BTC USD 47,405.7 Gold USD 1,754.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Parlimen ditangguh, MP berhimpun utk masuk: Polis kompaun pembangkang m/s 507

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,522
Reaction score
14,719
Points
1,906
1623145707268.png


Mahathir dijadual menghadap Agong Khamis ini - Pejuang​

Bernama
Diterbitkan 8 Jun 2021, 5:41 pm

Dikemaskini 5:43 pm




Parti yang masih dalam proses pendaftaran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengesahkan menerima surat dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Ketua Penerangan Pro-tem Pejuang Ulya Aqamah Husamudin berkata Pengerusi Pro-tem Tun Dr Mahathir Mohamad dijadualkan menghadap Seri Paduka pada Khamis ini.

“Surat rasmi bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong telah diterima pada minggu lepas lagi. Bagaimanapun waktu (untuk Dr Mahathir menghadap) belum ditentukan lagi setakat ini,” katanya ketika dihubungi Bernama di Kuala Lumpur hari ini.

Pengesahan Pejuang itu hadir selepas kedengaran desas-desus bahawa semua pemimpin parti politik di negara ini akan dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong, dipercayai ada kaitan dengan keadaan semasa negara.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Setiausaha Agung MCA Datuk Chong Sin Woon ketika diajukan soalan sama, masing-masing menyatakan mereka tidak mempunyai maklumat mengenai perkara itu setakat ini.

Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai dan Presiden MIC Tan Sri S. A. Vigneswaran pula memaklumkan parti mereka belum menerima sebarang jemputan rasmi daripada Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Sementara itu, Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan mengakui mendengar desas-desus berkenaan namun tidak dapat memastikan sama ada parti tersebut telah menerima surat jemputan tersebut.

"Dengar khabar begitulah (dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong). Saya tidak ke pejabat…tak pasti sama ada (UMNO) dah dapat surat atau belum,” katanya.
Berlainan pula dengan Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang meminta Bernama merujuk perkara berkenaan kepada Ahli Jawatankuasa Penamatan Proklamasi Darurat Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

“Rujuk Khairuddin… dia mungkin tahu lebih berbanding maklumat yang kami ada,” kata Saifuddin Nasution.

Semalam, media melaporkan Khairuddin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Pro-tem Pejuang Wilayah Persekutuan, sebagai berkata Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap semua pimpinan parti politik termasuk pembangkang.

Jawatankuasa Penamatan Proklamasi Darurat yang dianggotai pemimpin pembangkang ditubuhkan bagi mengumpul petisyen supaya darurat COVID-19 ditamatkan segera.
Pada 11 Jan lepas, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan di seluruh negara sebagai langkah proaktif untuk membendung pandemik COVID-19.

Seri Paduka Baginda turut memberi perkenan untuk tempoh pelaksanaan darurat ini hingga 1 Ogos 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif COVID-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Susulan itu, Pejabat Perdana Menteri pada 9 Feb lepas, mengumumkan pelantikan 19 ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 itu berperanan menasihati Yang di-Pertuan Agong tentang kewujudan berterusan darurat besar di Malaysia dan penamatannya.
- Bernama

 

Noor Hisham Abdullah

16m ·

Kenyataan Akhbar KPK 6 Ogos 2021 - Perkembangan Terkini Pengesanan Jangkitan Kes COVID-19 dan Penilaian Risiko Penularan Jangkitan di Parlimen

KKM ingin memaklumkan perkembangan terkini pengesanan kes COVID-19 yang berkait dengan Sidang Mesyuarat Khas Parlimen yang telah diadakan pada 26 Julai sehingga 29 Julai 2021, bertempat di Dewan Parlimen Negara, Kuala Lumpur. Sehingga kini, secara keseluruhannya terdapat 85 kes positif COVID-19 (disahkan dengan ujian RT-PCR) di mana:
• 56 kes telah dikenalpasti hasil saringan Pra-Dewan Rakyat dan empat (4) kes kontak rapat;

• 17 kes dikesan berkaitan semasa persidangan Dewan Rakyat [Sembilan (9) kes telah dilaporkan sebelum ini dan lima (5) kes baharu dilaporkan di antara 30 Julai sehingga 5 Ogos 2021 serta tiga (3) kes kontak rapat]; dan
• Lapan (
1f60e.png
kes saringan Pra-Dewan Negara.

Hasil siasatan KKM setakat ini mendapati bahawa besar kemungkinan perkongsian kemudahan asas seperti tandas dan surau oleh ramai individu telah memberi risiko kepada penularan jangkitan COVID-19 di Parlimen. KKM akan terus memantau status kesihatan semua kes positif COVID-19 ini, kontak rapat dan kes baharu yang lain kerana kemungkinan akan dilaporkan kerana masih dalam tempoh inkubasi.

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/.../kenyataan-akhbar-kpk-6-ogos.../


Kenyataan Akhbar KPK 6 Ogos 2021 – Perkembangan Terkini Pengesanan Jangkitan Kes COVID-19 dan Penilaian Risiko Penularan Jangkitan di Parlimen​

BY DG OF HEALTH ON AUGUST 6, 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan perkembangan terkini pengesanan kes COVID-19 yang berkait dengan Sidang Mesyuarat Khas Parlimen yang telah diadakan pada 26 Julai sehingga 29 Julai 2021, bertempat di Dewan Parlimen Negara, Kuala Lumpur. Sehingga kini, secara keseluruhannya terdapat 85 kes positif COVID-19 (disahkan dengan ujian RT-PCR) di mana:

  • 56 kes telah dikenalpasti hasil saringan Pra-Dewan Rakyat dan empat (4) kes kontak rapat;
  • 17 kes dikesan berkaitan semasa persidangan Dewan Rakyat [Sembilan (9) kes telah dilaporkan sebelum ini dan lima (5) kes baharu dilaporkan di antara 30 Julai sehingga 5 Ogos 2021 serta tiga (3) kes kontak rapat]; dan
  • Lapan (8) kes saringan Pra-Dewan Negara.
Setakat ini, enam (6) sampel yang berkemungkinan besar adalah varian Delta telah dikesan melalui saringan menggunakan ujian PCR Genotyping Assay. Bagi mengesahkan jenis varian ini, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) sedang menjalankan jujukan genom penuh (whole genomic sequencing) dan masih menunggu keputusan akhir.

Untuk makluman, daripada lapan (8) kes yang baharu yang dilaporkan di antara 30 Julai sehingga 5 Ogos 2021:

  • lima (5) kes mempunyai nilai kitaran ambang (CT value) RT PCR di antara 18.00 sehingga 27.68, dan tiga (3) kes dengan CT value di antara 35.14 sehingga 37.59;
  • empat (4) kes mempunyai gejala ringan manakala yang lain tidak bergejala;
  • tujuh (7) kes positif telah mendapat vaksin COVID-19 (sekurang-kurangnya mendapat satu dos);
  • satu (1) kes adalah kanak-kanak berusia tujuh (7) tahun (kontak rapat kes) yang belum layak mendapat vaksin.
Hasil siasatan KKM setakat ini mendapati bahawa besar kemungkinan perkongsian kemudahan asas seperti tandas dan surau oleh ramai individu telah memberi risiko kepada penularan jangkitan COVID-19 di Parlimen. KKM akan terus memantau status kesihatan semua kes positif COVID-19 ini, kontak rapat dan kes baharu yang lain kerana kemungkinan akan dilaporkan kerana masih dalam tempoh inkubasi.

Justeru, adalah dinasihatkan supaya individu yang telah hadir ke Parlimen untuk terus memantau kesihatan kendiri menggunakan aplikasi MySejahtera. Sekiranya bergejala jalani ujian saringan COVID-19 dan mendapatkan rawatan segera.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA


6 Ogos 2021 @ 6:00 petang



mapping-parlimen-6-8-21.png

Utusan Online

2j ·

MENGIKUT Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, ada tiga cara ordinan-ordinan yang dimasyhurkan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (Yang di-Pertuan Agong) pada masa proklamasi darurat sedang berkuat kuasa, akan terhenti berkuat kuasa: 1.Apabila ia dibatalkan (revoked)di bawah Fasal (3). 2.Apabila ia diungkaikan (annulled) di bawah Fasal (3); 3.Apabila ia luput (lapses) di bawah Fasal (7). Pembatalan dilaksanakan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Kabinet....
https://www.utusan.com.my/.../salah-faham-pembatalan.../

Salah faham pembatalan ordinan darurat​

20495654xxx-1.jpg


ABDUL HAMID MOHAMAD
  • Oleh Abdul Hamid Mohamad
  • 5 Ogos 2021, 3:19 pm



MENGIKUT Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, ada tiga cara ordinan-ordinan yang dimasyhurkan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (Yang di-Pertuan Agong) pada masa proklamasi darurat sedang berkuat kuasa, akan terhenti berkuat kuasa:


1.Apabila ia dibatalkan (revoked)di bawah Fasal (3).

2.Apabila ia diungkaikan (annulled) di bawah Fasal (3);

3.Apabila ia luput (lapses) di bawah Fasal (7).

Pembatalan dilaksanakan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Kabinet. Acaranya samalah seperti sesuatu ordinan itu dibuat, iaitu Kabinet memutuskan untuk mengadakan ordinan itu dan menyembahnya kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan dan pemasyhuran Baginda. Apabila Baginda memberi perkenan dan memasyhurkannya, maka berkuatkuasalah ordinan itu. Dalam hal ini Baginda bertindak atas nasihat Kabinet. Nasihat itu mestilah diikuti. Itu sistem Raja berperlembagaan.

Demikian jugalah dengan pembatalannya. Kabinet membuat keputusan untuk membatal sesuatu ordinan pada tarikh tertentu dan menyembahnya kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan Baginda. Ordinan itu dibuat dengan perkenan Baginda, maka tentulah untuk membatalnya perkenan Baginda juga diperlukan. Takkanlah pada masa hendak membuatnya perkenan Baginda dipohon, apabila hendak dibatalkannya Baginda dikebelakangkan. Akibatnya, Baginda tidak tahu bahawa ordinan-ordinan yang dimasyhurkan Baginda telah pun dibatalkan.

Ungkaian dilakukan oleh kedua-dua Majlis Parlimen, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Ordinan berkenaan dibentang, dibahas dan diungkai oleh kedua-dua Dewan dan terungkailah ia. Perkenan Yang di-Pertuan Agong tidak diperlukan.

Sesuatu ordinan itu luput apabila habis tempoh enam bulan yang bermula dengan tarikh sesuatu Proklamasi Darurat terhenti berkuat kuasa. Dalam kata-kata lain, apabila tempoh darurat tamat, enam bulan selepas itu ordinan-ordinan yang dibuat semasa darurat itu berkuatkuasa pun luput dan tidak berkuatkuasa lagi

Ada orang menghujahkan ada satu cara lagi, iaitu menurut Klausa (4A) Perkara 66:
“(4A) Jika sesuatu Rang Undang-Undang tidak diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dalam masa yang ditentukan dalam Fasal (4), Rang Undang-Undang itu hendaklah menjadi undang-undang apabila habis masa yang ditentukan dalam Fasal itu mengikut cara yang sama seolah-olah dia telah memperkenankannya.”

Dengan hormat, saya berpendapat peruntukan itu tidak terpakai kepada pembatalan, pengungkaian dan luputnya ordinan-ordinan yang dibuat semasa sesuatu perisytiharan darurat berkuatkuasa. Alasan saya ialah Klausa (4A) terdapat dalam Perkara 66, mengenai “Penjalanan kuasa perundangan” (Exercise of legislative power) yang memperuntukkan bagaimana sesuatu rang undang-undang itu menjadi undang-undang. Perbincangan sekarang adalah mengenai pembatalan ordinan-ordinan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Kabinet dalam masa deklarasi darurat berkuatkuasa. Ia terletak dalam Bab lain langsung dan dalam satu perkara khusus mengenainya.

Apa yang berlaku dalam hal ini? Ia menjadi lebih jelas dengan tersebarnya kenyataan media oleh Istana Negara dan Pejabat Perdana Menteri dan surat yang ditulis oleh Yang di-Pertuan Agong kepada Perdana Menteri. Hal seperti itu tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia, malah, saya percaya, di negara-negara raja berperlembagaan di mana sekalipun (saya sedia dibetulkan) dan tidak sepatutnya berlaku. Tetapi, oleh sebab ia telah berlaku, biarlah kita mengambil manfaat daripadanya. Dokumen-dokumen itu memberi gambaran yang jelas tentang apa yang telah berlaku. Inilah kronologinya:

Berdasarkan titah pandangan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu, Kerajaan telah memutuskan untuk mengadakan Mesyuarat Khas Parlimen bermula 26 Julai 2021

Pada 21 Julai 2021 Jemaah Menteri, dalam mesyuaratnya membuat keputusan tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membuat deklarasi darurat baharu setelah darurat sedia ada tamat pada 1 Ogos 2021.

Dalam mesyuarat itu juga, Jemaah Menteri memutuskan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membatalkan ordinan-ordinan yang dibuat semasa deklarasi darurat itu berkuatkuasa.

Pada 22 Julai 2021 Pejabat Perdana Menteri telah menerima deraf Ordinan Darurat (Pembatalan) 2021 yang disediakan oleh Jabatan Peguam Negara. Ordinan itu memperuntukkan semua ordinan darurat yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong dibatalkan berkuatkuasa pada 21 Julai 2021.

Pada 23 Julai 2021 Pejabat Perdana Menteri menyampaikan dokumen-dokumen tersebut kepada Istana Negara untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Pada 24 Julai 2021 dokumen-dokumen tersebut telah disembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong. Setelah menelitinya, Baginda menitahkan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Dato Seri Takiyuddin Hassan (DS Takiyuddin Hassan) dan Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun (Peguam Negara) untuk menghadap Baginda secara maya.

Semasa sesi menghadap secara maya itu Baginda menitahkan, antara lain:
1.(Baginda) Tidak berkenan untuk menandatangani permohonan tersebut kerana ianya dilakukan secara tergesa-gesa iaitu menjelang dua hari sebelum sidang Parlimen selain akan keperluan ianya diwartakan.

2.(Baginda) Memerlukan masa untuk menganalisa permohonan tersebut secara terperinci dan seterusnya mendapatkan pandangan lanjut daripada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.

3.Proklamasi dan Ordinan Darurat tersebut hendaklah dibentang dan diungkalkan di Parlimen selaras dengan Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.

4.Terdapat beberapa persoalan berbangkit yang memerlukan penjelasan lanjut, khususnya berhubung tindakan undang-undang atau kompaun yang telah dikeluarkan di bawah Ordinan-Ordinan Darurat bagi tempoh 21 hingga 25 Julai 2021.

Apabila Mesyuarat Khas Dewan Rakyat bermula pada 26 Julai 2021, semua Ordinan Darurat telah dibentang (laid) di atas meja Dewan Rakyat selaras dengan peruntukan Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Ahli-Ahli Parlimen pembangkang telah mendesak supaya Dewan Rakyat mengungkaikan ordinan-ordinan darurat tersebut. Susulan itu, DS Takiyuddin Hassan telah memaklumkan kepada Ahli-Ahli Dewan Rakyat bahawa kerajaan, iaitu Jemaah Menteri, telah membuat keputusan untuk membatalkan ordinan-ordinan darurat berkenaan.

Kenyataan itu telah disambut dengan bantahan daripada pihak pembangkang.

Pada 29 Julai 2021, Istana Negara mengeluarkan satu kenyataan media yang ditandatangani oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja yang, antara lain, mengatakan:
“Perkara 150(2B) dibaca dengan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan secara jelas memperuntukkan kuasa penggubalan dan pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat terletak pada Seri Paduka Baginda.

Sehubungan dengan itu, Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan yang telah dibuat di Parlimen pada 26 Julai, 2021 lalu bahawa Kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan oleh Baginda sepanjang tempoh Darurat walhal pembatalan belum lagi diperkenan Baginda.

Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa amat dukacita kerana apa yang telah diperkenan dan dititahkan kepada DS Takiyuddin Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) dan TS Idrus Harun, Peguam Negara semasa majlis menghadap secara maya pada 24 Julai 2021 bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan telah tidak dilaksanakan.

Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa kenyataan Yang Berhormat Menteri di Parlimen pada 26 Julai 2021 adalah tidak tepat dan telah mengelirukan Ahli-Ahli Dewan Rakyat.

Seri Paduka Baginda turut menegaskan bahawa permohonan pembatalan semua Ordinan Darurat berkuat kuasa pada 21 Julai 2021 yang telah dilakukan secara tergesa-gesa tanpa pembentangan di Parlimen dan kenyataan yang bercanggah serta mengelirukan di Parlimen bukan sahaja gagal menghormati prinsip kedaulatan undang-undang yang terkandung dalam Rukun Negara malah telah membelakangi fungsi dan kuasa Seri Paduka Baginda selaku Ketua Utama Negara seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Seri Paduka Baginda sedia maklum akan perlunya Baginda bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri seperti terkandung dalam Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.

Namun, Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan bahawa Baginda, selaku Ketua Utama Negara, mempunyai kewajipan untuk menyampaikan nasihat dan teguran jika berlaku sebarang tindakan yang tidak berperlembagaan oleh mana-mana pihak, khususnya mereka yang melaksanakan fungsi dan kuasa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.”

