Parlimen: Alwafeer Air Masih Hutang US$19.5 Juta Sewa Kepada PMB/MAS

Recommended Brokers


Viere

CG Top Poster Club
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Alwafeer Air (Alwafeer) masih lagi berhutang US$19.5 juta (kira-kira RM61 juta) bayaran sewa kepada Penerbangan Malaysia Berhad (PMB) sehingga Ogos tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kali terakhir Alwafeer membuat pembayaran kepada tiga buah pesawat yang dipajak oleh PMB dan MAS kepadanya ialah pada 11 Nov tahun lepas.

"PMB dan MAS telah pun menghantar notis tuntutan kepada Alwafeer dan kini dalam proses untuk menamatkan kontrak pajakan tersebut.

"Ketiga-tiga pesawat tersebut kini telah pun berada dalam simpanan PMB," katanya dalam jawapan bertulis kepada Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju) di Dewan Rakyat hari ini.

Wee telah meminta Menteri Kewangan untuk mengatakan usaha kajian terperinci yang diambil PMB dan MAS sebelum memasuki rundingan pajakan tiga buah jet untuk Alwafeer, serta jumlah bayaran sewaan yang tertunggak oleh Alwafeer Air kepada PMB/Mas.

Najib berkata perjanjian pajakan tiga buah pesawat telah ditandatangani masing-masing pada 16 Ogos 2009, 20 Okt 2009 dan 2 Nov 2009, manakala penyerahan pesawat kepada Alwafeer masing-masing dibuat pada 18 Ogos 2009, 21 Okt 2009 dan 2 Nov 2009.

"Ketiga-tiga perjanjian tersebut akan tamat pada ulang tahun keenam perjanjian iaitu pada tahun 2015," katanya.

Katanya, MAS dan PMB telah menerima sejumlah RM79.35 juta dalam bentuk tunai daripada Alwafeer bagi perjanjian pajakan tersebut.



Beliau juga berkata PMB dan MAS telah melaksanakan kajian terperinci ligence) yang merangkumi aspek perundangan dan pelan peniagaan sebelum memajakkan tiga pesawat itu kepada Alwafeer.

Katanya, kajian tersebut telah dilaksanakan di peringkat dalaman syarikat.

"Perjanjian tersebut memberi peluang kepada MAS dan PMB untuk meraih pendapatan daripada pajakan tiga buah pesawat yang merupakan lebihan daripada keperluan sebenar MAS," katanya.

Katanya selain itu, MAS juga mendapat perolehan sampingan dalam bentuk perkhidmatan kejuruteraan yang ditawarkan serta dapat memaksimumkan penggunaan alat ganti dan kakitangannya.
 
Top
Log in Register