BTC USD 50,740.4 Gold USD 1,779.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PARALIMPIK TOKYO (24 Ogos - 5 Sep): Skuad Negara Bawa Pulang 3 Emas, 2 Perak

lau_kau

Legendary Member
Messages
16,748
Joined
Aug 2, 2007
Messages
16,748
Reaction score
2,776
Points
201
#paralimpik #MuhammadZiyadZolkefli MPM turut menerima maklum balas rasmi daripada Olahraga Para Dunia berhubung insiden itu. https://www.hmetro.com.my/.../mpm-terima-rakaman-cctv...

MPM terima rakaman CCTV insiden Ziyad​


1631969166545.png


Kuala Lumpur: Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) mengesahkan sudah menerima rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung insiden membabitkan jaguh lontar peluru negara, Muhammad Ziyad Zolkefli ketika temasya Paralimpik Tokyo.

Presiden MPM, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata, pihaknya menerima rakaman daripada Jawatankuasa Penganjur Paralimpik Tokyo 2020 pada 12 September lalu dan akan menyerahkan kepada Jawatankuasa Siasatan yang ditubuhkan antara Majlis Sukan Negara (MSN) dan MPM.

Megat turut memaklumkan bahawa, MPM turut menerima maklum balas rasmi daripada Olahraga Para Dunia (WPA) berhubung insiden itu.
"Semua maklum balas itu akan diserahkan kepada jawatankuasa siasatan dan kita akan meneliti semua maklumat dan akan putuskan untuk tindakan selanjutnya sama ada membawa perkara ini ke CAS (Mahkamah Timbang Tara Sukan) atau tidak.

"Kita akan lihat dan bincang apa yang boleh dilakukannya nanti dan baru akan putuskan keputusan yang akan dibuat," katanya.

Megat bagaimanapun enggan mendedahkan isi kandungan maklumat yang diterima dan satu kenyataan rasmi akan dibuat selepas mesyuarat berlangsung hujung bulan ini," katanya.

Terdahulu Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bersetuju menubuhkan jawatankuasa siasatan dalaman bagi menyiasat punca insiden yang menimpa Ziyad di Tokyo.

Jawatankuasa berkenaan akan berada di bawah seliaan MSN yang dipengerusikan mantan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Borhan Dolah.

Turut menganggotai jawatankuasa berkenaan adalah bekas Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salim Parlan dan Ketua Jurulatih Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Mohd Manshahar Abdul Jalil.

Kontinjen paralimpik negara terlepas emas selepas penyertaan Ziyad dibatalkan.
Ziyad didakwa melakukan kesalahan teknikal susulan protes yang dilakukan Ukraine disebabkan kelewatannya tiba di bilik menunggu sebelum pertandingan dimulakan dengan penyertaannya diklasifikasikan sebagai DNS (tidak bermula).
Disiarkan pada: September 18, 2021 @ 8:12pm

mpm-terima-rakaman-cctv-insiden-ziyad
Napa xdedahkan kt umum nk tau gk datuk
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,543
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,543
Reaction score
15,447
Points
1,906

Latif gets RM150k incentive from Perlis​


  • Thursday, 30 Sep 2021

1632991580402.png


KANGAR: Abdul Latif Romly (pic), who won the T20 long jump (intellectual impairment) gold medal at the Tokyo Paralympics recently, received RM150,000 from the Perlis state government.

Mentri Besar Datuk Seri Azlan Man said the cash incentive was in recognition and appreciation of the 24-year-old Abdul Latif’s achievement which brought glory to the country and Perlis.


Azlan handed over the incentive to Abdul Latif at the Mentri Besar’s office. Also present were the athlete’s mother Salmah Yatim and father Romly Mat.

The Mentri Besar also announced that the Perlis Sportsman and Sportswoman awards would be introduced next year to honour the achievements of the state’s athletes.Meanwhile, Abdul Latif, who also won gold in the same event at the 2016 Rio Paralympics, said he would take a break until the end of October before resuming training at the National Sports Council (NSC) in Bukit Jalil.


“For now, my coach Shahrul Amri Suhaimi has given me some time to rest,” he said, adding that he is preparing for three assignments next year – the World Para Athletics Championships in Kobe, Japan; the Asian Para Games in Hangzhou, China and the Asean Para Games in Vietnam. — Bernama
 

TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,923
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,923
Reaction score
22,062
Points
1,671
KANGAR: Jaguh lompat jauh negara, Abdul Latif Romly, 24, bertunang dengan pilihan hatinya yang juga teman sejak di bangku sekolah dalam satu majlis dekat sini, semalam.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,543
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,543
Reaction score
15,447
Points
1,906
Paralimpik Tokyo: Jawatankuasa Siasatan Dalaman gagal buktikan Muhammad Ziyad dan jurulatih tiba pada waktu ditetapkan di bilik panggilan - KBS

