaskan selanjutnya, Tengku Zafrul berkata kerajaan juga telah bersetuju melanjutkan pelantikan secara kontrak bagi tempoh maksimum empat tahun untuk kalangan pegawai perubatan dan pergigian yang diterima mengikuti pengajian kepakaran dalam tempoh kontrak dua tahun pertama.



Menurutnya, langkah itu bagi memastikan pegawai-pegawai berkenaan dapat melengkapkan pengajian kepakaran masing-masing.
Selain itu, Tengku Zafrul memaklumkan bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah mengarahkan Kementerian Kesihatan serta agensi berkaitan merangka satu pelan komprehensif dan inklusif yang merangkumi tindakan segera, pelan jangka pendek, sederhana dan jangka panjang bagi hala tuju perkhidmatan perubatan.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,872
Reaction score
14,756
Points
1,906

Free Malaysia Today

· 1j ·

Pertelingkahan itu bermula apabila Anwar (PH-Port Dickson) membangkitkan isu mengenai kebenaran operasi oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kepada kilang-kilang ketika negara berada di bawah perintah berkurung, menyebabkan kes positif terus meningkat.


MITI nampak emosi sungguh, macam ada buat salah besar, Anwar sindir Azmin
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,872
Reaction score
14,756
Points
1,906
PARLIMEN | Sebanyak 373 atau 50.7 peratus kluster melibatkan subkategori pengilangan dengan 35,642 kes, maklum menteri penyelaras pemulihan negara.

1627310888534.png


Lebih 735 kluster, tempat kerja catat kes Covid-19 tertinggi - Tengku Zafrul​

Diterbitkan 26 Jul 2021, 8:38 pm



PARLIMEN | Kluster tempat kerja mencatatkan jumlah kes Covid-19 tertinggi dengan lebih 735 kluster membabitkan hampir 60,000 kes direkodkan bagi tempoh 1 Jun hingga 23 Julai lepas, kata Menteri Penyelaras Pelan Pemulihan Negara (PPN) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau yang juga menteri kewangan berkata daripada jumlah tersebut, sebanyak 373 atau 50.7 peratus kluster melibatkan subkategori pengilangan dengan 35,642 kes.

“Jumlah ini adalah lebih tinggi berbanding kluster-kluster dalam kategori lain bagi tempoh yang sama,” katanya ketika menjawab isu berbangkit berkenaan PPN di Dewan Rakyat di Kuala Lumpur hari ini.

Tengku Zafrul berkata penetapan kategori kluster-kluster adalah untuk mengenal pasti lokasi atau lokaliti agar tindakan bersasar kawalan dan pencegahan penularan jangkitan Covid-19 dapat dilaksanakan dengan berkesan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dengan kerjasama institusi terlibat.

Khalid Abd Samad (Amanah-Shah Alam) kemudian bangkit mempersoalkan tindakan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang membenarkan kilang dibuka tanpa kawalan sehingga menjadi punca kepada peningkatan kes Covid-19 di negara ini.

Menterinya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang bangun menjawab dakwaan itu berkata keputusan membenarkan kilang-kilang beroperasi dibuat secara kolektif dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN).

1917e6898a9bbcabde8a4aa9d435eaf6.jpg



Beliau berkata peranan MITI hanya untuk mengkoordinasi supaya pihak yang dibenarkan dapat beroperasi dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Mohamed Azmin juga menunjukkan plakad yang memaparkan data daripada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), antaranya menyatakan hanya 8.8 peratus kes baru bagi sektor pembuatan direkodkan daripada 408,134 kes Covid-19 di seluruh negara sepanjang tempoh 1 Jun hingga 23 Julai lepas.

Terdahulu, Mesyuarat Khas Dewan Rakyat sedikit kecoh apabila Ahli-Ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan tindakan Tengku Zafrul menjawab soalan-soalan dibangkitkan mereka dan bukannya Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memberikan penerangan mengenai PPN ketika sidang khas berkenaan pada sebelah pagi.