Pada hari yang sama, Yang di-Pertuan Agong menulis sepucuk surat kepada Perdana Menteri. Dalam surat itu Baginda membawa perhatian Perdana Menteri kepada kenyataan DS Takiyuddin Hassan di Dewan Rakyat pada 26 Julai 2021 bahawa Kerajaan telah membatalkan kesemua ordinan-ordinan darurat itu.

Seterusnya, Baginda telah menyatakan apa yang telah berlaku pada 23 dan 24 Julai 2021 yang telah diperturunkan di atas diikuti dengan empat perkara yang Baginda titah dalam majlis menghadap secara maya pada 24 Julai 2021 itu yang juga telah diperturunkan di atas.
Baginda menyatakan Baginda berasa amat dukacita cadangan Baginda bahawa pembatalan ordinan-ordinan tersebut dibentang dan dibahaskan di Parlimen telah tidak dituruti.

Baginda menyatakan bahawa DS Takiyuddin Hassan telah memberi kenyataan yang bercanggah dan tidak tepat di Dewan Rakyat pada 26 Julai 2021 dan kenyataan itu telah mengelirukan Ahli-Ahli Dewan Rakyat.

Baginda menarik perhatian Perdana Menteri bahawa Baginda sedia maklum akan perlunya Baginda bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri seperti yang terkandung dalam Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.

“Walau bagaimanapun, keputusan muktamad berhubung pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat tersebut pada hemat Beta sewajarnya mengambil kira akan situasi-situasi semasa seperti berikut:
Cadangan pembatalan ini telah disembah lewat kepada Beta iaitu pada 24 Julai 2021. Tambahan pula, ianya terlalu hampir dengan tarikh persidangan Parlimen yang telah semua sedia maklum bakal bermula pada 26 Julai 2021.

Sebarang pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat yang dilakukan secara tergesa-gesa dan tidak dibentangkan di Parlimen akan hanya menzahirkan impak negatif kepada Beta.

Pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat ini dilakukan dengan membelakangi fungsi dan kuasa Beta selaku Ketua Negara seperti yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tarikh kuatkuasa pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat telah dikebelakangkan atau retrospective dengan berkuat kuasa pada 21 Julai 2021 manakala permohonan diterima pada 23 Julai 2021.

Pembatalan Ordinan Darurat adalah merupakan kuasa perlembagaan Beta dan bukannya terletak di atas kuasa Jemaah Menteri semata-mata.

Berdasarkan huraian-huraian di atas dan sidang Parlimen yang kini sedang berlangsung, Beta menitahkan agar cadangan pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat ini dibentang dan dibahaskan di Parlimen sebelum ditandatangani oleh Beta.”

Ahli-Ahli Parlimen pembangkang, termasuk Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim, Tun Dr. Mahathir, DS Zahid Hamidi, Presiden UMNO melompat dan menyerang DS Takiyuddin Hassan, Perdana Menteri dan Kerajaan PN. Mereka menuduh DS Takiyuddin Hassan mengelirukan dan berbohong kepada Ahli-Ahli Dewan Rakyat, menuntut DS Takiyuddin Hassan, Perdana Menteri, dan semua Ahli-Ahli Jemaah Menteri meletak jawatan. Ada yang melaung “menghina” dan “derhaka” dalam Dewan Rakyat.

Tun Dr. Mahathir, mantan Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan. Beliau mengatakan bahawa kenyataan Yang di-Pertuan Agong itu menunjukkan bahawa TS Muhyiddin telah berbohong kepada Parlimen berkenaan pembatalan ordinan-ordinan darurat; TS Muhyiddin patut tahu bahawa beliau tidak mempunyai kuasa untuk membatalnya sendiri, namun kenyataan dibuat dalam Parlimen seolah-olah beliau mempunyai kuasa sedangkan kuasa mengenainya terletak dalam tangan Yang di-Pertuan Agong sepenuhnya semasa darurat; walaupun kenyataan itu dibuat oleh DS Takiyuddin Hassan, TS Muhyiddin tidak boleh melepaskan dirinya daripada bertanggungjawab mengenainya; TS Muhyiddin tidak mencuba untuk membetulkan DS Takiyuddin Hassan semasa membuat kenyataan itu atau menahannya walaupun beliau duduk betul-betul di hadapan DS Takiyuddin Hassan dalam Dewan Rakyat dan beliau tidak pula membuat apa-apa penjelasan selepas itu; TS Muhyiddin dan Ahli-Ahli Jemaah Menteri bertanggungjawab di atas perbuatan yang memalukan itu dan kesemua mereka hendaklah meletak jawatan.

Pada hari yang sama (29 Julai 2021) Pejabat Perdana Menteri pula mengeluarkan kenyataan media. Kenyataan media itu menurunkan kronologi peristiwa daripada 21 Julai 2021 hingga 26 Julai 2021 yang saya telah perturunkan di atas.

Kenyataan itu menekankan bahawa ordinan-ordinan itu boleh dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Jemaah Menteri tanpa perlu diungkai oleh Parliman dan apa yang telah dilakukan oleh Jemaah Menteri itu adalah betul di sisi undang-undang. Kenyataan itu juga menekankan bahawa dalam hal ini Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak mengikut nasihat dan memetik Perkara 40(1) dan 40(1A) Perlembagaan.

Pada 30 Julai 2021, Setiausaha Dewan Rakyat mengeluarkan kenyataan bahawa persidangan Dewan Rakyat pada 2 Ogos 2021, iaitu persidangan hari terakhir dan pada hari itu DS Takiyuddin Hassan dijadualkan memberi penjelasan mengenai kenyataannya pada 26 Julai 2021, telah ditangguhkan.

Pada 3 Ogos 2021, TS Muhyiddin mengeluarkan satu kenyataan mengatakan bahawa “proses pembatalan ordinan-ordinan darurat oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sepertimana yang disembah nasihat oleh Jemaah Menteri pada 23 Julai 2021 tidak dapat disempurnakan.

Dengan berakhirnya Proklamasi Darurat pada 1 Ogos 2021, berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, pembatalan ordinan-ordinan darurat oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tidak lagi berbangkit .

Maka, selaras dengan titah pandangan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan peruntukan Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan, suatu usul untuk membahas dan seterusnya mengungkaikan ordinan-ordinan darurat berkenaan boleh dibawa dalam sidang Parlimen yang dijadualkan berlangsung pada bulan September 2021.”

Sekarang mari kita lihat semula kronologi peristiwa yang berlaku dan menganalisisnya satu per satu semata-mata dari perspektif undang-undang dan tiada yang lain. Kita mula dari 21 Julai 2021. Setelah bersetuju dangan saranan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu (di sisi undang-undang Raja-Raja Melayu tiada peranan dalam hal ini), Kerajaan menetapkan tarikh persidangan Dewan Rakyat.

Maka, di mesyuarat Jemaah Menteri pada 21 Julai 2021, Jemaah Menteri membuat keputusan tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membuat deklarasi darurat baharu setelah darurat sedia ada tamat pada 1 Ogos 2021. Tiada masalah di sini. Ertinya darurat akan berakhir pada 1 Ogos 2021.

Apa yang dilakukan kepada ordinan-ordinan yang dibuat dan berkuatkuasa semasa darurat?

Ambil perhatian peruntukan Perkara 150( 3):
“(3) Proklamasi Darurat dan apa-apa ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen dan, jika tidak terlebih dahulu dibatalkan, hendaklah terhenti berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis yang mengungkaikan Proklamasi atau ordinan itu…..”

Ordinan-ordinan itu hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen. Ini dilakukan pada hari pertama Dewan Rakyat bersidang, di Dewan Rakyat. Kehendak itu dipatuhi.

Jika ia terlebih dahulu dibatalkan, maka ia telah terhenti berkuatkuasa. Itulah yang hendak dilakukan oleh Jemaah Menteri pada 21 Julai 2021.

Ingat semula bahawa satu daripada cara ordinan-ordinan itu boleh diberhentikan daripada berkuatkuasa ialah apabila ia dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Jemaah Menteri. Ia perlu dilakukan sebelum Parlimen bersidang. Itulah yang dilakukan oleh Jemaah Menteri dengan membuat keputusan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membatalkan ordinan-ordinan yang dibuat semasa perisytiharan darurat itu berkuatkuasa.

Pada 23 Julai 2021 deraf Ordinan Darurat (Pembatalan) 2021 yang disediakan oleh Jabatan Peguam Negara dihantar ke Istana Negara untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. Itu adalah acaranya. Ia telah dilakukan dengan betul.

Esoknya, pada 24 Julai 2021, Yang di-Pertuan Agong menerima dokumen tersebut. Jemaah Menteri, memahami bahawa Yang di Pertuan Agong akan bertindak atas nasihat, mengharapkan Baginda akan bertindak atas nasihat seperti yang dikehendaki oleh Perlembagaan dan memberi perkenan pada 24 atau 25 Julai 2021, iaitu sebelum Dewan Rakyat bersidang pada 26 Julai 2021. Jika itu dilakukan, tiada masalah akan timbul.

Masalah timbul apabila Yang di Pertuan Agong, sambil mengakui bahawa Baginda perlu bertindak atas nasihat menurut Perkara 40(1) (tetapi tidak menyebut Klausa (1A)), Baginda percaya bahawa Baginda mempunyai hak untuk menganalisis dan berunding dengan Raja-Raja Melayu (dan juga, saya percaya, dengan penasihat undang-undang Baginda), maka masa yang diberi kepada Baginda tidak mencukupi. Maka Baginda enggan menurunkan tandatangan untuk memberi perkenan Baginda. Ini berlarutan hingga ke 26 Julai 2021, hari Dewan Rakyat mula bersidang malah hingga hari saya mengeluarkan rencana ini (5 Ogos 2021). Maka tergantunglah pembatalan ordinan-ordinan itu.

Dari sini kita dapat lihat bahawa masalah ini timbul daripada salah faham mengenai maksud bertindak atas nasihat. Maka, kita perlu beri tumpuan kepada persoalan itu sekarang. Tetapi, saya perlu peringatkan lagi sekali bahawa perbincangan ini semata-mata berbincang mengenai tafsiran peruntukan Perlembagaan yang sedia ada dan bukan apa-apa selain daripada itu.
Dalam hal ini, kita perlu kembali kepada Perkara 40(1) dan (1A):

“Perkara 40 – Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat.
(1) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seseorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan ini; tetapi Yang di-Pertuan Agong berhak, atas permintaannya, untuk mendapat apa-apa maklumat berkenaan dengan pemerintahan Persekutuan yang boleh didapati oleh Jemaah Menteri.

(1A) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, jika Yang di-Pertuan Agong dikehendaki bertindak mengikut nasihat, atas nasihat, atau selepas menimbangkan nasihat, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu.”

Ringkanya, Perkara 40(1) mengatakan, selain daripada perkara-perkara yang Yang di- Pertuan Agong mempunyai budibicara (memberi perkenan untuk membatalkan ordinan darurat bukanlah satu daripadanya), Baginda hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri. Pelajar-pelajar undang-undang perlembagaan tahu bahawa peruntukan itu diambil daripada sistem raja berperlembagaan United Kingdom. Walaupun perkataaan nasihat (advice) digunakan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah mematuhinya dan melaksanakannya. (Takkanlah hendak digunakan perkataan “atas arahan” (as directed”) atau “atas perintah” (as ordered) oleh Jemaah Menteri terhadap Yang di-Pertuan Agong), Tetapi, Baginda “berhak, atas permintaannya, untuk mendapat apa-apa maklumat berkenaan dengan pemerintahan Persekutuan yang boleh didapati oleh Jemaah Menteri.”

Perhatikan, sebelum berkenan, Baginda cuma berhak mendapat maklumat, itu pun mengenai dengan pemerintahan Persekutuan dan yang boleh didapati oleh Jemaah Menteri. Ertinya maklumat-maklumat hendaklah diminta daripada Jemaah Menteri. Itu sahaja. Jika itu yang dipohon, saya percaya Jemaah Menteri dapat memberinya. Jika Jemaah Menteri tidak boleh mendapatinya, maka Baginda kenalah memberi perkenan Baginda. Itu acara yang ditetapkan oleh Perlembagaan. Jika ia difahami dan diikuti, Klausa (1A) tidak perlu ditambah.

Tetapi, dalam tahun 1994, kerajaan pada masa itu mendapati Klausa (1) sahaja tidak memadai untuk difahami maksud yang sebenar. Maka pindaan dibuat kepada Perkara 40 dengan memasukkan Klausa (1A). Pindaan ini dibuat bersama-sama dengan pindaan kepada Perkara 66 yang disebut di atas. Pindaan ini dibuat semasa Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri. Di Parlimen, entah mengapa, cadangan dibuat oleh DS Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri pada masa itu.

Ucapan DS Anwar, seperti yang dilaporkan dalam Hansard, menjelaskan mengapa pindaan kepada Perkara 40 itu dibuat. Antara lain katanya:
“Pindaan ini akan menjelaskan maksud sebenar nasihat, ungkapan dengan izin, act in accordance with advice, supaya tidak ada lagi kesamaran terhadap prinsip demokrasi berparlimen dan prinsip bahawa Kerajaan perlu bertindak mengikut kehendak rakyat.”

Kata-kata “Kerajaan perlu bertindak mengikut kehendak rakyat” dalam konteks ayat ini adalah tidak berkenaan. Beliau sepatutnya berkata “Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak mengikut kehendak Jemaah Menteri.” Jika Tun Dr. Mahathir mengelak daripada mencadangkan pindaan itu di dalam Parlimen dan menggunakan DS Anwar untuk melakukannya, mungkinkah DS Anwar juga merasa seram untuk menyebut kata-kata yang saya sebut itu, dan melindungkannya dengan kata-kata “Kerajaan perlu bertindak mengikut kehendak rakyat” yang tidak berkenaan itu.

Kedua-dua Tun Dr. Mahathir dan DS Anwar Ibrahim masih ada dalam Parlimen dan duduk di sebelah yang sama. Kita boleh bertanya mereka apakah yang menyebabkan pindaan itu dibuat dan apakah maksud yang mereka mahu sebenarnya. Kita juga masih boleh bertanya kepada TS Abu Talib Othman, Peguam Negara pada masa itu yang menggubal rang undang-undang pindaan itu. Kita juga boleh bertanya Tengku Razaleigh Hamzah yang menentang keras pindaan itu mengapa beliau berbuat demikian. Kita juga boleh baca dalam Hansard.

Perlu juga diingati, pada masa itu Yang di-Pertuan Agong adalah Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah, mantan Ketua Hakim Negara. Baginda semestinya faham apa ertinya kata-kata “atas nasihat” dalam undang-undang. Klausa (1A) tidak perlu dimasukkan jika orang-orang seperti Baginda yang menjadi Yang di-Pertuan Agong sepanjang masa. Setakat yang kita tahu, Baginda tidak menentang atau enggan memberi perkenan kepada pindaan ini. Ini bererti Baginda sendiri menyedari, dalam konteks Malaysia, penjelasan seperti itu adalah perlu.

Tetapi, Baginda telah mangkat dan tidak boleh memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong yang sedia ada dan memberi pencerahan kepada kita semua.

Walau bagaimana pun, Tun Dr. Mahathir dan DS Anwar Ibrahim masih ada. Mereka sepatutnya tampil ke hadapan dan menjelaskan bahawa Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak atas nasihat dan apa maksudnya “atas nasihat” mengikut pindaan yang dimasukkan oleh mereka. Masalah akan selesai di situ.

Tetapi, oleh sebab mereka berada di pihak pembangkang dan politik lebih penting kepada mereka, mereka mengambil kesempatan untuk mengkritik Kerajaan, menggunakan kenyataan Istana Negara yang berbangkit dari salah faham atau salah nasihat itu untuk mendesak Perdana Menteri dan Jemaah Menteri meletak jawatan. Nampaknya, dalam politik, kuasa lebih penting daripada kebenaran.

Tidak cukup dengan itu, pada hari saya menulis ayat inI (2 Ogos 2021) semasa beliau sedang menunjuk perasaan di bangunan Parlimen kerana persidangan ditangguh, saya menerima berita bahawa beliau kesal membuat pindaan itu. Nampaknya, apabila berada di pihak pembangkang, satu demi satu beliau menyesal apa yang telah dilakukannya semasa menjadi Perdana Menteri. Bagaimana jika beliau menjadi Perdana Menteri semula?

Pada pagi 5 Ogos 2021, semasa saya menyemak rencana ini sebelum diterbitkan, keluar pula berita bahawa Tun Dr. Mahathir meminta maaf atas kesilapannya menyertai tunjuk perasaan itu. Nampaknya, atas pengakuan beliau sendiri pun (termasuk pendakwaan DS Anwar dalam kes liwat pertama) beliau telah membuat terlalu banyak kesilapan.

Biar apa pun, hakikat bahawa beliau menyesal membuat pindaan itu tidak bererti pindaan itu sudah tidak berkuatkuasa lagi. Peruntukan itu masih ada, masih berkuatkuasa dan kesan mestilah diberi kepadanya. Untuk mentafsir peruntukan Perlembagaan, kita tidak perlu bertanya sesiapa. Kita hanya perlu melihat perkataan yang digunakan.

