BTC USD 103,570 Gold USD 3,180.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Paranormal penipu terbongkar - Tipu penonton demi keuntungan tindakan tidak beretika

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
42,649
Joined
Apr 15, 2012
Messages
42,649
Reaction score
4,482
Points
266
Awards
1

Tipu penonton demi keuntungan tindakan tidak beretika​

Suliati Asri dan Nurul Husna Mahmud
[email protected]

GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Tindakan segelintir pencipta kandungan paranormal yang sanggup menipu demi mengaut populariti dan keuntungan disifatkan tidak beretika dan memperbodohkan pengikut sendiri.

Tindakan itu mengundang rasa kurang senang dalam kalangan 'otai lama' dan penyelidik paranormal profesional yang sudah bertapak hampir 20 tahun.
Menurut pencipta kandungan paranormal dan juga pembikin dokumentari kandungan itu, Rahmat Mokhtar, dia terkilan melihat pencipta kandungan generasi Z atau kini yang lebih mengejar jumlah tontonan dan 'rating' berbanding menghasilkan karya jujur.

"Tik tokers generasi baru 'menghadap' benda berkaitan paranormal ini seperti permainan. Asal ada telefon dan lampu suluh sudah cukup untuk mereka menceroboh rumah tinggal atau bangunan lama.

"Lebih membimbangkan apabila ada antara perbuatan mereka yang kadangkala seperti perbuatan kurafat apabila ada ayat al-Quran disalah guna kononnya untuk memanggil atau 'menyeru' benda tidak sepatutnya.

"Saya sangat berharap Jabatan Agama boleh lakukan sesuatu kepada 'golongan' paranormal yang tidak bertanggungjawab kerana itu boleh menyesatkan pengikut yang ada kala terdiri daripada remaja dan kanak-kanak.

"Tidak hanya itu, ada juga segelintir mereka bersikap seperti 'scammer' apabila bertindak melakukan 'prop' dengan sengaja untuk menarik perhatian penonton dan mengaut 'gift' dari pengikut siaran langsung mereka," katanya.

Menurutnya, berkemungkinan penonton yang ketagih menonton kandungan paranormal pula sanggup berhabis duit ribuan ringgit hingga sanggup berhutang.
Tambah Rahmat, dia yang juga salah seorang kru penjejak paranormal Uncle Seekers berkata, setiap kandungan dirakam dan dipertontonkan akan dirujuk terlebih dahulu bukan sahaja antara penyelidik terbabit termasuklah penyelidik luar untuk memastikan kesahihannya.

 
Sponsored Post

#1096 KENAPA SENTAP?! Aktiviti Paranormal Itu HARAM – Ini Penjelasannya!​

Aktiviti paranormal semakin popular, tetapi ramai tidak sedar ia melibatkan perkara yang bercanggah dengan agama. Saya beri teguran, tetapi ada yang ‘triggered’!

Dalam video ini, saya akan kupas kenapa aktiviti paranormal ini haram dan apa akibatnya jika terus diamalkan. Jangan biarkan diri terjebak tanpa ilmu!

 

#1097 "Dah Macam Penggambaran Filem!" Bekas Geng Cari Hantu Dedah di Sebalik Tabir Paranormal​

Apa yang kita lihat sebagai ‘cari hantu’ sebenarnya lebih kepada drama daripada realiti!
Seorang bekas ahli geng paranormal membuka cerita sebenar tentang bagaimana semuanya diatur untuk kelihatan meyakinkan.

Adakah ini hanya tipu daya untuk menarik perhatian? Saksikan video ini untuk mengetahui kebenarannya!

 

#1096 KENAPA SENTAP?! Aktiviti Paranormal Itu HARAM – Ini Penjelasannya!​

Aktiviti paranormal semakin popular, tetapi ramai tidak sedar ia melibatkan perkara yang bercanggah dengan agama. Saya beri teguran, tetapi ada yang ‘triggered’!

Dalam video ini, saya akan kupas kenapa aktiviti paranormal ini haram dan apa akibatnya jika terus diamalkan. Jangan biarkan diri terjebak tanpa ilmu!


Sebagai umat Islam...kita kena mencari Allah swt...mencari diri...bukan mencari setan
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register