BTC USD 63,586.9 Gold USD 2,324.77
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Whatsapp Paparan Iklan Di Aplikasi WhatsApp Masih Dalam Perancangan

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,377
Joined
Nov 23, 2012
Messages
58,377
Reaction score
6,493
Points
916
Awards
1
Ketua bahagian WhatsApp Will Cathcart dilaporkan berkata syarikat itu tidak merancang untuk meletakkan mana-mana iklan dalam peti masuk utama atau yang melibatkan pengalaman pemesejan. Sebaliknya, iklan mungkin dipaparkan pada bahagian lain dalam aplikasi itu. Jelas Cathcart, berkemungkinan terdapat iklan pada bahagian seperti Channel atau Status. Contohnya, Channel mungkin mengenakan bayaran langganan kepada pengguna, atau pemilik mungkin mahu mempromosi saluran tersebut.​

1700746562525.png

Bukan perkara baharu, paparan iklan di WhatsApp telah dibangkitkan sejak beberapa tahun lalu, tetapi sehingga kini syarikat itu tidak pernah melancarkannya. Cathcart juga hanya menyebutnya sebagai kemungkinan, menandakan perkara itu masih dalam perancangan. Dalam pada itu, wakil Meta turut mengesahkan ketika ini aplikasi pemesejan itu tidak menguji ciri iklan Status di mana-mana negara. Bagaimanapun, syarikat itu tidak memberikan kenyataan berhubung perkara tersebut.

Sumber asal TechCrunch
 

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register