Maka marilah kita lihat apa yang dikatakan oleh Klausa (1A) itu:
“jika Yang di-Pertuan Agong dikehendaki bertindak mengikut nasihat, atas nasihat, atau selepas menimbangkan nasihat, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu.

Tidak ada perkataan yang lebih jelas dari itu: apabila dinasihatkan berbuat sesuatu, buat. Apa yang saya katakan ini hanya berkenaan perkara yang Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak atas nasihat sahaja. Siapa yang tidak suka, marahlah Tun Dr Mahathir dan DS Anwar Ibrahim yang memasukkan Klausa (1A) itu. Tetapi, sama ada ia dimasukkan atau tidak, itulah maksudnya.

Suka atau tidak, selagi peruntukan-peruntukan itu ada, ia mesti dipatuhi. Penasihat-penasihat undang-undang peribadi Yang di-Pertuan Agong dan ahli-ahli akademik tidak sepatutnya membuat tafsiran dengan menambah apa yang mereka fikir patut ada (what they think it should be). Ia hendaklah ditafsir berdasarkan peruntukan yang ada (as it is). Jika mereka mahukan apa yang mereka mahu, pindalah Perlembagaan terlebih dahulu.

Peruntukan umum seperti Perkara 32 (Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara bagi Persekutuan) dan Perkara 39 (Kuasa eksekutif Persekutuan hendaklah terletak hak pada Yang di-Pertuan Agong) tidak boleh digunakan untuk menambah atau mengurangkan apa yang disebut dengan khusus oleh Perkara 40(1) dan (1A). Juga dalam tafsiran Perkara 40(1) dan (1A), tidak ada ruang untuk membawa masuk konsep Raja Payung Negara atau derhaka.

Dalam hal ini, Yang di-Pertuan Agong bukan sahaja tidak memberi perkenan Baginda untuk membatalkan ordinan-ordinan itu, seterusnya, pada 24 Julai 2021 Baginda menitahkan kepada DS Takiyuddin dan Peguam Negara bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat hendaklah dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan. Dalam kenyataan media 29 Julai 2021, Baginda menyatakan dukacita Baginda kerana titah Baginda telah tidak dilaksanakan.

Dengan penuh taat setia kepada Baginda dan dengan penuh hormat kepada semua, itu bukanlah salah satu perkara yang disebut oleh Perkara 40(1). Perkara 40(1) Baginda hanya “berhak, atas permintaannya, untuk mendapat apa-apa maklumat berkenaan dengan pemerintahan Persekutuan yang boleh didapati oleh Jemaah Menteri.”

Lagi pula, jika Baginda dikehendaki memberi perkenan apabila dinasihatkan tertakluk kepada hak untuk meminta maklumat di bawah Perkara 40(1), Baginda membalasnya dengan titah supaya ordinan-ordinan itu dibentang dan dibahaskan di Parlimen, ia bererti, pertama, Baginda telah tidak mematuhi peruntukan Perkara 40(1) dan (1A) untuk memberi perkenan.

Kedua, Baginda telah menolak satu cara yang dibenarkan oleh Perkara 150(3) untuk menamatkan kuatkuasa ordinan-ordinan itu iaitu membatalnya sebelum Parlimen bersidang.

Ketiga, tanpa diberi kuasa oleh mana-mana peruntukan, Baginda telah menitahkan ia dibentang dan dibahaskan di Parlimen dan menghendakinya dilaksanakan.

Keempat, jika nasihat Jemaah Menteri perlu diikuti oleh Baginda dan titah Baginda yang bercanggah juga perlu diikuti oleh Jemaah Menteri, bagaimana percanggahan itu boleh diselesaikan?

Kelima, manakala Perlembagaan menyebut Baginda perlu bertindak atas nasihat Jemaah Menteri, tidak disebuat di mana-mana dalam Perlembagaan bahawa Jemaah Menteri perlu bertindak atas nasihat Yang di-Pertuan Agong.

Baginda juga melahirkan dukacita bahawa tidak diberikan masa yang secukupnya untuk menganalisis cadangan itu (tentulah dengan penasihat-penasihat Baginda) dan berunding dengan Raja-Raja Melayu. Dengan penuh taat setia saya katakan kedua-dua perkara itu bukanlah yang disebut dalam Perkara 40(1) dan (1A) sebagai hak Baginda. Baginda boleh melakukannya tetapi ia tidak boleh menjadi alasan untuk tidak memberi perkenan kerana tidak sempat berbuat demikian kerana itu bukanlah hak yang diberikan kepada Baginda oleh Perlembagaan.

Jika Baginda mematuhi Perkara 40(1) dan (1A), dengan penuh taat setia, pada pandangan saya, Baginda mempunyai masa yang cukup untuk memberi perkenan sebelum 26 Julai 2021 dan tiada apa-apa masalah akan timbul.

Soal tarikh berkuatkuasa dikebelakangkan kepada 21 Julai 2021 tidak menimbulkan apa-apa masalah. Ia perkara biasa. Jika Baginda mahu ia berkuatkuasa pada hari Baginda memberi perkenan pun, katakanlah pada 25 Julai 2021, walau pun Jemaah Menteri tidak perlu bersetuju, saya fikir ia tidak menjadi masalah kepada Jemaah Menteri untuk menyetujuinya, kerana Ordinan Darurat (Pembatalan) 2021 itu masih sah kerana ia dibuat sebelum Parlimen bersidang.

Sampai pagi 26 Julai 2021, ordinan-ordinan itu masih belum diperkenankan untuk dibatalkan. Maka ia masih belum dibatalkan dan masih berkuatkuasa.

Apabila Dewan Rakyat bersidang pada 26 Julai 2021, semua ordinan itu dibentangkan (laid) di dewan itu seperti yang dikehendaki oleh Perkara 150(3) tetapi bukan untuk dibahaskan.

Didesak oleh pembangkang, DS Takiyuddin berkata “Jemaah Menteri, telah membuat keputusan untuk membatalkan ordinan-ordinan darurat berkenaan.”

Kenyataan ini telah difahami sebagai Jemaah Menteri telah membatalkan ordinan-ordinan itu. Maka riuh rendahlah Dewan Rakyat. Pembangkang, termasuk Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir mempersoalkan kuasa Jemaah Menteri untuk membatal ordinan-ordinan itu. Mereka menggunakan isu itu untuk mendesak Perdana Menteri dan Jemaah Menteri meletak jawatan.

Mari kita perhati dengan teliti di mana kesilapan DS Takiyuddin Hassan? Beliau hanya tertinggal lima perkataan “untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agong”. Itu sahaja. Dalam keadaan terdesak itu beliau boleh dimaafkan. Malangnya, dalam keadaan riuh rendah yang berikut itu, beliau tidak teringat untuk membetulkan kesilapannya dan tiada siapa pun, termasuk Perdana Menteri, yang duduk di hadapan beliau teringat untuk membantu beliau dengan membetulkan kesilapannya itu.

Apatah lagi, media, terutama sekali yang pro-pembangkang, dan pembangkang yang hanya menunggu peluang untuk mengambil alih kuasa, membesar-besarkan kenyataan DS Takiyuddin Hassan itu untuk faedah mereka.

Maka, setiap hari selepas itu, kenyataan itulah yang menjadi tumpuan. Lebih memburukkan keadaan, pada 29 Julai 2021 Istana Negara telah mengeluarkan kenyataan media dan Yang di-Pertuan Agong pula menulis surat kepada TS Muhyiddin yang kandungan kedua-duanya telah saya perturunkan di atas.

Kita tidak tahu siapakah yang menasihatkan dan menggubal dokumen-dokumen yang dikeluarkan oleh Istana Negara itu yang telah membelakangkan sama sekali peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang saya telah bincang di atas. Tidak kira siapa mereka dan apa tujuan mereka, mereka telah melakukan satu disservice kepada Yang di-Pertuan Agong, sistem raja berperlembagaan dan negara. Yang untung adalah pembangkang dan mungkin mereka sendiri.

Sebenarnya, kesilapan DS Takiyuddin itu adalah satu kesilapan yang sangat kecil. Malangnya sehingga Parlimen ditangguhkan ia tidak dibetulkan. Beliau boleh meminta maaf kepada Ahli-Ahli Parlimen dan Yang di-Pertuan Agong bahawa beliau telah tersilap cakap. Maksud beliau sebenarnya ialah “Jemaah Menteri memutuskan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membatalkan ordinan-ordinan yang dibuat semasa perisytiharan darurat itu berkuatkuasa.”

Mengenai ordinan-ordinan itu, biar siapa pun yang betul, ordinan-ordinan itu masih belum dibatalkan dan Parlimen telah pun ditangguh.
Tetapi, pada 3 Ogos 2021 TS Muhyiddin telah mengeluarkan kenyataan bahawa “suatu usul untuk membahas dan seterusnya mengungkaikan ordinan-ordinan darurat berkenaan boleh dibawa dalam sidang Parlimen yang dijadualkan berlangsung pada bulan September 2021.”

Itulah yang saya hendak cadangkan pun. Masalah akan selesai.

Kesimpulan
Adalah amat mendukacitakan bahawa semasa negara sedang menghadapi pandemik Covid-19 yang amat teruk dan segala usaha sepatutnya ditumpukan untuk menangani masalah itu, kita berbalah mengenai acara menamatkan kuatkuasa ordinan-ordinan darurat. Tiada siapa sukakan deklarasi darurat. Tiada siapa membantah ordinan-ordinan darurat hendak ditamatkan kuatkuasanya. Tetapi kita berbalah bagaimana penamatan kuatkuasa ordinan-ordinan itu hendak dilakukan hingga hendak menjatuhkan kerajaan yang sedia ada. Kesilapan Menteri yang begitu kecil dalam penjelasannya dalam Dewan Rakyat diperbesar-besarkan sedangkan kegagalan mematuhi peruntukan Perlembagaan yang jelas tidak diberi perhatian.

Apa yang menjadi tumpuan pembangkang sekarang, disokong pula oleh UMNO kumpulan DS Zahid Hamidi dan DS Najib dan penyokong-penyokong mereka ialah bagaimana hendak menjatuhkan Kerajaan. Pemimpin-pemimpin DAP sudah nampak peluang baru untuk berkuasa semula dan mula membuat tuntutan. Pemuda MCA tidak mahu ketinggalan dan turut serta. Pakatan Harapan hendak berkuasa semula.
Jika Kerajaan tumbang kerananya, ini akan menjadi satu misalan dalam sejarah negara raja berperlembagaan di mana, sebuah kerajaan telah diguling kerana melakukan suatu perkara yang betul mengikut Perlembagaan tetapi menterinya tertinggal lima perkataan semasa memberi penjelasan di dalam Parlimen, manakala raja berperlembagaan tidak mematuhi peruntukan Perlembagaan mengenai bertindak atas nasihat dan pembangkang mengambil kesempatan menumbangkan kerajaan dan berkuasa semula!

Saya sedar, saya mungkin dituduh “menghina” atau “menderhaka kepada” Yang di-Pertuan Agong lagi. Tetapi, ini adalah isu tafsiran Perlembagaan. Soal menghina dan derhaka tidak timbul. Jika tidak besetuju, kemukakanlah hujah-hujah yang lebih baik dan saya akan bersetuju dengannya.

Tun Abdul Hamid Mohamad ialah bekas Ketua Hakim Negara.


#BHnasional Bagi KKM, undang-undang yang diguna pakai ketika ini di bawah tanggungjawab Peguam Negara
https://bit.ly/3yh4g37

Ordinan Darurat kekal hingga diungkai Parlimen pada September


Ogos 3, 2021 @ 6:32pm

1627997786107.png


PUTRAJAYA: Ordinan Darurat masih lagi berkuat kuasa sehingga usul membabitkan pembatalannya, diluluskan apabila dikemukakan kepada sidang Parlimen pada September ini.

Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, berkata peruntukan Ordinan Darurat itu akan terpakai sehingga ia diungkaikan kelak.

"Pakai ordinan (Ordinan Darurat) sehingga diungkaikan," katanya secara ringkas ketika dihubungi BH, hari ini.

Terdahulu, ketika dihubungi BH, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata sebarang pertanyaan berhubung undang-undang mana yang akan diguna pakai ketika ini perlu diajukan kepada Peguam Negara.






"Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil maklum perkara itu. Setakat ini, KKM menggunakan Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988," katanya ringkas.

Beliau berkata demikian ke


Sepanjang tempoh Proklamasi Darurat, beberapa Ordinan Darurat dibuat untuk memudahkan kawalan penyakit berjangkit COVID-19 termasuk jumlah kompaun yang boleh dikenakan berbanding denda maksimum RM1,000 yang dinyatakan dalam Akta 342.

Ordinan terbabit dibuat berdasarkan kepada Akta 342, antaranya membabitkan mengambil milikan sementara tanah, bangunan atau harta alih; penggunaan sumber; pampasan serta arahan rawatan, imunisasi, pengasingan, pemerhatian atau pengawasan.


Agong kirim sejambak bunga kepada Takiyuddin di hospital​


Hadiah itu muncul ketika suhu politik dipanaskan apabila istana menegur pemimpin PAS itu minggu lalu.
MalaysiaNow
Aug 3, 2021 1:12 PM



agong.jpg

Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah. Gambar: Facebook






Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan menerima kejutan dari istana hari ini berbentuk hadiah sempena mendoakan kesembuhan kesihatan dari Yang di-Pertuan Agong, MalaysiaNow dimaklumkan.

Difahamkan, Istana Negara mengirim sejambak bunga kepada Takiyuddin, yang kini beransur pulih setelah menjalani pembedahan jantung minggu ini di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Kiriman bunga dari istana itu tampil selepas suhu politik menjadi panas di Dewan Rakyat minggu lalu berikutan teguran Istana Negara berhubung pembatalan ordinan darurat yang diumumkan Takiyuddin.

Dewan Rakyat kini ditangguhkan selepas beberapa kes Covid-19 dikesan di sekitar kawasan Parlimen.

Kenyataan istana minggu lalu antara lain mengkritik Takiyuddin kerana mendahulukan pengumuman sebelum mendapat perkenan Agong berkenaan pembatalan semua ordinan darurat.

Disebabkab itu, tercetus gesaan daripada pembangkang supaya beliau meletakkan jawatan, menuduh pemimpin PAS itu menderhaka terhadap Agong.

Semalam, sejumlah ahli Parlimen pembangkang diketuai Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim berarak dari Dataran Merdeka ke bangunan Parlimen, menggesa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meletak jawatan juga kerana didakwa menderhaka terhadap Agong.


FB_IMG_1627969283013.jpg


Kenyataan Media Pejabat Perdana Menteri​

1627904032287.png


Polis bukan halang MP masuk parlimen, tapi nak sekat 'perhimpunan haram'​



Diterbitkan 2 Aug 2021, 7:17 pm

Dikemaskini 7:20 pm



Polis tidak ada halangan untuk mana-mana ahli parlimen berkunjung ke ke bangunan itu sebaliknya bertindak menghalang mereka hari ini kerana wujudnya perhimpunan "yang tidak dibenarkan".

Ketua Polis Kuala Lumpur Azmi Abu Kassim hari ini berkata pihak berkuasa mendapat maklumat suatu perhimpunan dikenali sebagai Solidariti Bersama Anwar Ibrahim akan diadakan.

Semakan dengan pengurusan parlimen pula, katanya, menunjukkan tiada persidangan berlangsung hari ini.

"Justeru polis telah membuat sekatan dan juga lencongan, tidak membenarkan kenderaan dan orang daripada memasuki parlimen.

"Itu asas tindakan polis pada pagi tadi," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Ditanya sama ada ahli parlimen sepatutnya dibenarkan memasuki bangunan berkenaan, Azmi berkata, sepatutnya mereka memang tidak ada halangan berbuat demikian.

Hal itu kerana, kata Azmi, ahli parlimen terbabit mempunyai pejabat masing-masing di parlimen dan boleh ke situ walaupun tiada sidang berlangsung.

a4b092901986d501bb26793589bba3ba.jpg


"Setakat yang saya tahu, mereka ada pejabat di situ, maka mereka dibenarkan masuk," katanya.

Ditanya apa yang berlaku sehingga ahli parlimen berkenaan dihalang, Azmi berkata, polis mendapat maklumat berlangsung satu perhimpunan yang bukan melibatkan parlimen.

"Polis mendapat maklumat ada perhimpunan, katanya solidariti, bukan perhimpunan parlimen... perhimpunan yang tidak dibenarkan," katanya.

Pagi tadi seramai 107 wakil rakyat pembangkang berkumpul dari Dataran Merdeka dan cuba bergerak memasuki parlimen pada hari yang sepatutnya menjadi hari terakhir sidang khas bagi membincangkan isu-isu semasa.

361ee4d243ada9cca6008ead74a2f201.jpg


Sidang khas itu diadakan selepas Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menitahkan ia dibuat bagi membolehkan ordinan darurat dibentang dan dibahaskan.

Hari ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan dijadual memberikan jawapan sama ada pembatalan ordinan darurat sudah mendapat perkenan Agong atau sebaliknya.

Bagaimanapun minggu lalu Perdana Menteri Muhyiddin Yassin selaku ketua majlis membuat keputusan menangguhkannya atas alasan ancaman Covid-19.

