BTC USD 50,467.8 Gold USD 1,781.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PARALIMPIK TOKYO (24 Ogos - 5 Sep): Skuad Negara Bawa Pulang 3 Emas, 2 Perak

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,538
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,538
Reaction score
15,447
Points
1,906

Harian Metro

· 4m ·

#paralympics #tokyo #Tokyo2020 #sepang Atlet paralimpik lompat jauh (T20), Abdul Latif Romly (bekerusi roda) dan badminton (SU5), Cheah Liek Hou (dua kanan) ketika diraikan ketibaan kontinjen Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Turut kelihatan, jurulatih Abdul Latif, Shahrul Amri Suhaimi (menolak kerusi roda), jurulatih Cheah, Datuk Abdul Rashid Sidek (dua kanan) serta Ketua Kontinjen negara ke Sukan Paralimpik 2020, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin. FOTO Mohd Fadli Hamzah

1630937482695.png


#paralympics #tokyo #Tokyo2020 #sepangAtlet paralimpik lompat jauh (T20), Abdul Latif Romly (bekerusi roda) dan badminton (SU5), Cheah Liek Hou (dua kanan) ketika diraikan ketibaan kontinjen Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Turut kelihatan, jurulatih Abdul Latif, Shahrul Amri Suhaimi (menolak kerusi roda), jurulatih Cheah, Datuk Abdul Rashid Sidek (dua kanan) serta Ketua Kontinjen negara ke Sukan Paralimpik 2020, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin. FOTO Mohd Fadli Hamzah

1630937506334.png


#paralympics #tokyo #Tokyo2020 #sepangAtlet paralimpik Abdul Latif (bekerusi roda) dan Liek Hou (tiga, kanan) ketika diraikan kepulangan kontinjen Malaysia di KLIA. FOTO Mohd Fadli Hamzah

1630937540960.png
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
325,128
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
325,128
Reaction score
16,623
Points
2,376
PARALIMPIK TOKYO | Liek Hou & Latif Tiba Di Tanah Air Bersama Pingat Emas

Tumpuan sukan malam ini kepada dua pemenang pingat emas paralimpik, Abdul Latif Romli dan Cheah Liek Hou yang mengetuai kumpulan terakhir atlet para negara tiba ditanah air petang tadi.

Sambutan hebat diberikan kepada wira-wira negara ini yang diketuai Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu kerana berjaya merealisasikan sasaran negara di Tokyo.

Laporan Wartawan Saiyed Ismail Saiyed Hussin

 

lau_kau

Legendary Member
Messages
16,747
Joined
Aug 2, 2007
Messages
16,747
Reaction score
2,776
Points
201
Mat Latif dh jd jutawan ooo jgn lupa diri dh la
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,538
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,538
Reaction score
15,447
Points
1,906
Bekas ketua pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Zolkples Embong berkata ia akan menidakkan syarat termaktub dalam pemberian ganjaran Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM).

Tak wajar beri ganjaran kepada Ziyad, kata bekas KP MSN​





September 7, 2021 10:30 AM


Zolkples-bernama.jpg


Zolkples berkata ganjaran seperti itu sebaiknya dimanfaatkan untuk kegunaan lain seperti membantu rakyat yang terjejas akibat Covid-19. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Cadangan pemberian ganjaran setimpal kepada atlet lontar peluru negara, Muhammad Ziyad Zolkefli yang pingat emas dimenanginya ditarik balik dalam acara Sukan Paralimpik Tokyo 2020, disifatkan sebagai ‘tidak wajar’ dan tetap dianggap ‘kegagalan’.

Menurut bekas ketua pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Zolkples Embong, ia boleh memberi kesan negatif pada masa depan sekiranya situasi sama menimpa atlet lain.

Sebaliknya, beliau berkata insiden malang yang dilalui Ziyad itu harus dijadikan sebagai pengajaran kepada semua pihak.
Katanya, sekiranya cadangan itu diterima, ia semestinya akan menidakkan syarat termaktub dalam pemberian ganjaran Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) Majlis Sukan Negara (MSN).



“Secara asasnya, dia (Ziyad) dikatakan ‘Did Not Start’ walaupun mengambil bahagian dalam (status) protes dan segalanya. Pada akhirnya, kejayaan dia ditarik dan dia tidak berjaya, gagal. Jadi, bagaimana kita ingin menafikan kegagalan itu?