Dalam kekecohan itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bangun menjelaskan bahawa Tengku Zafrul menjawab atas kapasitinya sebagai Menteri Penyelaras PPN memandangkan topik yang dibincangkan adalah berkaitan pelan tersebut.
- Bernama

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,872
Reaction score
14,756
Points
1,906
Julai 26, 2021 @ 10:44pm

agong9sep24_1627310632.jpg


Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja mempunyai peranan sebagai penjaga kepada prinsip kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan Persekutuan. Gambar Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.- Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Penamatan Proklamasi Darurat dan pembatalan enam Ordinan Darurat mengundang beberapa persoalan berkaitan kemampuan kerajaan menangani pandemik COVID-19, tanpa peruntukan undang-undang yang memberi kuasa segera dan drastik.

Turut berbangkit ialah isu berkenaan kaedah pembatalan Ordinan Darurat kerana Jemaah Menteri dikatakan tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood, berkata pembatalan semua Ordinan Darurat itu menyebabkan kerajaan hanya boleh menggunakan peruntukan undang-undang sedia ada dan pastinya ini memberi cabaran kerana situasi semasa semakin kritikal dengan jangkitan harian pernah mencecah 17,000 kes.

Beliau berkata, kenam-enam Ordinan Darurat itu amat penting kerana memberi kuasa yang segera dan drastik kepada kerajaan, misalnya dalam urusan mengambil alih bangunan untuk tujuan rawatan COVID-19 dan arahan kepada hospital swasta untuk membantu.



"Apabila tamatnya ordinan-ordinan ini, kembalilah kita kepada keadaan sebelum darurat. Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) akan digunakan dengan kadar kompaun kembali kepada jumlah maksimum RM1,000 untuk perlanggaran prosedur operasi standard (SOP).

"Walaupun Akta 342 ini masih memberi kuasa kepada kerajaan untuk ambil alih bangunan atau hospital tetapi dari segi ganti rugi, boleh dibawa ke mahkamah sekiranya tidak dipersetujui.

"Prosesnya mungkin mengambil masa yang lama dan boleh memberi kesan kepada usaha kerajaan. Cuma saya dapati isu ganti rugi ini tidak banyak berbangkit. malah hospital swasta juga dengan rela hati membantu," katanya kepada BH, hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini mengumumkan kerajaan tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menyambung Proklamasi Darurat yang akan tamat pada Ahad ini.

Katanya, berdasarkan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan, semua ordinan yang dibuat sepanjang tempoh Proklamasi Darurat turut dibatalkan kerana kerajaan menarik balik ordinan berkenaan pada 21 Julai lalu.

Sementara itu, Nik Ahmad Kamal, berkata pada peringkat awal pandemik tahun lalu, kerajaan hanya menggunakan akta sedia ada dan itu didapati berjaya mengurangkan kes jangkitan, walaupun ada kritikan yang mengatakan Malaysia tidak membuat saringan secara besar-besaran.

Katanya, apabila kes mula meningkat pada 2021, kerajaaan menguatkuasakan Proklamasi Darurat dan walaupun dengan kuasa yang besar melalui ordinan-ordinan darurat, secara objektifnya itu tidak memberikan kesan yang besar kepada pandemik COVID-19.

15istana_1627310636.jpg
Pemandangan Istana Negara. Pengumuman pembatalan Ordinan Darurat oleh ahli Kabinet tanpa perkenan Yang di-Pertuan Agong menimbulkan persoalan Perlembagaan. - Foto BERNAMA

Sementara itu, Pengarah Institut Tamadun dan Kajian Strategik (ITKAS), Universiti Malaysia Pahang, Prof Madya Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain, berkata Jemaah Menteri tiada kuasa untuk membatalkan Ordinan Darurat kerana penggubalannya kuasa prerogatif Seri Paduka.

Katanya, Agong juga mempunyai prerogatif untuk membatalkannya selepas ordinan itu dibentang di hadapan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

"Prosedur yang betul di bawah Perkara 150(3) perlu dipatuhi. Justeru, ordinan itu masih sah sehinggalah dibatalkan mengikut kaedah-kaedahnya atau luput berdasarkan Perkara 150(7) Perlembagaan Persekutuan.

"Agenda pembentangan ordinan boleh dimasukkan semula atas ketetapan Perdana Menteri. Jika Jemaah Menteri memutuskan untuk membatalkan mana-mana ordinan darurat, usul boleh dikemuka berlandaskan kaedah-kaedahnya yang dinyatakan di atas dan Peraturan Mesyuarat Parlimen," katanya.