Azmi berkata langkah menyekat laluan itu dibuat demi keselamatan orang ramai dan ahli parlimen terbabit.


Menurutnya lagi seramai 500 orang anggota dan pegawai bertugas hari ini.
Sementara itu Azmi berkata dua laporan diterima berhubung perhimpunan hari ini dan siasatan sudah dijalankan mengikut Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman 2012, Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

"Polis akan jalankan siasatan, daripada itu ia akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara," katanya.



1627872777809.png

1627872792160.png


LANGSUNG | MP pembangkang berarak ke parlimen​

Diterbitkan 2 Aug 2021, 9:49 am

Dikemaskini 10:47 am



Pergolakan politik Malaysia semakin panas apabila ahli parlimen pembangkang cuba memasuki Dewan Rakyat, namun kesemua jalan masuk disekat.
Mereka berkumpul di Dataran Merdeka dan merancang untuk berarak ke parlimen hari ini.
Semua ahli parlimen pembangkang dari DAP, PKR, Amanah, Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Warisan, Parti Sarawak Bersatu dan Upko berkumpul untuk mendesak pengunduran Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan kabinetnya .
Parlimen sepatutnya bersidang hari ini tetapi ditangguhkan akibat kes Covid-19.

MP pembangkang mula berarak
10.25 pagi:
Dataran Merdeka - Ahli Parlimen pembangkang mula berarak menuju Parlimen dari sini.
Sebilangan mereka mengangkat sepanduk yang bertuliskan "Mahiaddin dan kabinet letak jawatan" ketika berarak.
Mereka juga menyanyikan lagu Inilah Barisan Kita dan melaungkan 'Reformasi' ketika berarak.

f9b7e4cd5e24366821e67227d066425b.jpg

Dr Mahathir tiba di Dataran Merdeka

10.15 pagi:
Dataran Merdeka - Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad tiba untuk menyertai ahli parlimen pembangkang.
Ahli Parlimen Langkawi dan pengerusi Pejuang itu juga memberi ucapan ringkas kepada anggota parlimen sebelum menyertai perarakan ke parlimen.

fa6eafd30c8acb123ebfef3151b4f843.jpg

'Parlimen tempat kerja MP'

10am:
Dataran Merdeka - Sebilangan ahli parlimen pembangkang berkumpul di sini berikutan jalan menuju parlimen disekat pihak polis.
Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Saifuddin Nasution Ismail berkata, parlimen adalah 'tempat kerja' untuk wakil rakyat dan mereka akan berusaha sebaik mungkin memasuki parlimen.
Pemimpin pembangkang bergilir-gilir memberikan ucapan terlebih dahulu sebelum merancang untuk berarak ke parlimen.
"Undur Muhyiddin, hidup rakyat, hidup Yang di-Pertuan Agong," kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di akhir ucapannya, bersama anggota parlimen yang lain.
Turut hadir ialah Presiden PKR Anwar Ibrahim, Presiden Amanah, Mohamad Sabu; pengasas Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir dan Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal.

f90a8d70e8c9de9aff71b9f98be6fe9b.jpg

MP berkumpul di Dataran, rancang berarak

9.50am:
Ahli-ahli parlimen pembangkang mula berkumpul di Dataran Merdeka sebagai persediaan untuk berarak ke parlimen setelah gagal mengadakan rundingan.
Sejak awal pagi ini, beberapa trak Black Maria dilihat berada di lokasi di sekitar parlimen.
Anggota pasukan Light Strike Force, selain anggota polis biasa dan pegawai trafik turut dilihat di sekatan jalan raya.

MP berkumpul di Bank Rakyat
9.20am:
Ketika dihubungi, Ahli Parlimen Bandar Kuching, Kelvin Yii berkata, sekumpulan ahli parlimen lain berkumpul di bangunan Bank Rakyat di Bulatan Dato Onn, kira-kira 1.5km dari parlimen.
"Jalan raya semua disekat. Kami tidak dibenarkan masuk (ke parlimen).
"Jadi kita boleh berkumpul di lokasi lain dan terus berjalan," kata Yii.

fbfc94b72b8b3413201cd85226701956.jpg

Jalan-jalan utama ditutup

9.00 am:
Jalan-jalan utama menuju ke bangunan parlimen di Kuala Lumpur ditutup bagi menghalang kemasukan ahli-ahli pembangkang berikutan penangguhan sidang khas parlimen hari ini.
Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin menyiarkan gambarnya berdiri di tepi jalan bersama dua ahli Parlimen lain.
"Lockdown Parlimen?! Jalan masuk ke parlimen semuanya disekat oleh polis," katanya di Facebook.
Chan juga berkongsi satu lagi gambar polis trafik sedang bertugas di sekatan jalan raya.

7554097b10bcbb776c005425c58fa85a.jpg


2158ce01d46eb6dc7b35df56477e9b0b.jpg


99161d8a0af33af27cdf7418ab78dd47.jpg



Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hasil daripada PCR Genotyping Assay, kesemua 4 sampel menunjukkan mutasi pada spike protein yang dikenalpasti wujud pada varian Delta atau varian Kappa.

Namun berdasarkan VOC yang sedang menular di dalam komuniti, ianya berkemungkinan besar adalah varian Delta.

Untuk makluman, kajian klinikal telah melaporkan bahawa kes yang dijangkiti varian Delta mempunyai kandungan virus 1200 kali lebih tinggi berbanding kes yang dijangkiti dengan varian biasa (non-VOC).
#AWANInews #HapusCOVID19

1627828964970.png

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

13m ·

Kenyataan Akhbar Kementerian Kesihatan Malaysia - Kebimbangan Berikutan Pengesanan Kes COVID-19 Dan Risiko Penularan Jangkitan Di Parlimen.

1627817656458.png

1627817664185.png

1627817671249.png

1627817678725.png

1627817685909.png

1627817693501.png

FB_IMG_1627800601349.jpg

TERKINI | Mesyuarat Khas Dewan Negara yang dijadualkan dari 3 hingga 5 Ogos 2021 ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Penangguhan dibuat selaras cadangan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah serta penilaian risiko semasa susulan perkembangan penularan jangkitan COVID-19.

Ditangguhkan ke tarikh yg ditetapkan kelak


1627725115808.png

Azhar kecualikan diri buat keputusan usul berkaitan AG​


31 July 2021

MGF13072020_SIDANG-PARLIMEN_60.jpg


Azhar Azizan Harun


KUALA LUMPUR – Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengecualikan dirinya daripada membuat sebarang keputusan mengenai usul berkaitan Peguam Negara.
Menurutnya, ia ekoran satu usul yang diterimanya daripada Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kula Segaran pada 29 Julai lalu.




Usul tersebut mempunyai hal-hal bersangkutan dengan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun yang merupakan abang kandungnya.
“Oleh kerana itu, saya telah membuat keputusan untuk mengecualikan diri saya daripada membuat apa-apa keputusan mengenai, berkenaan atau pun yang bagaimana juga pun berkaitan dengan usul tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Azhar berkata, sebarang keputusan mengenai usul berkenan diserahkan kepada dua timbalannya, Datuk Mohd Rashid Hasnon dan Datuk Seri Azalina Othman Said.



“Saya tidak campur tangan di dalam apa cara sekalipun di dalam pelaksnaan tugas timbalan-timbalan Yang di-Pertua di dalam hal berkaitan,” katanya lagi.- MalaysiaGazette


dari pihak istana, Agong



1627636932784.png

1627636942448.png

1627636950959.png

1627636958540.png

Kenyataan Akhbar KPK 29 Julai 2021 – Pemantauan dan Saringan Pengesanan COVID-19 Sebelum dan Semasa Pelaksanaan Sidang Mesyuarat Khas Parlimen​

BY DG OF HEALTH ON JULY 29, 2021
Seperti makluman umum, Sidang Mesyuarat Khas Parlimen berlangsung bermula pada 26 Julai 2021 sehingga 29 Julai 2021 dan 2 Ogos 2021 bertempat di Dewan Parlimen Negara, Kuala Lumpur. Pihak Parlimen bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah membangunkan beberapa Prosedur Amalan Standard (SOP) bagi memastikan kelancaran perjalanan sidang serta mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19 sepanjang persidangan tersebut.

Antara SOP yang ditetapkan kepada semua individu yang terlibat dalam persidangan adalah diwajibkan menjalani ujian RT-PCR, tiga (3) hari sebelum hadir ke Parlimen bagi ahli-ahli Parlimen, pegawai-pegawai pengiring dan pegawai-pegawai Kementerian. Manakala bagi pihak media, kakitangan parlimen dan kontraktor, ujian makmal ini haruslah dibuat dalam tempoh lima (5) hari sebelum hadir di Parlimen. Individu yang bergejala juga dilarang hadir dan memasuki Parlimen.

Semasa hari persidangan berlangsung, individu dengan keputusan negatif COVID-19 harus membawa sesalinan keputusan tersebut ke Parlimen sebagai bukti. Individu yang bergejala hendaklah diasingkan dan dirujuk untuk menjalani pemeriksaan kesihatan, penilaian risiko serta ujian saringan. ‘Booth’ Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) telah dipasang di Parlimen bagi menyediakan perkhidmatan RTK-Ag Self-Test Kit Saliva untuk saringan kendiri individu yang bergejala.

Sebelum mendaftar masuk secara harian sepanjang tempoh persidangan, individu diwajibkan mendaftar kehadiran menggunakan imbasan kod QR melalui aplikasi MySejahtera serta mengemaskini status risiko COVID-19 di paparan “Update My COVID-19 Risk Status” dalam aplikasi tersebut. Hanya individu yang negatif ujian pengesanan COVID-19, berstatus risiko rendah atau kontak kasual dan tidak bergejala akan dibenarkan masuk ke Sidang Parlimen. Bagi individu yang tidak mempunyai telefon pintar, mereka perlu merekodkan kehadiran secara manual.

Pihak Parlimen telah mengarahkan semua individu yang dijemput hadir ke Sidang Parlimen ini untuk menjalani saringan COVID-19 antara 21 Julai hingga 25 Julai 2021, sama ada di Kompleks Parlimen, PKD Putrajaya, fasiliti kesihatan kerajaan atau swasta. Dalam tempoh tersebut sebanyak 2,093 individu telah menjalani saringan ujian COVID-19. Sehingga 28 Julai 2021, sebanyak 56 kes positif COVID-19 telah dikesan melibatkan dua (2) orang Ahli Parlimen, enam (6) orang pegawai pengiring dan 48 orang pegawai dari pelbagai agensi kerajaan. Ini menjadikan kadar positif adalah 2.7 peratus. Dari 56 kes yang positif ini, 39 (69.6 peratus) terdiri dari mereka yang belum menerima dos vaksin lengkap atau belum menerima vaksin. Hasil siasatan dan penilaian risiko dijalankan yang dijalankan setakat semalam, kes-kes positif ini tidak mempunyai kaitan epidemiologi di antara satu sama lain.

Individu yang disahkan positif tidak dibenarkan hadir ke Sidang Parlimen. Mereka telah diasingkan, dirawat dan diberi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) termasuk kepada kontak rapat kes positif tersebut sebelum hari bermula Sidang Mesyuarat Khas Parlimen. Siasatan diteruskan untuk mengesan kontak rapat kepada kes-kes positif ini. Sehingga kini (28 Julai 2021), empat (4) orang kontak rapat telah disahkan positif COVID-19. Keempat-empat kontak rapat ini tidak hadir sejak dari hari pertama persidangan berlangsung dan sedang dalam tindakan susulan oleh pihak kesihatan.

Mengambilkira situasi semasa COVID-19 di Malaysia, keputusan saringan yang dijalankan sebelum Parlimen dan bagi mencegah penularan COVID-19 semasa persidangan ini berlangsung, KKM mencadangkan agar jumlah kehadiran secara fizikal di Parlimen dikurangkan dan tempoh persidangan dipendekkan. Perkara ini telah dicadangkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan semasa Mesyuarat Penyelarasan Bagi Urusan Berkaitan Mesyuarat Khas Bagi Dewan Rakyat berikutan Penularan Wabak COVID-19 pada 26 Julai 2021 jam 8 pagi.

Bagi memastikan Sidang Khas Parlimen terus berjalan lancar, semua individu dikehendaki untuk mematuhi SOP dan peraturan-peraturan sedia ada.

KKM akan terus memantau perkembangan situasi di Parlimen. Pasukan kesihatan dari Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersama dari Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) telah ditempatkan di Bangunan Parlimen untuk menyelaras saringan demam dan gejala ke atas semua yang memasuki bangunan Parlimen. Sehingga 28 Julai 2021 seramai 104 individu telah menjalani ujian saringan kendiri “RTK-Ag Self Test Kit” menggunakan sampel saliva dan mendapati kesemuanya negatif COVID-19. Sekiranya terdapat kes positif COVID-19 dikesan dalam kalangan individu yang menghadiri Parlimen, siasatan akan dijalankan termasuk pengesanan kontak dan punca jangkitan. Selain dari itu, penilaian risiko juga akan dijalankan untuk mengetahui samada terdapat penularan jangkitan berlaku di kalangan mereka yang hadir ke Parlimen dan keperluan penutupan sementara untuk menjalankan langkah-langkah pencegahan dan kawalan. Berdasarkan penilaian risiko dijalankan oleh pasukan kesihatan yang ditempatkan di Parlimen, buat masa ini tiada penularan jangkitan COVID-19 dikesan. Namun, pemantauan dan penilaian risiko akan diteruskan sehingga Sidang Mesyuarat Parlimen ini tamat.

Justeru, KKM ingin mengingatkan agar setiap individu hendaklah bersama-sama bertanggungjawab agar sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan serta hendaklah mengamalkan normal baharu.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA


29 Julai 2021 @ 12:00 tengah hari


kenyataan-akhbar-kpk-29-julai-2021-pemantauan-dan-saringan-pengesanan-covid-19-sebelum-dan-semasa-pelaksanaan-sidang-mesyuarat-khas-parlimen

Muhyiddin Yassin

2j ·

Kenyataan Media Pejabat Perdana Menteri

215828283_4250887228323137_7347683172651595398_n.jpg

218304532_4250887358323124_1444966570456962964_n.jpg

217399355_4250887471656446_8967786591126529531_n.jpg

219264444_4250887521656441_1481294294509084806_n.jpg

1627550717570.png


Anwar kemuka usul hilang kepercayaan pada PM​

Diterbitkan 29 Jul 2021, 4:20 pm

Dikemaskini 5:15 pm



PARLIMEN | Anggota Parlimen Port Dickson Anwar Ibrahim hari ini mengemukakan usul hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Dalam usul yang disampaikan kepada speaker Dewan Rakyat hari ini, Anwar juga mahu Muhyiddin dimakzulkan (digugurkan) daripada jawatan perdana menteri dengan segera.

Usul itu dikemukakan susulan teguran istana terhadap kerajaan dalam isu pembatalan ordinan darurat yang belum mendapat perkenan Yang di-pertuan Agong serta tindakan menteri yang mengelirukan Dewan Rakyat.

"Jelas bila kenyataan rasmi Istana Negara pada 29 Julai telah membidas sikap biadab dan derhaka Takiyuddin Hassan (menteri undang-undang) yang secara terang telah mengelirukan rakyat, di mana beliau menyatakan bahawa semua ordinan darurat telah dibatalkan pada 21 Julai, wahal ia telah dititahkan dibentang/dibahaskan di parlimen bagi tujuan perungkaian.

"Saya Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Port Dickson mengemukakan usul seperti berikut bahawa Dewan Rakyat ini mengambil ketetapan untuk menyatakan bahawa hilang kepercayaan pada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin (Pagoh) dan dimakzulkan daripada jawatan perdana menteri dengan segera menurut Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam sidang media, di lobi Dewan Rakyat, sebentar tadi.

Anwar berkata demikian ketika mengulas kenyataan Istana Negara tengah hari tadi, di mana Agong tidak memberi perkenan pembatalan peraturan darurat dan menuduh Takiyuddin mengelirukan Dewan Rakyat.

Anwar juga berkata bahawa keengganan kerajaan mengadakan sebarang bentuk undian, menunjukkan kerajaan PN sudah hilang kepercayaan ahli parlimen.

"Ada dua perkara saya ingin tambah, keengganan mereka mengadakan apa saja bentuk undian, mereka tahu mereka sudah hilang kepercayaan ahli parlimen.

"Kedua, setelah titah diRaja sampai, mereka masih enggan dan mencari helah. Oleh itu, kita tidak mahu tunggu lagi... parlimen sudah bersidang. Kita sudah menyatakan pandangan," katanya.

Terdahulu, ketua pembangkang itu menghantar usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin ke pejabat Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun.

Usul itu dihantar di bawah Peraturan Mesyuarat 14 (1)(h), 26 (1)(d), dan Peraturan Mesyuarat 36 (12) serta Perlembagaan Persekutuan.
"Sekiranya ada integriti, dia perlu letak jawatan. Kerana dia tidak tersedia menghadapi parlimen dan tidak yakin memiliki majoriti. Sekarang, setelah kita membuktikan fakta itu di parlimen.

"Kita menyerahkan budi bicara Tuanku Agong untuk memutuskan apa yang terbaik untuk menyelamatkan negara ini dari krisis sekarang," katanya.