“Di sini ada yang ingin mengambil kesempatan. Ada yang ingin ‘menangguk di air keruh’, kononnya ingin menunjukkan simpati. Saya pun turut bersimpati. Jika ingin diambil kira nilai sentimental, saya adalah orangnya kerana mula membawa Ziyad ketika masih ketua pengarah MSN.

“Kejayaan Ziyad bermula di London 2012 ketika saya menjadi ketua kontinjen dan dia memenangi pingat gangsa,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Media melaporkan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mencadangkan kepada Jemaah Menteri mengenai ganjaran setimpal kepada Ziyad bagi menghargai pencapaiannya di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Menterinya Ahmad Faizal Azumu, berkata ia tidak pernah difikirkan ketika dasar pemberian ganjaran kepada atlet yang meraih kejayaan pada temasya sukan dibuat.

Sebelum ini, bekas menteri itu Reezal Merican Naina Merican, turut menyokong usaha yang bakal dibentangkan itu dengan berkata lontaran Ziyad berjaya memecahkan rekod dunia yang dipegangnya sendiri ketika di Rio dan pencapaian itu wajar dirai.

Selain itu, Zolkples berkata ganjaran seperti itu sebaiknya dimanfaatkan untuk kegunaan lain seperti membantu rakyat yang terjejas akibat Covid-19.

“Jika mereka yang membuat cadangan itu ingin menggunakan wang sendiri, itu cerita lain. Tetapi, jangan gunakan wang SHAKAM kerana tidak ada peruntukan yang membenarkan Ziyad menerima imbuhan ini.

“Apa yang penting, jangan mulakan pemberian ini kerana jika ada kes serupa, keadaan akan menjadi haru-biru. Seperti saya katakan, peraturan yang dibuat untuk dipatuhi, bukan dilanggar.

“Dalam mana-mana pertandingan juga terdapat prosedur operasi standard (SOP) yang perlu diikuti, jika salah, kita terima sahajalah, ‘move on’.

“Lagipun, Ziyad telah menerima banyak insentif sebelum ini termasuk skim persaraan. Skim ini hanya diberi sekali seumur hidup dan dia menerimanya sejak 2016 lagi,” katanya.

Pada temasya Sukan Paralimpik Paralimpik Rio 2016, Ziyad bersama Abdul Latif Romly dan Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi yang memenangi pingat emas menerima ganjaran RM1 juta di bawah SHAKAM, unit suite kediaman di Trion 888, Equine Park dan Kia Sportage baharu sumbangan Naza Corporation Holdings.

Malah, di bawah Skim Imbuhan Tetap Olimpik (SITO), ketiga-tiga atlet itu mendapat RM5,000 setiap sebulan sepanjang hayat bermula sejak mereka memenangi emas bulan Jun lalu.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,538
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,538
Reaction score
15,447
Points
1,906
Wong Kar Gee ditimpa masalah prestasi selepas beraksi dalam kategori berbeza acara lompat jauh di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
https://www.utusan.com.my/.../pertukaran-kategori-jejas.../

Pertukaran kategori jejas lompatan Kar Gee​

kar-gee.jpg
Wong Kar Gee mengakui tidak dapat beraksi seperti yang dimahukan selepas dia bertukar kategori dalam acara lompat jauh di Sukan Paralimpik Tokyo.

  • 7 September 2021, 11:00 am
PETALING JAYA: Pertukaran dari kategori T12 kepada T13 kira-kira sebulan sebelum Sukan Paralimpik 2020 bermula memberi kesan kepada persembahan Wong Kar Gee dalam acara lompat jauh.

Kar Gee, 30, yang bertanding dalam kategori masalah penglihatan itu bagaimanapun berjaya melakukan rekod peribadi terbaiknya dengan catatan 5.93 meter (m) pada lompatan ketiga.

“Saya sudah buat yang terbaik, namun gagal mencapai persembahan seperti yang saya inginkan. Kategori saya telah ditukar dari T12 kepada T13 kira-kira satu bulan lebih sebelum ke Tokyo.

“Di T13, papan lonjaknya lebih kecil berbanding T12. Selepas saya dapat tahu saya kena tukar kategori, saya terus fokus terhadap papan itu dalam sesi latihan banyak kali agar ia sempurna dan tidak membuat kesalahan ketika berlepas,” katanya.

Mengulas lanjut, atlet dari Sabah itu berkata, cuaca hujan yang semakin lebat menyebabkan dia tergelincir ketika memijak papan lonjak pada percubaan keempat.

