BTC USD 68,771.8 Gold USD 2,343.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Papar Di Isytihar Bencana Kemarau, Pegawai Daerah Minta Penduduk Bertenang

Xploit Machine

Banned
gemgem
Messages
58,230
Joined
Nov 23, 2012
Messages
58,230
Reaction score
6,483
Points
916
Awards
1
13.03.2024 - Mohd Fuad Abdullah berkata pengisytiharan mengikut peraturan sedia ada, demi memastikan tindakan berkesan diambil. Daerah Papar diisytiharkan sebagai kawasan bencana kemarau bermula hari ini berikutan krisis bekalan air akibat kemarau melanda kawasan tersebut sejak beberapa minggu lalu. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Papar dalam kenyataan, memaklumkan pengisytiharan itu dibuat berdasarkan laporan dan maklumat diperoleh di lapangan yang diterima agensi dalam jawatankuasa tersebut. Tindakan telah diambil oleh JPBD Papar untuk menangani masalah bekalan air di daerah itu antara lain dengan pengagihan air secara berjadual kepada penduduk menggunakan lori tangki air daripada Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Majlis Daerah Beaufort dan bomba.

JANS Papar akan memberi keutamaan kepada hospital, rumah ibadat, rumah warga tua dan sekolah, Majlis Daerah Papar memberi keutamaan kepada kawasan-kawasan perumahan, manakala pejabat Parlimen Papar membekalkan air di kawasan perkampungan. Sementara itu Pengerusi JPBD Papar, Mohd Fuad Abdullah yang juga pegawai daerah Papar ketika dihubungi, meminta semua penduduk supaya bertenang dan memahami pengisytiharan itu adalah untuk bencana kemarau dan bukan pengisytiharan darurat. Beliau berkata pengisytiharan, yang dilakukan mengikut peraturan sedia ada, itu perlu dilakukan bagi memastikan tindakan segera dan berkesan dapat diambil bagi membantu penduduk yang terkesan akibat bencana kemarau itu.

“JPBD Papar akan pastikan bekalan air dihantar menggunakan lori tangki air kepada penduduk dan mereka yang memerlukan,” katanya yang turut meminta mereka yang terjejas untuk menghubungi JPBD Papar untuk bantuan lanjut.
1710341463052.png
 
Sponsored Post

Pokok Padi Terbantut Akibat Musim Panas

14.03.2024 - Dianggarkan kira-kira 100 hektar kawasan sawah yang bergantung kepada sumber air hujan dan air bukit terjejas di seluruh negara akibat cuaca panas yang melanda ketika ini. EXCO Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PESAWAH), Abdul Rashid Yob berkata cuaca panas berpanjangan memberi kesan kepada tanaman padi kerana boleh menyebabkan air di sawah berkurangan sehingga petak sawah menjadi kering. Katanya, keadaan itu akan menjejaskan perkembangan pokok padi dan apabila keadaan menjadi semakin teruk, padi akan terbantut dan buahnya menjadi hampa atau tidak berisi.

"Kami mula menerima aduan padi terbantut ini membabitkan pesawah di Perak, Negeri Sembilan dan Melaka apabila mereka tidak dapat menuai padi mengikut jadual tanaman. Rata-rata tanaman mereka sudah berusia lebih dua bulan, tapi mereka terpaksa membiarkannya di sawah kerana pokok padi tidak mengeluarkan buah kerana sawah terlalu kering. Dianggarkan jumlah pesawah yang terjejas adalah 50 orang, dalam keadaan ini mereka terpaksa menanggung kerugian tinggi kerana sudah mengeluarkan modal untuk menanam padi," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Abdul Rashid berkata, walaupun kes itu tidak membabitkan ramai pesawah, namun ia tidak boleh dipandang ringan mereka yang terbabit turut menyumbang kepada keterjaminan keselamatan makanan negara. Katanya, kerajaan perlu melihat perkara ini dengan serius apabila terdapat ramalan bahawa musim panas akibat fenomena El Nino kali ini dijangka berlarutan lebih lama.