"Kita akan lihat perkembangan dalam satu dua hari. Kalau perlu, kita mohon menghadap (Agong)," tambahnya.


FB_IMG_1627540619470.jpg

📌56 kes positif COVID-19 dikesan sehingga semalam hasil ujian saringan antara 21 hingga 25 Julai untuk Sidang Parlimen, dua daripadanya libatkan Ahli Parlimen⁣

📌KKM teruskan pengesanan kontak rapat kes-kes positif di Parlimen, empat kontak rapat sah positif COVID-19 setakat 28 Julai ⁣

- KP Kesihatan⁣
@dghisham

Berita selanjutnya menyusul

85676d76648ae0a6714e9fae120b40cc.jpg


Agong amat dukacita, Takiyuddin kelirukan Dewan Rakyat​


Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dukacita dengan pengumuman pembatalan Ordinan Darurat di parlimen.

Perkara itu dimaklumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsudddin pada kenyataan hari ini.

"Sehubungan dengan itu, Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan yang telah dibuat pada 26 Julai, 2021 lalu bahawa kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan oleh Baginda sepanjang tempoh darurat walhal belum lagi diperkenan baginda," katanya.

"Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa amat dukacita kerana apa yang telah diperkenankan dan dipersetujui tedahulu dengan Takiyuddin Hassan selalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) dan Idrus Harun, peguam negara semasa majlis menghadap secara maya pada 24 Julai 2021 bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di parlimen bagi tujuan dirungkaikan telah tidak dilaksanakan.


"Seri Paduka Baginda menegaskan kenyataan menteri di Parlimen pada 26 Julai 2021 adalah tidak tepat dan telah mengelirukan ahli-ahli Dewan Rakyat.

"Seri Paduka Baginda turut menegaskan bahawa permohonan pembatalan semua Ordinan Darurat berkuatkuasa pada 21 Julai 2021 yang telah dilakukan secara tergesa-gesa tanpa pembentangan di parlimen dan kenyataan yang bercanggah serta mengelirukan di parlimen bukan sahaja gagal menghormati prinsip kedaulatan undang-undang yang terkandung dalam Rukun Negara malah telah membelakangi fungsi dan kuasa Seri Paduka Baginda selaku Ketua Utama Negara seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya kenyataan itu.



58e1e5e7469ce11574fd142d856a3558.jpg



Menurut kenyataan Istana Negara itu, Seri Paduka Baginda sedia maklum mengenai keperluan Agong bertindak mengikut nasihat jemaah menteri seperti terkandung dalam Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan.

"Namun, Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan bahawa Baginda selaku Ketua Utama Negara, mempunyai kewajipan untuk menyampaikan nasihat dan teguran jika berlaku sebarang tindakan yang tidak berperlembagaan oleh mana-mana pihak, khususnya mereka yang melaksanakan fungsi dan kuasa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong," kata Ahmad Fadhil.



Untuk rekod, tempoh darurat yang bermula pada 11 Jan lalu akan berakhir pada Ahad, 1 Ogos.

Ramai pihak sebelum ini berpendapat pembatalan tersebut dibuat secara tidak berperlembagaan.

Pengumuman Takiyuddin pada 26 Julai lalu bahawa ordinan darurat telah dibatalkan mengejutkan Dewan Rakyat.

Takiyuddin juga berkata lantaran itu, "isu pembatalan (peraturan-peraturan ordinan darurat) tidak lagi relevan."

Berikut adalah ordinan-ordinan darurat yang diwartakan tahun ini:
  • Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021
  • Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (pindaan) 2021
  • Ordinan Darurat (Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja)(pindaan) 2021
  • Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No. 2) 2021 [Berhubung berita palsu]
  • Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (Pindaan) 2021 [Berhubung kuasa untuk menggunakan Kumpulan Wang Disatukan tanpa melalui legislatif]
  • Ordinan Darurat (Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah) (pindaan) 2021


d9f9e4700845b6007289f7a1b8810219.jpg



1627533659995.png

1627533678226.png


dari istana

#BHNasional Bantuan berterusan kerajaan sejak pandemik melanda.
https://bit.ly/3zJIN3a

RM530b tampung lapan pakej rangsangan


Julai 29, 2021 @ 11:21am

1627530391193.png


Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerajaan membelanjakan RM530 bilion bagi melaksanakan lapan pakej rangsangan ekonomi sejak negara dilanda wabak COVID-19, lebih setahun lalu.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, memaklumkan pada tahun lalu sahaja, sejumlah RM305 bilion dibelanjakan iaitu 22.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

"Ini adalah antara kadar terbesar berbanding pakej rangsangan yang dilaksanakan di Indonesia, Korea Selatan dan Amerika Syarikat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika memberi penerangan mengenai Pakej-Pakej Bantuan Ekonomi pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat, hari ini.


Strim langsung Persidangan Dewan Rakyat/Dewan Negara bagi Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Majlis Parlimen ke-14 2021.


"Tanpa menggunakan kuasa darurat untuk meminda Akta KWAN, kerajaan tidak dapat menggunakan wang daripada dana yang ditubuhkan sebagai tabung pelaburan masa depan negara," katanya.​


ecc63140c6000a1a9202fac03ee49a9a.jpg

Guan Eng: Bagaimana k'jaan beli vaksin lepas batalkan Ordinan Darurat?​

Diterbitkan 28 Jul 2021, 5:15 pm

Dikemaskini 5:23 pm


Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini bertanya adakah kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan mempunyai dana untuk melengkapkan pembelian vaksin selepas menteri undang-undang Takiyuddin Hassan mengumumkan pembatalan Ordinan Darurat berkuat kuasa 21 Julai lalu.

"Pengumuman tiba-tiba dan tergesa-gesa oleh kerajaan PN di Parlimen mengenai pembatalan enam Ordinan Darurat secara undur tarikh telah menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat, bukan sahaja terhadap keabsahan undang-undang kompaun dan denda yang dikeluarkan tetapi juga pembelian vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick).

"PN telah bergantung pada Ordinan Darurat untuk meminda Akta Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN), tanpa kelulusan Parlimen, bagi membolehkan kerajaan memperuntukkan RM5 bilion untuk pembelian vaksin.

"Tanpa menggunakan kuasa darurat untuk meminda Akta KWAN, kerajaan tidak dapat menggunakan wang daripada dana yang ditubuhkan sebagai tabung pelaburan masa depan negara," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, pada 26 Julai Takiyuddin memberitahu Dewan Rakyat bahawa pelaksanaan enam Ordinan Darurat dibatalkan berkuat kuasa 21 Julai.

Antara ordinan yang dibatalkan adalan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu); Ordinan Darurat (Kumpulan Wang Amanah Negara) (pindaan) 2021 dan Ordinan Darurat (Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah) (pindaan) 2021.

Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (pindaan) 2021 dan Ordinan Darurat (Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja)(pindaan) 2021, turut dibatalkan.

Lim berkata bahawa pembatalan Ordinan Darurat mungkin mengakibatkan kerajaan perlu mencari sumber dana lain bagi menampung sebarang kekurangan daripada jumlah RM5 bilion tersebut.

"Sehingga hari ini, kerajaan belum mendedahkan berapa jumlah dana daripada jumlah RM5 bilion diperuntukkan daripada KWAN yang telah digunakan untuk pembelian vaksin.

"Nampak seperti jumlah penuh RM5 bilion masih belum dikeluarkan daripada KWAN," katanya.

Dia juga menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai salah satu pemegang amanah KWAN, mendedahkan jumlah wang yang telah digunakan setakat ini untuk perolehan vaksin demi ketelusan dan akauntabiliti awam.

Mesyuarat Khas Parlimen: CITF cuba seimbangkan vaksin untuk negeri - Khairy​

Firdaus Azil
Julai 28, 2021 12:23 MYT

Mesyuarat Khas Parlimen: CITF cuba seimbangkan vaksin untuk negeri - Khairy

Terdapat keadaan tertentu di mana CITF perlu buat perubahan pada jumlah pengagihan vaksin yang telah dijadualkan, kata Khairy Jamaluddin.


KUALA LUMPUR: Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) akan cuba memastikan keseimbangan agihan vaksin kepada negeri-negeri, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin.

Keseimbangan itu, jelasnya lagi, mengambil kira jumlah vaksin yang telah dihantar pihak pembekal, jumlah populasi setiap negeri dan sudah pastinya nilai ambang yang ditetapkan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).


Bagaimanapun, Ahli Parlimen Rembau itu berkata, terdapat keadaan tertentu di mana CITF perlu buat perubahan pada jumlah pengagihan vaksin yang telah dijadualkan.


“Dalam keadaan-keadaan tertentu seperti, contohnya, jika fasa kawalan wabak perlu diaktifkan di satu-satu kawasan, CITF perlu membuat perubahan jumlah pengagihan vaksin yang telah dijadualkan.

“Ini bagi membolehkan kawasan kawalan wabak dapat melaksanakan vaksinasi kepada populasi di kawasan tersebut pada kadar segera,” katanya sewaktu memberi penerangan berhubung PICK di Dewan Rakyat hari ini.

Menjelaskan lebih lanjut, Khairy berkata, kawalan wabak merupakan fasa keempat PICK, dan sentiasa diaktifkan sepanjang masa.

Beliau berkata, menerusi fasa kawalan wabak ini, CITF akan membuat keputusan apabila terdapatnya satu keperluan yang mengambil kira kepentingan kesihatan awam untuk mempercepatkan vaksinasi di satu-satu kawasan yang sedang menunjukkan peningkatan mendadak kes jangkitan COVID-19.

Tambahnya lagi, sehingga kini, CITF Persekutuan telah mengaktifkan tiga fasa kawalan wabak iaitu: -
i) bagi pekerja sektor penting dan perlu yang harus bekerja sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP);
ii) Operasi kawalan wabak di Labuan disebabkan penularan varian Delta. Pada ketika itu, jumlah jangkitan yang direkodkan adalah setinggi 1,344 kes dalam masa seminggu.

“Menerusi operasi kawalan wabak di Labuan ini, sehingga kini, sebanyak 90 peratus populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu.

“Hasilnya, kes COVID-19 di Labuan telah menurun dan pada 26 Julai lalu, hanya 8 kes baharu dicatatkan, kadar kemasukan ke hospital dan ICU juga telah menurun,” katanya lagi.

Satu lagi fasa kawalan wabak, menurut Khairy lagi, ialah Operasi Lonjakan Kapasiti atau Operation Surge Capacity (OCS) di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.

“Ini untuk memberikan keseluruhan populasi dewasa yang telah mendaftar menerima sekurang-kurangnya satu dos menjelang 1 Ogos ini.

“Bagi OCS ini, saya ingin berterima kasih kepada Yang Berhormat Bangi (Ong Kian Ming) kerana turut bersama-sama CITF untuk menjayakan operasi ini sebagai koordinator antara Persekutuan dan Negeri,” katanya lagi.

Khairy berkata, selain fasa kawalan wabak yang diaktifkan oleh CITF Persekutuan, CITF Negeri juga dibenarkan untuk melaksanakan fasa kawalan wabak mengikut keperluan bagi negeri masing-masing.


DEWAN RAKYAT | Bantuan RM50,000 Jika Ada Kesan Sampingan Serius Selepas Vaksinasi

Kerajaan meluluskan dana permulaan RM10 juta bagi tujuan bayaran bantuan khas kepada individu-individu yang mengalami kesan sampingan serius susulan vaksinasi COVID-19.

Bantuan RM500,000 diberikan jika berlaku hilang upaya kekal atau kematian manakala RM50,000 sekiranya berlaku kesan sampingan yang memerlukan rawatan berpanjangan di hospital.


DEWAN RAKYAT | Vaksin COVID-19 Cukup Untuk 130.3% Populasi Malaysia

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa Malaysia berjaya mendapatkan 8 jenis vaksin COVID-19 daripada 6 pembekal dari seluruh dunia. Jumlah vaksin itu cukup untuk menampung keperluan 130.3% populasi Malaysia.


Strim langsung Persidangan Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Majlis Parlimen ke-14 2021.


Hari Isnin ini pembangkang berpeluang tanya kepada Takiyuddin.
#malaysiagazette #mgnews

Saya tetapkan Isnin kerana tak mahu ganggu aturan mesyuarat – Azhar​


27 July 2021

MGF06112020_PEMBENTANGAN-BAJET05-1.jpg


Azhar Azizan Harun

KUALA LUMPUR – Keputusan supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menjawab berkaitan penamatan Ordinan Darurat pada Isnin ini kerana mengikut aturan mesyuarat.

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun memberitahu, beliau berbuat demikian kerana mengikut aturan mesyuarat yang menetapkan persidangan khas lima hari bermula semalam hingga 30 Julai ini untuk memberi penerangan mengenai Majlis Pemulihan Negara (MPN).




Beliau berkata, desakan ahli Parlimen pembangkang supaya Takiyuddin menjawab isu itu hari ini bukan Isnin supaya tidak mengganggu perjalanan aturan mesyuarat.

Penjelasan Azhar itu bagaimanapun menimbulkan rasa tidak puas hati pembangkang termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu Takiyuddin menjelaskan segera mengenai asas penamatan Ordinan Darurat pada 21 Julai, bukan 1 Ogos yang ditetapkan.
“Kita hanya minta Ahli Parlimen Kota Bharu menjawab yang asas sahaja hari ini, yang terperinci tu boleh jawab Isnin sebagai diputuskan oleh speaker.



“Yang kita bincangkan pasal MPN semalam ada dalam proses Ordinan Darurat. Ini yang kita bincangkan tapi kita tidak diberitahu seolah ada yang tersembunyi di sebalik ‘telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Kita tengok dari tadi lagi, Menteri (Takiyuddin) dan Perdana Menteri tidak boleh jawab dan mereka tidak mahu jawab persoalan ini,” kata Ahli Parlimen Port Dickson (PKR).

Azhar Azizan kemudian menyatakan keputusannya adalah tetap untuk memberi ruang kepada Menteri Undang-Undang menjawab mengenainya pada Isnin, bukan hari ini.



Keputusan itu mendapat bantahan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd. Samad (Amanah) yang menyifatkan isu dibangkitkan pembangkang bukan berhubung urusan mesyuarat.

Sebaliknya, ujar beliau, ia berkait dengan apa yang disebutkan oleh Takiyuddin semalam, yang perlu dijelaskan pada hari ini.
“Apabila Takiyuddin sebut penamatan Ordinan Darurat pada 21 Julai lalu, ini mengejutkan semua Ahli Parlimen, jadi, dia kena jawab hari ini. Kalau tidak kenyataan beliau itu mengelirukan rakyat,” katanya.

Speaker bagaimanapun tetap mempertahankan keputusannya dengan menyatakan, mengikut urusan aturan mesyuarat, hari pertama persidangan membincangkan hal MPN, hari kedua (hari ini) penerangan dari Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba.

“Hari ketiga, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin memberi penerangan dan hari keempat peluang Menteri Kewangan. Kita tidak mempunyai masa mencukupi untuk bincang isu penamatan Ordinan Darurat.
“Sebab itu, saya tetapkan hari Isnin ini untuk Menteri Undang-Undang menjawab dan pada hari itu, pembangkang ada masa secukupnya untuk bertanya,” katanya.

Ketika ini, Takiyuddin tidak ada dalam dewan juga menyebabkan ramai kalangan pembangkang menyifatkannya sebagai pengecut kerana ‘lari’ daripada berdepan dengan tekanan. – MalaysiaGazette



Jangan dolak dalik, jawab Agong perkenan batal Ordinan Darurat atau belum, Anwar beritahu Takiyuddin​


July 27, 2021 11:31 AM

Takiyuddin-Hassan-Youtube-270721.jpg


Takiyuddin Hassan menegaskan semua isu berkaitan darurat akan dijawab pada Isnin.

PETALING JAYA: Walaupun diasak berkali-kali oleh pembangkang, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan hari ini enggan memberitahu Dewan Rakyat sama ada Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan kepada keputusan kerajaan menarik balik semua Ordinan Darurat pada 21 Julai.

Sebaliknya Takiyuddin berkata, beliau akan hanya mengupas isu itu pada Isnin.

Penjelasan Takiyuddin itu menimbulkan rasa tidak puas hati pembangkang, termasuk Gobind Singh (PH-Puchong), Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) dan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, yang mendesak ia dijelaskan hari ini.
Takiyuddin tidak perlu membuat penjelasan secara terperinci hari ini, kata Anwar, sebaliknya hanya perlu mengesahkan sama ada keputusan kerajaan pada 21 Julai untuk tidak meneruskan darurat dan ordinan darurat telah diperkenan Agong dan diwartakan atau belum.



“Semalam menteri kata batal. Kalau belum (diperkenan Agong dan diwartakan), cakap belum. Jangan nak dolak dalik,” tambah Ahli Parlimen Port Dickson itu.

Anwar berkata, jika isu keabsahan penarikan balik Ordinan Darurat itu tidak dijawab segera, ia akan menyebabkan rakyat hilang kepercayaan sama sekali terhadap kepimpinan negara.

Takiyuddin tetap enggan memberi jawapan langsung yang dituntut Anwar dan Ahli Parlimen pembangkang lain, sebaliknya menegaskan bahawa penerangan penuh akan diberikan pada Isnin.