“Masuk lompatan keempat hujan lebat sedikit. Apabila saya memijak papan lonjak yang licin itu, saya tergelincir sedikit dan cedera di bahagian lutut kanan.

“Selepas cedera, saya berasa kurang selesa dan saya mengambil keputusan untuk berhenti (tidak meneruskan lompatan),” katanya yang mula berdepan masalah penglihatan apabila disahkan menghidap penyakit Stargardt pada usia lapan tahun.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
325,128
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
325,128
Reaction score
16,623
Points
2,376
IMG_20210907_123845_641.jpg

"Sebenarnya (saya merahsiakannya) kerana tidak mahu dia risau. Kami sudah mengetahui perkara ini (positif COVID-19) sebelum dia terbang ke Tokyo lagi tetapi kami tidak mahu dia risau dan memilih untuk merahsiakannya.

"Ia supaya dia dapat fokus kepada lompatannya sehingga saat-saat akhir. Tetapi Alhamdulillah, apabila kami sudah boleh balik, kami dapat melihat dia memenangi pingat emas," kata Rahayu Romly.

Ikuti berita terkini di grid.astroawani.com
#AWANInews
 

azham

Super Active Member
Messages
7,319
Joined
Dec 20, 2012
Messages
7,319
Reaction score
2,013
Points
156
Wong Kar Gee ditimpa masalah prestasi selepas beraksi dalam kategori berbeza acara lompat jauh di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
https://www.utusan.com.my/.../pertukaran-kategori-jejas.../

Pertukaran kategori jejas lompatan Kar Gee​

kar-gee.jpg
Wong Kar Gee mengakui tidak dapat beraksi seperti yang dimahukan selepas dia bertukar kategori dalam acara lompat jauh di Sukan Paralimpik Tokyo.

  • 7 September 2021, 11:00 am
PETALING JAYA: Pertukaran dari kategori T12 kepada T13 kira-kira sebulan sebelum Sukan Paralimpik 2020 bermula memberi kesan kepada persembahan Wong Kar Gee dalam acara lompat jauh.

Kar Gee, 30, yang bertanding dalam kategori masalah penglihatan itu bagaimanapun berjaya melakukan rekod peribadi terbaiknya dengan catatan 5.93 meter (m) pada lompatan ketiga.

“Saya sudah buat yang terbaik, namun gagal mencapai persembahan seperti yang saya inginkan. Kategori saya telah ditukar dari T12 kepada T13 kira-kira satu bulan lebih sebelum ke Tokyo.

“Di T13, papan lonjaknya lebih kecil berbanding T12. Selepas saya dapat tahu saya kena tukar kategori, saya terus fokus terhadap papan itu dalam sesi latihan banyak kali agar ia sempurna dan tidak membuat kesalahan ketika berlepas,” katanya.

Mengulas lanjut, atlet dari Sabah itu berkata, cuaca hujan yang semakin lebat menyebabkan dia tergelincir ketika memijak papan lonjak pada percubaan keempat.

“Masuk lompatan keempat hujan lebat sedikit. Apabila saya memijak papan lonjak yang licin itu, saya tergelincir sedikit dan cedera di bahagian lutut kanan.

“Selepas cedera, saya berasa kurang selesa dan saya mengambil keputusan untuk berhenti (tidak meneruskan lompatan),” katanya yang mula berdepan masalah penglihatan apabila disahkan menghidap penyakit Stargardt pada usia lapan tahun.

Lompat jauh/kijang ni memang akan ada problem bila hujan.
Atlit normal pun boleh cedera/rendah jarak lompatan, inikan yang atlit istimewa.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
325,128
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
325,128
Reaction score
16,623
Points
2,376
Lompat jauh/kijang ni memang akan ada problem bila hujan.
Atlit normal pun boleh cedera/rendah jarak lompatan, inikan yang atlit istimewa.

Betul
Bila tergelincir
Boleh kacau semua
 

azham

Super Active Member
Messages
7,319
Joined
Dec 20, 2012
Messages
7,319
Reaction score
2,013
Points
156
Betul
Bila tergelincir
Boleh kacau semua
Kalau berjalan pun sakit bila tergelincir, inikan pula berlari laju dan melompat2 macam lompat kijang tu.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
325,128
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
325,128
Reaction score
16,623
Points
2,376
Kalau berjalan pun sakit bila tergelincir, inikan pula berlari laju dan melompat2 macam lompat kijang tu.

Lompat kijang lagi payah berbanding lompat jauh
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register