"Cuaca panas akan menyebabkan sumber air bertambah terhad dan lebih ramai pesawah akan terjejas, pesawah di Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) turut mengalami masalah sumber air kerana ketiadaan sistem pengairan yang sistematik. Masalah seperti ini perlu dikawal dari awal, agensi berkaitan perlu memainkan peranan membantu pesawah yang terjejas sama ada melalui naik taraf kemudahan pengairan atau beri bantuan sewajarnya untuk pesawah bertahan.Jika tidak negara akan kehilangan lebih banyak hasil padi untuk musim seterusnya kerana keadaan cuaca panas melampau," katanya.
1710401630189.png
 
IMG_20240315_103840_767.jpg


Penduduk di sekitar Papar digesa tidak melakukan pembakaran terbuka khususnya membakar hutan dan sampah untuk mengelak situasi kemarau bertambah teruk serta mendatangkan kesan berbahaya seperti kualiti udara tidak sihat dan jerebu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Papar Roslan Osman berkata pembakaran terbuka sama ada di kawasan rumah atau kebun pada masa ini sangat berbahaya ekoran keadaan kering dan berangin yang boleh menyebabkan api merebak dengan cepat ke tempat lain.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
 
IMG_20240315_103840_767.jpg


Penduduk di sekitar Papar digesa tidak melakukan pembakaran terbuka khususnya membakar hutan dan sampah untuk mengelak situasi kemarau bertambah teruk serta mendatangkan kesan berbahaya seperti kualiti udara tidak sihat dan jerebu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Papar Roslan Osman berkata pembakaran terbuka sama ada di kawasan rumah atau kebun pada masa ini sangat berbahaya ekoran keadaan kering dan berangin yang boleh menyebabkan api merebak dengan cepat ke tempat lain.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Depan jln masuk rumah aku pun jd mcm nie hbs terbakar
 

Krisis bekalan air Papar: 500 jemaah Masjid Puncak Takwa Kinarut solat hajat​

Seramai 500 orang jemaah mendirikan solat hajat di Masjid Puncak Takwa Kinarut bagi memohon agar bekalan air daerah Papar kembali pulih. - Foto Rafiqah Dahali

Seramai 500 orang jemaah mendirikan solat hajat di Masjid Puncak Takwa Kinarut bagi memohon agar bekalan air daerah Papar kembali pulih. - Foto Rafiqah Dahali


PAPAR: Seramai 500 jemaah Masjid Puncak Takwa Kinarut mengadakan solat hajat bagi memohon bekalan air daerah ini kembali pulih selepas daerah itu diisytihar dilanda bencana kemarau susulan bekalan air yang kritikal

Pengerusi Masjid Puncak Takwa Kinarut, Dr Awang Setia Musleh, berkata pihaknya mengadakan solat hajat khusus terbabit sebelum solat tarawih malam tadi.

"Menjadi harapan pihak masjid semoga Allah perkenankan hajat kita dan permudahkan untuk menghadapi bencana ini," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berharap masjid sekitar daerah ini juga akan melaksanakan solat hajat yang sama.

"Sebaiknya kalau ada pekeliling (pelaksanaan solat hajat) dari pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), harapan kita memang kalau semua masjid melakukannya secara sukarela adalah lebih baik," katanya.

Seramai 150,000 penduduk direkodkan terjejas akibat bencana kemarau yang berlaku di Papar sehingga semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) merangkap Pegawai Daerah Papar Mohd Fuad Abdullah dalam satu kenyataan yang dikeluarkan berkata

bencana itu juga mengakibatkan sebanyak 42 buah kampung, tujuh sekolah, tujuh taman perumahan dan tiga rumah ibadat dalam daerah itu turut terjejas.



 
IMG_20240331_122840_416.jpg


Operasi Pembenihan Awan (OPA) yang dijalankan di negeri ini berjaya menghasilkan 4.0 mililiter hujan sehingga pukul 4 petang semalam di Papar, kata Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Mohd Fuad Abdullah.

Beliau berkata pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berlepas pada 10.25 pagi dari Labuan untuk melakukan OPA sebelum tamat pada 1.56 petang dengan kejayaan operasi 67 peratus.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews
 

Attachments

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register