“Saya nak menarik perhatian YB dan Dewan Rakyat bahawa semalam Speaker telah membuat satu ketetapan. Dia sebut menteri undang-undang beri penjelasan pada Isnin.

“Saya meminta, dengan rendah diri, untuk berlaku adil dengan keputusan dibuat Speaker untuk diberi peluang menjelaskan semua (isu) berkait pelaksaaan (Ordinan Darurat) Isnin ini. Ketetapan dibuat Speaker,” kata Takiyuddin pada hari kedua mesyuarat khas Dewan Rakyat.
Sementara itu, RSN Rayer (PH-Jelutong) turut tidak berpuas hati dan meminta Takiyuddin menjelaskan perkara itu hari ini dengan mendakwa hasil semakan beliau berhubung pelaksanaan ordinan itu termasuk kompaun dikenakan dan digunakan pihak pendakwa raya ke atas pelanggar SOP masih mengguna pakai peraturan di bawah Ordinan Darurat selepas 21 Julai.

“Penasihat undang-undang negeri (Pulau Pinang) saya semak masih guna dan mereka masih belum dimaklumkan tentang penarikan balik Ordinan Darurat,” dakwa Rayer

Sementara itu, Timbalan Speaker Azalina Othman Said memaklumkan beliau tidak boleh mengubah keputusan dibuat oleh Speaker melainkan wakil pembangkang perlu memohon supaya isu terbabit dijelaskan lebih awal berbanding Isnin.

Beliau juga turut menegur keengganan wakil pembangkang membenarkannya membuat penjelasan dan ketetapan dengan membuat kecoh di Dewan Rakyat.

“Bagi saya peluang untuk buat kerja saya, beri saya bercakap pula, kalau YB (pembangkang) nak bercakap tak ada guna saya jadi Timbalan Speaker. Speaker sudah buat ‘ruling’, penerangan dibuat Isnin ini, kalau YB ( pembangkang) tak puas hati, boleh pergi jumpa Speaker bincang, atau nanti jam 11 Speaker masuk boleh tanya,” katanya.

Semalam Takiyuddin memaklumkan bahawa kerajaan memutuskan untuk tidak menasihati Agong untuk menyambung Proklamasi Darurat yang akan tamat pada 1 Ogos ini.

Katanya, kerajaan juga memutuskan berdasarkan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan, semua ordinan yang telah dibuat sepanjang tempoh Proklamasi Darurat dibatalkan.

“Kerajaan sudah menarik balik semua Ordinan Darurat berkenaan pada 21 Julai lalu. Pembatalan ini menjadikan isu Proklamasi dan Ordinan Darurat tidak lagi berbangkit,” kata Takiyuddin pada hari pertama Mesyuarat Khas Dewan Rakyat semalam.
Isnin depan merupakan hari terakhir mesyuarat khas Dewan Rakyat ini.



DEWAN RAKYAT | Penerangan Penuh Tindakan Tangani COVID-19

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba memberi penerangan penuh berhubung tindakan menangani pandemik COVID-19 pada hari kedua Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14.


IMG_20210727_104713_475.jpg

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan akan memberi penjelasan berhubung Ordinan Darurat pada Isnin depan.

Ikuti berita terkini di grid.astroawani.com
#AWANInews #DewanRakyat #SisiTVParlimen

Mesyuarat Khas Dewan Rakyat 27 Julai 2021 | Sesi Pagi


Sidang Khas Dewan Rakyat: Isu kesihatan awam jadi tumpuan hari kedua​


July 27, 2021 8:38 AM

Dewan-Rakyat-Parlimen-Parliament-260721-bernama.jpg


Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 berlangsung selama lima hari, bermula semalam sehingga 29 Julai dan 2 Ogos. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Isu kesihatan awam dan tindakan menangani pandemik Covid-19 yang melanda negara menjadi tumpuan utama pada hari kedua Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14, hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, perkara itu akan diperjelaskan Menteri Kesihatan Dr Adham Baba, disusuli sesi Ahli-ahli Parlimen mengemukakan persoalan penjelasan lanjut dan cadangan sebelum dijawab menteri berkenaan.

Antara topik yang dijangka bakal diketengahkan termasuk langkah mitigasi menangani peningkatan kes, penambahan kapasiti di fasiliti kesihatan awam seluruh negara dan kebajikan petugas kesihatan.
Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 berlangsung selama lima hari, bermula semalam sehingga 29 Julai dan 2 Ogos.



Pada sidang khas itu, kesemua 220 Ahli Parlimen termasuk yang belum divaksin dibenarkan hadir ke Dewan Rakyat dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, termasuk perlu menjalani ujian saringan Covid-19 serta memakai pelitup muka.


Kerajaan tanggung RM1.2 bilion lanjut kontrak 7,000 pegawai perubatan, pergigian, farmasi​


July 26, 2021 8:05 PM

tengku-zafrul-bernama-260721-1.jpg


Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata kerajaan juga bersetuju melanjutkan pelantikan kontrak bagi tempoh maksimum empat tahun untuk pegawai perubatan dan pergigian yang diterima mengikuti pengajian kepakaran dalam tempoh kontrak dua tahun pertama. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju melanjutkan kontrak kira-kira 14,000 doktor perubatan, pergigian dan pegawai farmasi bagi tempoh dua tahun (atau 7,000 setiap kohort/tahun) yang akan melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM1.2 bilion, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Menurutnya, ini susulan keputusan kerajaan supaya pegawai perubatan, pergigian dan farmasi kontrak ditawarkan pelantikan secara kontrak selama dua tahun selepas melengkapkan tempoh khidmat wajib bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan serta persediaan untuk mengikuti pengajian di peringkat kepakaran.

“Kerajaan sangat prihatin terhadap tuntutan kumpulan petugas kesihatan kontrak itu dan sedar mengenai sumbangan serta peranan mereka sebagai barisan hadapan kesihatan dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada rakyat, terutamanya dalam situasi pandemik Covid-19,” katanya dalam sesi soal jawab mengenai Program Pemulihan Negara (PPN) pada sidang khas Dewan Rakyat.

Menjelaskan selanjutnya, Tengku Zafrul berkata kerajaan juga telah bersetuju melanjutkan pelantikan secara kontrak bagi tempoh maksimum empat tahun untuk kalangan pegawai perubatan dan pergigian yang diterima mengikuti pengajian kepakaran dalam tempoh kontrak dua tahun pertama.



Menurutnya, langkah itu bagi memastikan pegawai-pegawai berkenaan dapat melengkapkan pengajian kepakaran masing-masing.
Selain itu, Tengku Zafrul memaklumkan bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah mengarahkan Kementerian Kesihatan serta agensi berkaitan merangka satu pelan komprehensif dan inklusif yang merangkumi tindakan segera, pelan jangka pendek, sederhana dan jangka panjang bagi hala tuju perkhidmatan perubatan.


#BHNasional ‘Dia tidak boleh hari ini isytihar, (kemudian) hari ini dibatalkan. Ini pasar malam ke? Tidak boleh’.
https://bit.ly/2UGoh4M

Anwar persoal kaedah umum pembatalan Ordinan Darurat

Oleh Zanariah Abd Mutalib - Julai 26, 2021 @ 2:47pm

1627283159903.png


Ahli Parlimen Port Dickson yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Sesi Sidang Khas Dewan Rakyat hari ini. - Foto ihsan RTM

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan mengenai kaedah pembatalan Ordinan Darurat diumumkan pada Sidang Khas Dewan Rakyat hari ini, dan sama ada perkara itu sudah dipersembahkan dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, keputusan berkaitan dasar besar seperti itu sepatutnya dibentangkan secara terhormat kepada Ahli Parlimen, diperaku, dipersetujui dan disambut baik, namun itu tidak berlaku.

"Saya tidak pasti sama ada hal yang diumumkan Menteri sudah dipersembah kepada Yang di-Pertuan Agong kerana tidak disebut ia sudah dipersembahkan. Saya minta penjelasan kerana jika ini belum berlaku, pengumuman itu tidak boleh dibuat dengan satu bentuk penghinaan kepada institusi diraja.

"Kedua, adalah keperluan untuk memaklumkan tapi bukan dengan pengumuman begitu. Dia tidak boleh hari ini isytihar, (kemudian) hari ini dibatalkan. Ini pasar malam ke? Tidak boleh.


"Saya nak lihat kertas pembentangan, kelulusan dan kalau ini tidak dilakukan dan dianggap ini suara Ketua Pembangkang, itu sudah silap besar. Saya pertahankan semangat perlembagaan dan supaya krisis ini tidak berpanjangan kerana parahnya adalah rakyat Malaysia," katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, sebelum itu memaklumkan kepada Dewan Rakyat, kerajaan tidak akan menasihati Al-Sultan Abdullah untuk meneruskan Proklamasi Darurat selepas ia tamat pada 1 Ogos depan.

Takiyuddin juga memaklumkan kerajaan juga membatalkan enam Ordinan Darurat bermula 21 Julai lalu.

Terdahulu, Anwar turut mempersoalkan mengenai sidang khas berkenaan yang diadakan di bawah Peraturan Mesyuarat 11 (3), yang lebih merujuk kepada isu yang spesifik, bukan membabitkan dasar negara.

"Tidak seperti hari ini (pada sidang khas), isu COVID-19, kesihatan, ekonomi dan kewangan. Ini untuk menyalahgunakan beberapa isu teknikal dan mengenepikan isu pokok.

"Kita tidak pertikai soal kuasa Perdana Menteri, yang kita bawa adalah semangat perlembagaan di bawah Perkara 150 (3)," katanya.


Pembangkang protes kenapa tidak pengundian.
#malaysiagazette #ParlimenMalaysia #mgnews

Kuasa PM panggil sidang Parlimen – Takiyuddin​

By
Muhammad Azizul Osman
-
26 July 2021

MGF24112016_ParlimenDewanRakyat011.jpg


Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyudin Hassan


KUALA LUMPUR – Kuasa Perdana Menteri untuk memanggil sidang Parlimen bagi sesi Dewan Rakyat, tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Menurutnya dalam sidang Parlimen, terdapat dua sidang Parlimen iaitu sidang biasa yang diadakan dan sidang khas yang diadakan tatkala isu-isu tertentu.




“Berdasarkan Perkara 11 (3), jelas menyatakan bahawa dalam konteks Parlimen Malaysia ada sidang biasa dan ada sidang khas. Contohnya pada 2009, sidang khas diadakan untuk membincangkan isu pencerobohan Israel,” jelasnya pada Sidang Khas Dewan Rakyat hari ini.

Bagaimanapun kenyataan Ahli Parlimen Kota Bharu (Pas) itu menimbulkan kemarahan ahli-ahli Parlimen pembangkang yang mempersoalkan kenapa tidak ada proses undian kepada pelaksanaan sidang khas itu.
“Kenapa tidak ada undi?” soal Ahli Parlimen Puchong (DAP), Gobind Singh Deo.



Malah Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub (Amanah) juga berkata, titah Yang di-Pertuan Agong mahu sesi perbahasan diadakan dalam sidang khas ini.
“Yang di-Pertuan Agong titah untuk sidang Dewan Rakyat bahas,’ katanya.
Bingkas bangun juga Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar (Amanah) bahawa tidak ada sesi undian dibuat dalam sidang khas Parlimen.



Malah katanya, tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk tidak mengadakan sesi undian jelas bertentangan dengan titah Yang di-Pertuan Agong.
“Adakah ini bermakna kerajaan ingin berperang dengan YDPA?” soal Mahfuz.
Lebih daripada itu, ahli-ahli Parlimen pembangkang mendakwa Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengelirukan dewan.

Salahuddin berkata, surat pertama dalam titah Yang di-Pertuan Agong jelas menitahkan Perdana Menteri untuk membuka sidang Parlimen.
“Yang Dipertuan telah mengelirukan dewan,” dakwanya.

Azhar kemudiannya berkata, amalan sidang khas yang dibuat hari ini sama seperti yang di buat di negara lain antaranya United Kingdom.
Katanya sidang khas Parlimen boleh dipanggil oleh kerajaan United Kingdom sama seperti kerajaan di Malaysia.

Malah katanya apabila negara mengadakan sidang khas ia akan diberikan kuasa kepada Perdana Menteri untuk memanggil sidang dewan.
“Tolong jangan tuduh saya mengelirukan dewan, di mana saya mengelirukan dewan? Saya bawa Perkara 11 (3) tadi,” jelas Azhar. – MalaysiaGazette


Ini 3 perkara penting penjelasan Datuk Takiyuddin Hassan​

1. Agong perkenan Mesyuarat Khas Parlimen 2. Kerajaan tidak akan nasihat berkenaan pelanjutan Darurat kepada YDP Agong selepas ia tamat 3. Kerajaan putuskan untuk batal semua Ordinan Darurat
Julai 26, 2021 11:50 MYT


#UMnasional #parlimen
"Nak sebut tentang pelan, dah berapa banyak kali pelan? Tetapi jumlah mati bertambah, jumlah positif bertambah dah 17,000, kemudian bincang pasal Covid-19 dan vaksin, ada sedikit kejayaan tetapi jauh dari unjuran yang ingin dicapai".
https://www.utusan.com.my/.../jangan-berlindung-di-bawah.../

Jangan berlindung di bawah peraturan, fikir selamatkan rakyat​

parlimenAnwar.png


  • 26 Julai 2021, 11:38 am



KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Speaker Dewan Rakyat supaya tidak terus berlindung di bawah Peraturan Am 11 (3).

Jelas beliau, Datuk Azhar Azizan Harun sepatutnya membuat keputusan untuk menyelamatkan rakyat dan negara yang kini banyak terkorban akibat pandemik Covid-19.

“Istana Negara mengambil keputusan mengikut perlembagaan dan aspirasi rakyat. Nak sebut tentang pelan, dah berapa banyak kali pelan? Tetapi jumlah mati bertambah, jumlah positif bertambah dah 17,000, kemudian bincang pasal Covid-19 dan vaksin, ada sedikit kejayaan tetapi jauh dari unjuran yang ingin dicapai.

“Bagaimana hal ini dibawa dalam Peraturan 11 (3)? Ambil keputusan luar biasa tetapi tidak ada perbahasan, belanja berbilion tetapi tiada undian? Perdana Menteri sehingga hari ini belum memberi perakuan Darurat akan tamat pada 1 Ogos.

“Untuk selesaikan jangan kita nafikan semua ini okay, tidak mengapa saya berlindung di bawah peraturan untuk menyelamatkan diri. Sekarang kita nak selamatkan negara dan rakyat,” katanya.

Sebelum itu, Azhar menjelaskan Peraturan Am 11(3) bagi Sidang Khas Parlimen, Perdana Menteri akan menetapkan Aturan Urusan Mesyuarat mengikut budi bicara beliau.

Justeru katanya, jika ada cadangan atau usul maka terpulang kepada budi bicara Perdana Menteri untuk menerimanya.



#KualaLumpur Dr Mahathir berkata, ia bertentangan dengan titah Raja-Raja Melayu yang mahu persidangan Parlimen kali ini membentangkan Proklamasi dan Ordinan Darurat.
https://www.hmetro.com.my/.../tun-m-persoal-ketiadaan...

Tun M persoal ketiadaan bahas Proklamasi dan Ordinan Darurat.​


1627271291789.png


Kuala Lumpur: Sidang Parlimen pagi ini bermula panas apabila blok pembangkang bangkit mempersoalkan ketiadaan perbahasan berhubung Proklamasi dan Ordinan Darurat.

Tun Dr Mahathir Mohamad (Pejuang-Langkawi) bangkit mempersoalkan sesi yang dijalankan pagi ini bukan sidang Parlimen sebenar.
Beliau berkata, sesi kali ini dianggap hanya sebagai sesi penerangan mengenai langkah yang diambil kerajaan dalam menangani Covid-19.
Katanya, ia bertentangan dengan titah Raja-Raja Melayu yang mahu persidangan Parlimen kali ini membentangkan Proklamasi dan Ordinan Darurat.

"Kita tidak perlu penerangan tapi perbahasan mengenai penderitaan rakyat tapi ini tidak masuk dalam agenda (aturan mesyuarat).

"Ini satu penipuan lebih-lebih lagi apabila tekanan Covid-19 menjadi alasan darurat tidak dibincang dan dibahas untuk cara mengatasinya," katanya dalam sesi Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu beberapa Ahli Parlimen turut bangkit menyuarakan pandangan sama agar perbahasan mengenai darurat dibuat dalam persidangan kali ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, berdasarkan Peraturan Mesyuarat 11(3) jelas menyatakan dalam konteks Parlimen Malaysia ada sidang biasa dan sidang khas.

Menurutnya, sebelum ini sidang khas juga pernah diadakan seperti pencerobohan Israel dan ini bukan satu perkara baru.
"Ini bukan sesuatu yang baharu. Kita pernah mengadakan sesi sidang khas," katanya.

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun tampil mengawal keadaan dengan menjawab bahawa persidangan kali ini mengikut Peraturan Mesyuarat 11(3).

