Para siswa penuhi forum E-Voting, cetus demokrasi matang mahasiswa

CG Sponsors




Kehidupan

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123



Lebih 250 mahasiswa membanjiri forum ‘E-Voting dan Masa Depan Demokrasi Kampus’ di Akademi Pengajian Islam Uni. Malaya (APIUM) dekat sini semalam.

Mahasiswa yang hadir disamping dari universiti berkenaan, turut juga menerima hadirin dari pelbagai kampus luar.

Beberapa front mahasiswa juga turut hadir termasuk Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Gabungan Mahasiswa Islam Se Malaysia (GAMIS), Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (DEMA), Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen dan Sekretariat Presiden Kolej-Kolej Kediaman Universiti Malaya (SPKUM).

Panelis yang hadir ialah wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR), YB Chang Lih Kang merangkap ADUN Teja, Presiden Pro-Mahasiswa Nasional, Mohd Shafie Hasyim dan Presiden SMM merangkap Timbalan Presiden GAMIS, Mohd Shazni Munir Ithnin.

Panelis utama iaitu professor dan pakar undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Aziz Bari menarik dari untuk menjadi panelis 10 jam sebelum program bermula.

Profesor berkenaan didakwa “mendapat surat amaran” dari UIAM.

Terdahulu, pakar sistem komputer dari Universiti Malaya, Dr Chiew Thiam Kian yang sebelumnya bersetuju menjadi panelis juga menarik diri seminggu sebelum program bermula.

Beliau juga didakwa “ditekan oleh pentadbiran”.

Majlis yang mendapat tentangan hebat pihak Timbalan Naib Canselor universiti berkenaan sebelum ini ditarik permit pelaksaan program oleh pihak APIUM.

Namun, Mohd Aizat Salleh, pengerusi Gabungan Mahasiswa Bantah E-Voting (BANTAH) menyatakan bahawa Naib Canselor universiti berkenaan, Prof. Dr. Ghauth Jasmon “tidak mempunyai masalah dengan pelaksanaan forum”.

Majlis semalam berlangsung dengan aman dibantu oleh beberapa pegawai keselamatan UM.

Majlis diakhiri dengan acara menurunkan tandatangan menyokong bantahan pelaksanaan E-Voting oleh para panelis.
 
Sponsored Post

niko

Active+ Member
Joined
Jun 5, 2009
Messages
3,052
Reaction score
24
Points
30
um je laa yng brsungguh2 bantah e voting ni,U lain diam je...cm ne nak brjaye bantahan ni...
 

Kehidupan

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
um je laa yng brsungguh2 bantah e voting ni,U lain diam je...cm ne nak brjaye bantahan ni...
siswa U lain bantah gak, cuma forum tuh venue dia kt UM...:">:">:">
 

[email protected]@

Junior Member
Joined
Jan 1, 2010
Messages
53
Reaction score
1
Points
11
pe yg berlaku sebnrnye nii... e voting tuk campus atau pilihnryaa nnti ada e vote :-?
 

iorichee

Active+ Member
Joined
Jan 22, 2008
Messages
4,681
Reaction score
11
Points
25
mesti akan berlaku sesuatu...

E Vote bole dihack....

sebab manusia sendiri yg cipta sistem tersebut...
 

Kehidupan

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
mesti akan berlaku sesuatu...

E Vote bole dihack....

sebab manusia sendiri yg cipta sistem tersebut...
itu yang merisaukan.....:">:">:">

 

iorichee

Active+ Member
Joined
Jan 22, 2008
Messages
4,681
Reaction score
11
Points
25
aku bekas student...

dan tak berpeluang nak mengundi....

namun masa itu sorang pon tak mau jadi perwakilan....

sebab masing2 quite busy dengan study...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register