1636107944909.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,543
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,543
Reaction score
15,447
Points
1,906
Jawatankuasa Siasatan Dalaman mendapati jurulatih dan atlet berkenaan tidak dapat membuktikan mereka tiba pada waktu ditetapkan untuk pendaftaran di bilik menunggu dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
https://www.utusan.com.my/.../11/ziyad-memang-tiba-lewat/

Ziyad memang tiba lewat​

Ziyad1.jpg
MUHAMMAD ZIYAD ZOLKEFLI

  • 5 November 2021, 6:34 pm



PETALING JAYA: Muhammad Ziyad Zolkefli mungkin sukar untuk mendapatkan semula pingat emas yang ‘hilang’ selepas jaguh lontar peluru para negara itu terbukti lewat tiba di bilik menunggu dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Rumusan itu dibuat Jawatankuasa Siasatan Dalaman dalam laporan yang diserahkan kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Ahmad Faizal dalam satu kenyataan berkata, jawatankuasa siasatan yang dipengerusikan Tan Sri Borhan Dolah itu mendapati jurulatih dan atlet berkenaan tidak dapat membuktikan mereka tiba pada waktu ditetapkan untuk pendaftaran di bilik menunggu biarpun kedua-duanya menganggap mereka tiba tepat pada waktunya.

Menurut beliau, ia berdasarkan daripada sesi temubual dan dokumen-dokumen yang diperoleh oleh pihak jawatankuasa berkenaan.

“Walaupun terpaksa menerima keputusan yang dibuat oleh Olahraga Para Dunia (WPA) bagi isu Ziyad, pihak persatuan Olahraga Para Malaysia dan Majlis Sukan Negara akan tetap mengemukakan pandangan Malaysia ekoran kekeliruan peraturan teknikal Para Olahraga khususnya mengenai peraturan ‘Did Not Start’ (DNS) yang dikenakan kepada atlet para olahraga.

“Seperti kita sedia maklum, pegawai teknikal menegaskan Ziyad dan dua atlet lain iaitu dari Australia dan Ecuador melewati tempoh masa melaporkan diri tetapi masih dibenarkan beraksi,” kata Ahmad Faizal hari ini.

Ahmad Faizal berkata, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memandang serius isu berkenaan dan mahu semua pihak harus lebih bertanggungjawab pada masa akan datang.

“KBS juga akan memastikan tindakan susulan yang wajar diambil oleh atlet, jurulatih dan juga pegawai khususnya bagi tujuan kesedaran, pengajaran, penambahbaikan dan rujukan agar perkara seperti ini tidak berulang lagi.

“Meskipun begitu, lontaran yang dibuat oleh Ziyad di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 akan dihargai,” katanya.

Ziyad gagal pertahankan emas dan rekod dunia yang dilakukannya di Tokyo pada 31 Ogos lalu dengan catatan 17.94 meter (m) selepas penyertaannya diklasifikasikan sebagai DNS (tidak bermula) susulan protes yang dilakukan Ukraine disebabkan kelewatannya tiba di bilik menunggu sebelum pertandingan dimulakan.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
325,133
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
325,133
Reaction score
16,624
Points
2,376
PARALIMPIK TOKYO | KBS Mahu Semua Pihak Ambil Pengajaran & Penambahbaikan

Hasil daripada sesi temubual serta dokumen-dokumen yang diperolehi, pihak jawatankuasa mendapati Ziyad dan jurulatihnya Mohd Faizol Haron tidak dapat membuktikan mereka sampai pada waktu yang ditetapkan untuk pendaftaran di call room 1.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
325,133
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
325,133
Reaction score
16,624
Points
2,376
PARALIMPIK TOKYO | Ziyad Dan Jurulatih Akur Gagal Pertahan Diri, Minta Maaf

Atlet lontar peluru F-20 Muhammad Ziyad Zolkefli dan jurulatihnya Mohd Faizol Harun, akur dengan keputusan jawatankuasa siasatan dalaman yang diumum Kementerian Belia Dan Sukan semalam.

Dengan rasa rendah diri, kedua-duanya sepakat mengemukakan permohonan maaf dan mengambil tanggungjawab di atas insiden kegagalan membawa pulang emas di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 pada 31 Ogos lalu.

 

TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,923
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,923
Reaction score
22,062
Points
1,671
👏👏👏

Tahniah kepada atlet Paralimpik kita Bonnie Bunyau Gustin.

Juara dunia Angkat Berat buat kali kedua dan baru-baru ini juga menang pingat emas di Paralimpik Tokyo.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
325,133
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
325,133
Reaction score
16,624
Points
2,376
POWERLIFTING PARA DUNIA | Bonnie Tepati Ramalan Pertahan Emas

Atlet Powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin terus cipta sensasi dengan merangkul pingat emas ke empatnya musim ini.

Bonnie tampil cemerlang untuk muncul juara acara 72 kilogram pada kejuaraan Powerlifting Para Dunia 2021 di Tbilisi, Georgia dengan angkatan 210 kilogram sekaligus berjaya mempertahankan kejuaraan yang dilakarnya pada edisi 2019 di Kazakhstan.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register