Katanya, ia berlaku ketika Parlimen berlaku dalam penangguhan penggal ketiga manakala penggal keempat akan bermula 6 September.
"Secara teknikal kita masih dalam penggal tertangguh dan menurut Peraturan Mesyuarat 11(3), Perdana Menteri memberi pemakluman kepada saya untuk kepentingan awam adalah mustahak adakan satu sidang.

"Urusan mesyuarat khas ditetapkan Perdana Menteri bukan ditetapkan saya atau menteri lain," katanya.

Azhar juga terpaksa meninggikan suara apabila ada Ahli Parlimen enggan memberi laluan kepada beliau untuk memberi penjelasan.
"Yang Berhormat kena faham peraturan mesyuarat dan jangan hanya bersetuju peraturan yang menyebelahi Yang Berhormat," katanya.
Disiarkan pada: Julai 26, 2021 @ 11:37am


#UMnasional #parlimen
"Jadi saya tidak bersetuju dengan semua Yang Berhormat cakap," katanya.
https://www.utusan.com.my/.../saya-tidak-bersetuju.../

“Saya tidak bersetuju dengan semua Yang Berhormat cakap”​

parlimen1sidang.png


  • 26 Julai 2021, 11:24 am


PETALING JAYA: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun bertegang leher dengan beberapa ahli Parlimen pembangkang kerana kecoh mempertikaikan perjalanan Sidang Khas Parlimen hari ini.

Katanya, semua ahli Parlimen perlu diam ketika beliau bercakap dan bukannya mempersoalkan tugas beliau.

“Kalau ahli Parlimen pandai peraturan dewan, kalau saya bercakap semua ahli Parlimen kena diam.

“Jadi saya tidak bersetuju dengan semua Yang Berhormat cakap,” katanya.

Terdahulu, beliau menjawab beberapa persoalan dibangkitkan oleh ahli-ahli Parlimen pembangkang bangkit mempersoalkan perjalanan persidangan Parlimen hari ini iaitu tidak memberi ruang kepada anggota dewan untuk berbahas dan mengundi berhubung Proklamasi Darurat.

Antara yang bangkit adalah Tun Dr. Mahathir Mohamed (Pejuang-Langkawi), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal (Warisan-Semporna) dan Ram Karpal (DAP-Bukit Gelugor).


DAP's Ramkarpal Singh accuses Dewan Rakyat Speaker Azhar Harun of being unfit to chair the House, asking him to resign.

Are you a govt lapdog, Ramkarpal asks Speaker​


July 26, 2021 10:47 AM


KUALA LUMPUR: Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) caused an uproar in the Dewan Rakyat this morning by asking Speaker Azhar Harun if he was “a government lapdog”, over his decision not to table the Emergency Ordinance in the Dewan Rakyat.

“You were also a lawyer. You understand that the ordinance and proclamation of emergency must be brought to the Parliament.


“The Speaker must understand rules that regulate the House, and that it cannot supersede the Constitution.




“Are you a government lapdog,” Ramkarpal then asked, causing a stir among government MPs.

“You have disgraced this Dewan. You are not fit to chair,” he said, before asking Azhar to resign.

are-you-a-govt-lapdog-ramkarpal-asks-speaker

ydp:
pendapat pm: adalah mustahak ada satu sidang
11 (3) urusan mensyurat ditetap oleh PM, prerogative shall be appointed

urusan sidang khas shall be appointed by PM, mesti ditetap oleh PM

ramkarpal tak setuju adakah 11 (3) mengatasi perlembagaan

ABC2DDC6-A634-43E0-B7ED-0A4382BC8CED.jpeg

update dari berita

YB Gobind
aturan mesyuarat 100

dlm 5 hari ni, tiada sebarang undian tak diambil

knp kita ada satu aturan mesyuarat sebegitu walhal ada masalah covid

kerajaan berjaya atau tidak mengendalikan covid perlu diputuskan oleh dewan melalui undi

adakah kerajaan gagal atau tidak


YDP boleh buat peruntukan undang undang yg tiada dlm aturan mesyuarat

soal dan hujah dibenarkan oleh ydp

kenapa tak diberi peluang utk buat keputusan melalui undi, samada kerajaan ini gagal, jadi kita berpeluang utk vote against pm

YB Ramkarpal

Perkara 14 (1) (H)
betapa penting ordinan dan pengisytiharan darurat dibawa ke parlimen
tidak boleh melanggar perlembagaan

ydp tak bawa ordinan dan pengisytiharan darurat
adakah ydp govt lap dog

ydp suruh tarik balik


Sidang khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 bermula hari ini​


Sebanyak 12 dokumen merangkumi tiga Proklamasi Darurat dan sembilan Ordinan Darurat akan dibawa ke dalam mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.
#AWANInews #AWANIpagi

Mesyuarat Khas Parlimen: PM Muhyiddin akan bentang PPN hari ini​

Bernama
Julai 26, 2021 07:40 MYT
Mesyuarat Khas Parlimen: PM Muhyiddin akan bentang PPN hari ini

Sebanyak 12 dokumen merangkumi tiga Proklamasi Darurat dan sembilan Ordinan Darurat akan dibawa ke dalam mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membentangkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada sidang khas Dewan Rakyat yang dijadual bermula pukul 10 pagi, hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, persidangan selama lima hari itu juga akan menyaksikan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba memberi penerangan mengenai tindakan menangani pandemik COVID-19.


Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dijadual menerangkan berkenaan program vaksinasi.


Sementara itu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz akan menerangkan mengenai pakej-pakej bantuan ekonomi manakala Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merangkap Menteri Pertahanan dijadual memberi penerangan mengenai pelaksanaan darurat, pada akhir mesyuarat kelak.

Semasa sesi penerangan itu, Ahli Parlimen akan diberikan ruang untuk meminta penjelasan dan mengemukakan pandangan sebelum menteri memberi jawapan berhubung isu yang dibangkitkan.



Sebanyak 12 dokumen merangkumi tiga Proklamasi Darurat dan sembilan Ordinan Darurat akan dibawa ke dalam mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.

Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 berlangsung selama lima hari, mulai hari ini sehingga 29 Julai dan 2 Ogos.

Pada sidang khas itu, kesemua 220 Ahli Parlimen termasuk yang belum divaksin dibenarkan hadir ke Dewan Rakyat dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, termasuk perlu menjalani ujian saringan COVID-19 serta memakai pelitup muka.
-- BERNAMA


Kesemua 220 Ahli Parlimen dibenarkan menghadiri Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 yang berlangsung di Dewan Rakyat mulai esok (Isnin) hingga 29 Julai dan 2 Ogos ini, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun.

Semua 220 Ahli Parlimen Boleh Hadir Secara Fizikal, Tiada Sidang Hibrid – Speaker​



25/07/2021

art-harun-parlimen-julai-2021.jpg



KUALA LUMPUR – Kesemua 220 Ahli Parlimen dibenarkan menghadiri Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 yang berlangsung di Dewan Rakyat mulai esok (Isnin) hingga 29 Julai dan 2 Ogos ini, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun.

Beliau berkata cadangan untuk melaksanakan sidang khas Dewan Rakyat secara hibrid ditangguhkan dan soal pelaksanaannya juga tidak akan dibincangkan pada mesyuarat khas itu.

Justeru katanya, tiada had jumlah Ahli Parlimen untuk berada dalam Dewan Rakyat ditetapkan, malah semua wakil rakyat termasuk mereka yang belum divaksin dibenarkan untuk hadir.

“Soal melaksanakan sidang parlimen hibrid tidak akan dibincangkan dalam sidang khas dan kita tangguh sekejap cadangan itu untuk diperhalusi dengan lebih lanjut mengenai keperluan undang-undang dan sebagainya. Itulah statusnya sekarang.

“Cadangan parlimen hibrid itu adalah untuk kemudahan bagi membolehkan sesiapa yang mungkin tak dapat datang (persidangan Dewan Rakyat) atau tidak boleh hadir, disebabkan COVID-19.

“Kita berpendapat cadangan pelaksanaan parlimen hibrid ini akan menjadikan lebih selamat untuk semua orang,” katanya dalam sidang media secara maya baru-baru ini, bagi memperincikan persiapan menjelang mesyuarat khas itu.

Azhar berkata ketika ini hampir semua Ahli Parlimen telah divaksin, dengan maklumat terkini menunjukkan 205 daripada Ahli Parlimen telah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19, 12 Ahli Parlimen menerima satu dos, dan tiga lagi belum divaksin.

Dewan Rakyat mengandungi 222 kerusi parlimen, namun ketika ini ia hanya mempunyai 220 Anggota Parlimen selepas dua daripada Ahli Parlimen meninggal dunia.

Mengenai agenda perbincangan persidangan khas Dewan Rakyat itu, Azhar berkata usul lain selain daripada perkara yang telah ditetapkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam aturan mesyuarat, tidak akan dibincangkan.

Jelas beliau, berbeza dengan persidangan yang biasa mesyuarat khas Dewan Rakyat dibuat berdasarkan Peraturan 11(3) dalam Peraturan-Peraturan Majlis Mesyurat Dewan Rakyat yang membolehkan perdana menteri mengadakan sidang khas dengan urusan mesyuarat itu ditetapkan oleh perdana menteri sendiri.

“…hanya perdana menteri yang boleh menetapkan perkara yang berlangsung dalam sidang khas ini. Jadi tiada siapa yang boleh katakan apa yang perlu dibincangkan dalam sidang khas ini, selain perdana menteri.

“Ahli Parlimen yang telah menghantar usul untuk sidang khas ini, saya akan maklumkan pada mereka. Usul mereka itu tidak boleh dibawa kehadapan, ke sidang akan datang, dan perlu hantar pemberitahuan (usul) yang baharu,” katanya.

Peraturan 11(3) memperuntukkan, pada masa Majlis dalam tangguhan jika perdana menteri memaklumkan kepada Yang Dipertua iaitu bagi faedah orang ramai, mustahak Majlis mengadakan mesyuarat dahulu daripada tarikh yang telah ditetapkan, maka Yang Dipertua hendaklah dengan serta-merta mengeluarkan pemberitahu menyatakan berapa hari bulan hendak diadakan mesyuarat itu dan Majlis hendaklah mengadakan mesyuarat pada masa yang disebutkan dalam pemberitahuan itu. Urusan-urusan bagi hari itu hendaklah ditetapkan oleh perdana menteri dan pemberitahuan berkenaan dengan urusan itu hendaklah dihantar kepada ahli-ahli, tidak lewat daripada masa hendak diadakan mesyuarat itu.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan, sidang khas Parlimen itu bertujuan memberi penerangan kepada Ahli-Ahli Parlimen mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan semua proklamasi darurat serta ordinan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

Mengulas mengenai dakwaan tiada sesi soal jawab atau perbahasan pada sidang khas itu, Azhar menyifatkan dakwaan itu hanyalah ‘misconception’ (salah faham) kerana menurutnya ada ruang untuk Ahli Parlimen mengemukakan soalan serta pendapat selepas selesai sesi penerangan oleh menteri terlibat.

“Dalam notis saya kepada semua Ahli Parlimen saya telah nyatakan dengan terang dan jelas, bahawa saya akan membenarkan soalan, membenarkan cadangan, semua perbincangan dan segalanya. Saya tidak tahu dari mana datangnya persepsi yang menganggap saya tidak akan benarkan sebarang perbahasan,” katanya.

Berhubung cadangan memanggil Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun ke sidang khas bagi menjawab soalan mengenai ordinan yang diwartakan sepanjang tempoh penguatkuasaan Proklamasi Darurat, Azhar berkata pertamanya, dalam kerangka perundangan dan Perlembagaan Persekutuan tidak dinyatakan mengenai perkara itu.

“Kedua, terpulang peguam negara nak datang atau tak, itu kalau dibenarkan kerana dalam kerangka Perlembangaan Persekutuan sekarang tidak dinyatakan sama ada boleh hadir.

“Di Malaysia peguam negara bukan lantikan politik, maka dia tidak perlu menjawab kepada Parlimen. Kalau di UK, peguam negara adalah lantikan politik dan dia menjawab kepada parlimen,” katanya. – Bernama

semua-220-ahli-parlimen-boleh-hadir-secara-fizikal-tiada-sidang-hibrid-speaker

Info mengenai sidang khas parlimen

1627152512543.png

The Ahmad Maslan

22m ·

Aturan Urusan Mesyuarat Khas #DewanRakyat
Sefaham saya menurut Perkara 150 (3) Perlembagaan, ordinan2 #Darurat perlu dibentang, dibahas & luluskan di #Parlimen
Moga ini akan dibuat minggu depan.
Saya sudah & akan bersiap tentunya untuk berbahas. Banyak juga idea akan dicadang.

1627096376889.png

1627096384940.png

1627096392770.png

1627096403545.png

Sebarang persoalan, penjelasan atau hak penerangan yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Negara akan dipertimbangkan mengikut kerelevanannya. #AWANInews #AWANI745 #PolitikMalaysia

Mesyuarat Khas Dewan Negara tumpu urusan darurat, tak timbul isu di luar dugaan - Rais Yatim​



Julai 19, 2021 15:05 MYT

Mesyuarat Khas Dewan Negara tumpu urusan darurat, tak timbul isu di luar dugaan  - Rais Yatim

Rais berkata beliau dimaklumkan Perdana Menteri selaku ketua majlis bahawa mesyuarat khas tersebut mustahak diadakan kerana ia adalah bagi faedah orang ramai dan perlu diadakan lebih awal daripada tarikh yang ditetapkan. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Dewan Negara yang dijadualkan pada 3 hingga 5 Ogos ini akan memberi tumpuan kepada urusan penerangan serta pembentangan Proklamasi Darurat dan tidak timbul isu-isu usul di luar dugaan.

Yang Dipertua Dewan Negara Senator Tan Sri Dr Rais Yatim berkata sebarang persoalan, penjelasan atau hak penerangan yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Negara akan dipertimbangkan mengikut kerelevanannya.

"Urusan-urusan yang telah ditetapkan adalah membentangkan Proklamasi Darurat, Ordinan-ordinan Darurat yang dibuat di bawah Proklamasi Darurat itu mengikut Perkara 150 (3), Perlembagaan Persekutuan, membentangkan Proklamasi Darurat (mengenai Pilihan Raya Parlimen Gerik, Perak, Pilihan Raya Negeri Bugaya, Sabah).


"Urusan lain yang ditetapkan adalah penerangan daripada menteri-menteri di bawah Peraturan Mesyuarat 13(1)(i), peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara berhubung Pelan Pemulihan Negara, program vaksinasi, pelaksanaan darurat dan pakej-pakej bantuan ekonomi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Rais berkata beliau dimaklumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku ketua majlis bahawa mesyuarat khas tersebut mustahak diadakan kerana ia adalah bagi faedah orang ramai dan perlu diadakan lebih awal daripada tarikh yang ditetapkan.
Rais berkata pemakluman Muhyiddin itu adalah selaras dengan peruntukan Peraturan Mesyuarat 10 (3) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara.

Selain itu, beliau menjelaskan persidangan khas itu adalah di luar kuat kuasa tempoh darurat dan Peraturan Mesyuarat biasa akan dikuatkuasakan dalam menjalankan prosedur persidangan sepanjang persidangan tersebut.

Rais berkata bagi memastikan mesyuarat khas itu berlangsung dalam keadaan selamat, segala prosedur operasi standard (SOP) ketat anti-COVID-19 yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan dikuatkuasakan sepanjang masa.

Setiausaha Dewan Negara Muhd Sujairi Abdullah akan menyusul dengan mengeluarkan pemberitahu berkenaan mesyuarat khas itu kepada semua Ahli Dewan Negara.
-- BERNAMA


The Ahmad Maslan

7m ·

Penerangan daripada Menteri dlm sidang #Parlimen diharap boleh dibahas & dijawab
Ikut biasa tidak ada pengundian
Kecuali jika peraturan diubah
Speaker #DewanRakyat guna nama TS Mahiaddin bukan TS Muhyiddin dalam kenyataan media ini
Dimaklum sidang akan bersemuka & bukan hibrid

1626426683404.png

1626426691129.png

1626405656676.png


Sidang Parlimen khas 5 hari hanya untuk penerangan menteri​

Diterbitkan 16 Jul 2021, 8:48 am

Dikemaskini 8:49 am



Beberapa ahli Parlimen mengkritik jadual perjalanan sidang Dewan Rakyat bermula 26 Julai ini, setelah mendapati sidang lima hari itu hanya untuk sesi "penerangan daripada menteri-menteri".

Gambar jadual sidang lima hari itu dimuat naik di media sosial dan menunjukkan tiada sesi lain yang akan dijalankan kecuali penerangan menteri.

Antara ahli Parlimen yang menyuarakan kritikan adalah Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar) yang menyifatkannya sebagai "memalukan".
"Apa fungsi Parlimen jika MP yang dibayar gaji puluhan ribu hanya perlu hadir untuk dengar 'penerangan daripada menteri'? Mana hak kami untuk bersuara dan mengundi?" soalnya di Twitter semalam.

"Sudah berbulan lockdown tapi kes mencecah lebih 13,000. Saya dibayar oleh rakyat, saya mesti bawa suara mereka," katanya lagi.
Ahli Parlimen Pekan Najib Razak pula mempersoalkan jika kerajaan berdepan masalah untuk memahami titah Yang di-Pertuan Agong.

e47a2a12144c51c067b951dd9341427a.jpg


Dia berkata, Agong pada 16 Jun lalu bertitah agar sidang Parlimen bersidang secepat mungkin agar Ordinan-ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan.

