Paparan Gaming Premium LG UltraGear 27GN950 - 4K, 144Hz & HDR 600

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,506
Points
236
LG ialah sebuah jenama teknologi Korea yang cukup terkenal untuk peranti pintar dan juga pilihan paparan skrin mereka, tidak kira televisyen ataupun paparan skrin komputer.

Terkini, LG telah memperkenalkan model terbaru dalam siri paparan UltraGear mereka, iaitu LG UltraGear 27GN950. Model ini adalah paparan skrin gaming terbaru dalam siri UltraGear, dan ia dikemaskini dengan rekaan dan teknologi terbaru yang sesuai untuk gamer bangsawan.

LG-UltraGear-27GN950-950x632.jpg


UltraGear 27GN950 ini menggunakan paparan IPS bersaiz 27 inci yang mempunyai resolusi 4K dengan kadar segar semula 144Hz dan masa pendam serendah 1ms sahaja.

Bagi mereka yang benar-benar serius mengenai pengalaman gaming dan tontonan video, paparan UltraGear 27GN950 ini juga menyokong teknologi paparan NVIDIA G-SYNC yang melenyapkan masalah screen-tearing dan juga VESA DisplayHDR 600 yang menambahkan warna yang jauh lebih cantik apabila menonton kandungan pada Netflix dan YouTube.

Melalui pelancaran paparan UltraGear 27GN950 ini, LG juga memperlihatkan logo baru untuk jenama UltraGear. LG Malaysia telah mengumumkan bahawa paparan ini akan memasuki pasaran tempatan, tetapi tidak memberitahu bila, ataupun tanda harga paparan ini.
 
Top
Log in Register