Wan Ahmad Fauzi berkata, suatu usul juga boleh dibuat untuk membahaskan Proklamasi Darurat dan ordinan darurat.

"Perlembagaan Persekutuan menetapkan amalan tadbir urus baik dan semua pihak perlu menghormatinya. Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja mempunyai peranan sebagai penjaga kepada prinsip kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan Persekutuan," katanya.
 

aim02Aug

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2011
Messages
8,285
Reaction score
1,272
Points
151
ni yg sibuk nanges nk sidang parlimen???

masih buat prangai mcm ungka - boleh dh cas menderhaka YDPA krn xberbahas dgn hemah & akal


 

thehornbill

Fun Poster
Joined
Dec 31, 2020
Messages
294
Reaction score
65
Points
20
ni yg sibuk nanges nk sidang parlimen???

masih buat prangai mcm ungka - boleh dh cas menderhaka YDPA krn xberbahas dgn hemah & akal



Dah takde isu lain ke?
Dah jelas kerajaan pn yang gagal. Nak alih isu le tu.
Kihkihkih
 

Jedi

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
44,362
Reaction score
2,331
Points
201
Pembodohan Sidang Parlimen

Pembangkang

1. Pagi tadi selama hampir dua jam para ahli Parlimen bergaduh mengenai cara hendak berbahas dan mereka tidak mahu mendengar apa-apa keputusan Speaker Dewan Rakyat yang juga seorang peguam.

2. Seperti yang dijangka janji dan pujuk rayu mengadakan sidang Parlimen untuk membahaskan isu rakyat hanyalah gimik politik. Yang digaduhkan ialah mengapa tidak boleh undi ordinan-ordinan untuk membolehkan mereka menguji sokongan.

Kerajaan

1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan membuat 'blunder' terbesar pagi tadi apabila mengumumkan semua ordinan darurat telah ditarik balik pada 21 Julai 2021.

2. Kenyataan ini sangat tidak profesional dan memalukan. Jika sesuatu Ordinan Darurat hendak ditamatkan ia hendaklah diumumkan lebih awal atau pada tarikh penamatannya.

3. Mengumumkan penamatan sesuatu undang-undang secara 'back dated' boleh menimbulkan pelbagai implikasi dan juga menjatuhkan imej kerajaan.

4. Saya percaya keputusan kabinet pada 21 Julai lalu untuk menamatkan semua ordinan darurat bukan bermakna ia mesti dilakukan pada hari yang sama. Ntah di mana silap Takiyuddin mentafsirkan sedemikian tetapi memilih melewatkan pengumuman.

Jangan urus pentadbiran kerajaan macam sarkas.

Kerajaan Lepaskan Peluang Keemasan

1. Kerajaan juga melepaskan peluang keemasan untuk meraih kelebihan politik melalui sidang Parlimen hari ini.

2. Sidang Parlimen hari ini sepatutnya digunakan untuk membentang semua Ordinan Darurat dan tindakan-tindakan yang telah dibuat melalui ordinan ini bagi menguruskan negara sejak Januari 2021.

3. Dengan cara ini rakyat akan mengetahui dan memahami apa faedah tempoh darurat yang sedang berlangsung dan apa tindakan yang telah dibuat oleh kerajaan.

4. Di akhir perbahasan kerajaan boleh sahaja mengumumkan penamatan semua ordinan darurat ini berkuatkuasa hari ini atau membawa usul membatalkan semua ordinan darurat tersebut.

5. Jika kerajaan usul batal semua ordinan darurat pasti usul tersebut diluluskan. Jika usul tersebut gagal pun, kerajaan masih untung kerana boleh terus menggunakan ordinan darurat.

Ab Jalil Backer
Jalil Backer ni sapa?
 

Jedi

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
44,362
Reaction score
2,331
Points
201
ni yg sibuk nanges nk sidang parlimen???

masih buat prangai mcm ungka - boleh dh cas menderhaka YDPA krn xberbahas dgn hemah & akal



YDPA perati jer perangai diorang ni.

Diorang lupa tu.

Diorang ingat rakyat masih lagi sokong diorang.
 
Last edited:
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register