"Jika sekadar mahu buat sidang untuk beri taklimat selama lima hari berturut-turut, maka rakamlah video untuk dimuat naik di Youtube untuk kita tonton," katanya di Facebook.

Sebelum ini, Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun berkata sidang pada 26 Julai hingga 2 Ogos ini adalah "sidang khas" manakala sidang penuh akan dibuat pada 6 hingga 30 September.

Ia akan disusuli dengan sidang pada 25 Oktober hingga 16 Disember.

Ada ahli Parlimen yang juga menyuarakan kebimbangan sidang pada 26 Julai ini hanyalah sesi untuk mematuhi titah Agong tanpa sebarang debat.

Ahli Parlimen Langkawi Dr Mahathir Mohamad menyifatkan ia dibuat "secara olok-olok" dan partinya, Pejuang akan menimbang semula kehadiran jika tiada perbahasan akan dibuat.


Istiadat pembukaan Mesyuarat Penggal Keempat Parlimen ke-14 akan disempurnakan Agong pada 6 Sept - Speaker Dewan Rakyat

Istiadat pembukaan Parlimen ke-14 disempurnakan Agong pada 6 Sept
| | 15 Julai 2021


1626344872105.png

SHAH ALAM - Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun memaklumkan Istiadat pembukaan Mesyuarat Penggal Keempat Parlimen ke-14 akan disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 6 September.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, mesyuarat pertama mulai 6 September hingga 30 September iaitu selama 15 hari dan mesyuarat kedua mulai 25 Iktober hingga 16 Disember 2021 iaitu 32 hari.


PM secara rasmi maklumkan speaker Dewan untuk sidang 26 Julai​


Ahli-ahli Parlimen akan dimaklumkan selepas ini tarikh sidang Dewan Rakyat.
MalaysiaNow
Jul 15, 2021 5:00 PM



dewan-rakyat-MPs-speaker-bernama-180820-1-1-1024x730-1-1.jpeg
Persidangan Parlimen ditangguh sejak perintah darurat diisytiharkan. Gambar: Bernama





Perdana Menteri Muhyiddin Yassin secara rasmi menghantar notis kepada Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun untuk mengadakan sidang khas pada 26 Julai, memberikan laluan kepada perbahasan dalam kalangan ahli-ahli Parlimen yang pertama semenjak Disember tahun lepas.

Perkara ini disahkan kepada MalaysiaNow oleh Azhar hari ini, lebih seminggu selepas kerajaan mengatakan akan menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk mengadakan sidang lima hari untuk Dewan Rakyat dan tiga hari untuk Dewan Negara.

Azhar berkata selepas menerima notis itu, beliau mengarahkan setiausaha Dewan Rakyat untuk memaklumkan kepada ahli-ahli Parlimen untuk hadir.

Awal hari ini beliau memberitahu MalaysiaNow semua prosiding akan dilaksanakan dengan SOP kesihatan “sangat ketat” selepas beberapa kes Covid-19 dikesan di Parlimen.

Parlimen dan Dewan Undangan Negeri digantung sejak darurat kesihatan dilaksanakan pada Januari, memberikan kerajaan kuasa luas untuk melaksanakan langkah-langkah untuk mengekang pandemik Covid-19.

Di bawah Pelan Pemulihan Negara diumumkan Putrajaya, jalan keluar krisis Covid-19 untuk secara berperingkat membenarkan aktiviti harian, Parlimen dijangkakan dibuka sekitar September apabila jumlah rakyat yang menerima vaksin semakin meningkat, bergantung kepada jumlah kes harian.

Bagaimanapun, dalam beberapa kenyataan daripada istana, Yang di-Pertuan Agong menggesa Parlimen dibuka “secepat mungkin”, selepas mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin parti politik kerajaan dan pembangkang.



Perkara itu telah diputuskan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan akan dimuktamadkan dalam mesyuarat jemaah menteri minggu depan, kata Takiyuddin Hassan. -BeritaMkini

1625209090796.png


Menteri: Parlimen akan bersidang semula sebelum 1 Ogos​

Diterbitkan 2 Jul 2021, 2:53 pm

Dikemaskini 2:55 pm



Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah memutuskan akan memanggil sidang Parlimen sebelum 1 Ogos 2021.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan dalam kenyataan sebentar tadi.

"Kerajaan Persekutuan sentiasa menjunjung titah pandangan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam semua hal berkaitan pemerintahan negara termasuklah berhubung dengan persidangan Parlimen.

"Sehubungan itu perdana menteri selaku Ketua Majlis Parlimen telah memutuskan akan memanggil sidang Parlimen secepat mungkin sebelum 1 Ogos 2021.

"Perkara ini akan dimuktamadkan dalam mesyuarat jemaah menteri pada 7 Julai 2021," kata Takiyuddin.


Istana Negara dah keluar surat

1.jpg
2.jpg

statement dari Peguam Negara

1624632870555.png

1624632883983.png

1624632897697.png

1624632909273.png

1624632920958.png

1624632933336.png

Perdana Menteri berkata keputusan pembukaan persidangan Parlimen akan diputuskan oleh kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang dalam jawatankuasa yang dibentuk.

Bukan niat lengah sidang Parlimen, perlu teliti aspek penting dulu, kata Muhyiddin​





June 20, 2021 5:04 PM


PARLIMEN-DEWAN-RAKYAT-AHLI-PARLIMEN-021.jpg


Muhyiddin Yassin berkata wujud juga keperluan untuk mengambil kira soal persiapan Parlimen bagi urusan persidangan secara fizikal itu sendiri, termasuklah aturan tempat duduk Ahli Parlimen yang perlu mematuhi SOP yang ditetapkan.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata sebuah jawatankuasa dianggotai wakil kerajaan dan pembangkang telah dibentuk untuk meneliti aspek penting sebelum persidangan Parlimen diadakan.

Beliau memberikan komitmen bahawa keputusan pembukaan persidangan Parlimen akan diputuskan oleh kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang dalam jawatankuasa berkenaan.

“Saya minta jawatankuasa yang dianggotai wakil-wakil kerajaan dan pembangkang untuk nilai perkara berkenaan, dan selepas itu barulah mereka maklumkan kepada saya sama ada sudah bersedia atau tidak untuk memulakan sidang Parlimen.

“Sama ada persidangan akan dibuat secara hibrid atau fizikal, ini akan dirujuk kepada peraturan tetap yang ada sekarang,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke pusat pemberian vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.



Katanya, kerajaan perlu memperhalusi semua perkara bagi mengelak timbul masalah selepas pelaksanaannya.

“Saya harus teliti. Saya faham sangat-sangat dan saya dinasihatkan bukan sahaja oleh Menteri Undang-Undang, tetapi oleh Peguam Negara supaya tindakan saya dan kerajaan selari dengan apa yang ada dalam perlembagaan,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan antara lain perlu mengambil kira sama ada persidangan boleh diadakan secara fizikal, dan sama ada pelaksanaan secara hibrid selari dengan peruntukan dalam Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat.

Selain itu, jelasnya wujud juga keperluan untuk mengambil kira soal persiapan Parlimen bagi urusan persidangan secara fizikal itu sendiri, termasuklah aturan tempat duduk Ahli Parlimen yang perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Muhyiddin berkata, bukan niatnya untuk melengahkan pembukaan persidangan Parlimen, namun ini antara isu yang harus diperhalusi terlebih dahulu.

Katanya, beliau berharap rakyat faham, dan menurutnya ia bukan soal kerajaan mahu menafikan hak Ahli Parlimen atau menyanggah kenyataan Yang di-Pertuan Agong atau Raja-Raja Melayu.

“Saya faham tanggungjawab sebagai Perdana Menteri besar tetapi saya kena berlaku adil supaya nanti tidak timbul isu-isu dan masalah kemudian. Ini satu perkara yang harapnya rakyat faham dan tunggu,” katanya.


Istana Negara

2j ·

16 JUN 2021 - KENYATAAN MEDIA PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA.
#royal #malaysia

1623857541859.png

1623857550087.png

1623857560292.png

1623857569989.png





TERKINI
YDPA menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.
Ini untuk membolehkan Ordinan-ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan oleh Ahli-ahli Dewan Rakyat-Istana Negara

1623844103337.png

1623844110901.png


dah start
@cek mek molek tolong rumuskan nnt

“Agong tidak kata tidak, tetapi kata baginda, cadangan pembentukan Mageran harus datang daripada pihak kerajaan," kata bekas perdana menteri.

1623316857981.png


Mahathir dedah cadangkan Mageran pada Agong​

Diterbitkan 10 Jun 2021, 5:01 pm

Dikemaskini 5:07 pm




Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mendedahkan dia mencadangkan penubuhan kerajaan ala Majlis Gerakan Negara (Mageran) pada tahun 1969 semasa menghadap Yang di-Pertuan Agong.

“Agong tidak kata tidak, tetapi titah baginda, cadangan pembentukan Mageran harus datang daripada pihak kerajaan.

“Tetapi saya ragu kerajaan akan cadangkan perkara ini,” kata Mahathir dalam sidang media atas talian sebentar tadi.


Katanya, isu siapa akan mengetuai Mageran tidak dibincangkan tetapi dia ada menawarkan bantuan jika dikehendaki kerajaan.
Mahathir juga meragui kerajaan akan menerima tawarannya itu.

9ee0cc930a9d393696c1b7151eaea9ca.png



Hasrat tersebut disampaikan menerusi sembah menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Amanah rayu Agong guna kuasa buka semula Parlimen

09 Jun 2021

1623293224140.png


Mohamad ketika ditemui pemberita selepas keluar dari Istana Negara di Kuala Lumpur pada Rabu.


KUALA LUMPUR - Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu merayu kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menggunakan kuasa Seri Paduka Baginda agar Parlimen dapat bersidang segera.

Beliau berkata, hasrat tersebut disampaikan menerusi sembah menghadap yang berlangsung selama sejam pada Rabu.
"Saya telah meminta agar Parlimen dapat dibuka semula dan boleh bersidang seperti di United Kingdom (UK). Di sana, ketika pandemik Covid-19 sedang teruk, lebih kerap Parlimen bersidang kerana rakyat nak tahu apa kemajuan kerajaan.

"Bukan macam kita (Malaysia), kes Covid-19 teruk, tapi Parlimen tutup," katanya ketika ditemui pemberita selepas keluar dari Istana Negara di sini pada Rabu.

Ahli Parlimen Kota Raja itu berkata, sepanjang sesi sembah menghadap itu, semua hasrat parti dan rakyat telah disampaikan.
Bagaimanapun katanya, terpulang kepada budi bicara dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah untuk bertindak.

Menurutnya, Seri Paduka Baginda mendengar dengan teliti segala hujah yang disampaikan.

"Saya beritahu yang rakyat sekarang sudah sampai ke peringkat mengambil makanan di pusat khidmat wakil rakyat kerana mereka tidak ada pendapatan.

"Pemandu Grab juga tidak ada penumpang, bagaimana mereka mahu makan. Masalah rakyat adalah serius, bukan main-main," katanya.

1f4cc.png
Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu akan diadakan pada 16 Jun - Istana Negara
1f4cc.png
Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu bincang usaha perangi penularan COVID-19 dan pelaksanaannya semasa tempoh darurat - Istana Negara

192592302_10159609163510555_7509284248096821226_n.png

Perkara itu disahkan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke.

Lim Guan Eng mengadap Agong petang ini, kata DAP​


Dikemas kini 8 minit yang lalu · Diterbitkan pada 9 Jun 2021 9:30AM · 0 Komen

guan__full.jpg
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng akan mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada petang ini.– Gambar fail The Malaysian Insight, 9 Jun, 2021.

SETIAUSAHA Agung DAP Lim Guan Eng akan mengadap Yang di-Pertuan Agong pada petang ini, kata setiausaha organisasi parti Anthony Loke.

Dalam satu kenyataan malam tadi, Loke mengesahkan Lim telah diperkenan untuk mengadap Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali ketua parti DAP.


hari ni DSAI insya Allah mengadap Agong


berikut ni berita semalam

Anwar menghadap Agong esok, Dr M menyusul pada Khamis​

FMT Reporters
-
June 8, 2021 11:40 PM

DR-15.jpg

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR Anwar Ibrahim dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berhubung keadaan semasa negara.

Anwar akan menghadap Sultan Abdullah esok manakala Mahathir, selaku pengasas Pejuang, disahkan akan berbuat demikian pada Khamis.
Seorang pemimpin PKR mengesahkan Anwar akan menghadap Sultan Abdullah esok pagi, Malaysiakini melaporkan.



Ketua Penerangan Pejuang, Ulya Aqamah Husamudin, pula memberitahu Bernama, Mahathir menerima jemputan minggu lalu untuk ke Istana Negara pada Khamis.

“Surat jemputan rasmi dari Istana diterima minggu lalu. Bagaimanapun, masanya belum lagi ditentukan,” katanya.

Pengesahan itu susulan spekulasi bertebaran bahawa pemimpin utama parti-parti politik akan dipanggil ke Istana Negara sebelum Majlis Raja-Raja mengadakan mesyuarat tergempar minggu depan.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan dan Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon, berkata mereka tidak mempunyai sebarang maklumat sama ada pemimpin tertinggi dua parti itu menerima jemputan pihak Istana Negara.

Presiden Gerakan Dr Dominic Lau Hoe Chai dan Presiden MIC S. A. Vigneswaran, berkata mereka masih belum menerima jemputan untuk menghadap Sultan Abdullah.

Ketika dihubungi, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata, beliau tidak pasti sama ada Umno menerima undangan sedemikian.
Semalam, akhbar Straits Times melaporkan Majlis Raja-Raja Melayu akan mengadakan mesyuarat tergempar pada 16 Jun untuk membincangkan keadaan Covid-19 di Malaysia.

Memetik sumber, akhbar itu berkata pertemuan sembilan ketua keluarga diraja itu akan diadakan di Istana Negara, selepas Yang di-Pertuan Agong bertemu dengan pemimpin politik dalam masa tempoh terdekat.

Difahamkan, pertemuan itu diatur beberapa hari lalu berikutan krisis berterusan Covid-19, program vaksinasi yang lembab ditambah desakan mahukan darurat ditamatkan dan Parlimen bersidang semula.


IMG_20210608_201340_878.jpg

Sumber ketika dihubungi Astro AWANI memaklumkan, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Bersatu akan menjadi ketua parti pertama menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Seperti mana rutin mingguan setiap hari Rabu, Muhyiddin selaku PM menghadap YDPA untuk menyembah maklum perkembangan pentadbiran kerajaan dan negara sebelum mesyuarat Kabinet.

Ikuti berita terkini di grid.astroawani.com

#AWANInews

Sponsored Post

jaws_am

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
May 29, 2008
Messages
16,111
Reaction score
5,797
Points
321
Sampah Atok ni..
Tak boleh pakai punya orang..

IMG_20210610_171611.jpg


IMG_20210610_171702.jpg


Dah la letak jawatan, lepas tu bg cadangan..
tak boleh pakai langsung..
 
Last edited:

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
Aug 2, 2007
Messages
14,953
Reaction score
2,345
Points
201
Jeng jeng jeng mari kt lihat sapa yg kena
 

Maestro

Active+ Member
Joined
Nov 11, 2009
Messages
3,707
Reaction score
776
Points
81
kalau ya pn nk tukar...xda calon lain ke...brp kali nk jadi PM ni?
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,522
Reaction score
14,719
Points
1,906

Ab Jalil Backer

9m ·

Pada hemat saya perjumpaan YDP Agong dengan semua pemimpin parti politik sebelum berjumpa Raja-Raja Melayu hanyalah untuk mendengar pandangan semua pihak sebelum membuat keputusan mengenai Darurat yang akan berakhir 1 Ogos ini.

Dalam tilikan saya rasanya Darurat akan disambung sehingga 31 Disember 2021 atas sebab vaksinasi belum mencapai 80% untuk mengadakan PRU.

Seperti mana janji PM vakisnasi akan cecah 80% pada penghujung tahun ini, maka awal tahun depan kita adakan PRU.
Tapi ini semua pandangan saya sahaja jangan percaya.

Anwar Ibrahim pasti akan memberitahu Baginda bahawa beliau ada nombor lagi. Kadang-kadang nombor boleh naik juga. Mana tahu.
1f642.png



 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
313,659
Reaction score
14,928
Points
2,376
IMG_20210608_201340_878.jpg

Sumber ketika dihubungi Astro AWANI memaklumkan, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Bersatu akan menjadi ketua parti pertama menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Seperti mana rutin mingguan setiap hari Rabu, Muhyiddin selaku PM menghadap YDPA untuk menyembah maklum perkembangan pentadbiran kerajaan dan negara sebelum mesyuarat Kabinet.

Ikuti berita terkini di grid.astroawani.com

#AWANInews
 

apoeki

Super Active Member
Joined
Aug 7, 2012
Messages
7,492
Reaction score
773
Points
121
Byk jugak hot news bulan ni..kerajaan ganu pn da goyah..pening2
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
313,659
Reaction score
14,928
Points
2,376
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register