BTC USD 28,027.9 Gold USD 1,983.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Papan iklan tak ikut spesifikasi akan diturunkan dalam 48 jam

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,138
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,138
Reaction score
22,840
Points
1,831
Awards
1
12jejantas.transformed_1.jpg


Johor Bahru: Mana-mana papan iklan yang tidak memenuhi ciri dan spesifikasi yang ditetapkan akan diturunkan serta merta dalam tempoh 48 jam bermula hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Abd Latiff Bandi berkatam kerajaan negeri johor mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) memeriksa semula papan iklan yang dipasang pada jejantas dan bangunan di seluruh daerah.

Katanya, tindakan itu dilakukan bagi mengelakkan kejadian bumbung jejantas tercabut dan diterbangkan angin sebelum jatuh di atas laluan Lebuhraya Pasir Gudang berdekatan Taman Kobena di sini petang kelmarin.
€œKita arahkan turun dari segi keselamatan ni kita tak boleh lebih kurang kita kena pastikan soal keselamatan adalah penting.

"Kita akan semak secara keseluruhan semua papan tanda yang dibina di seluruh PBT dan kita sudah mengarahkan pihak berkenaan supaya menyemak semula bagi mengelakkan kejadian kelmarin berlaku lagi.

"Pihak kami akan melakukan siasatan menyeluruh bersama Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB) dan Jabatan Kerja Raya," katanya.

Beliau berkata, papan iklan yang terlibat dalam kejadian itu telah diberi kelulusan oleh MBJB pada 8 Januari lalu dan tamat tempoh pemasangan pada 31 Disember depan.


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/1548#sthash.5vWNGqEJ.dpuf
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register