Pantau penyebaran al-Quran salah maksud

Recommended Brokers


oldtbone

Legendary Member
Joined
May 25, 2012
Messages
17,234
Reaction score
3,685
Points
191

KAMALDIN (kiri) bersama Zaki menunjukkan al-Quran dicetak bersama tulisan rumi yang berjaya dirampas. FOTO NOORAZURA ABDUL RAHMAN








BAHAGIAN Penguatkuasaan dan Kawalan (PKK) Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mempertingkatkan kawalan percetakan al-Quran selepas mengesan pelbagai kesalahan yang boleh mencemarkan kesucian kitab itu.

Ketua Penolong Setiausaha Kanan (Seksyen Regulatori Hadith) KDN, Kamaldin Mohd Damin berkata, pihaknya memandang serius terhadap percetakan terbabit apabila pernah mengesan cetakan wajah artis pada kulit muka hadapan al-Quran.

Katanya, walaupun kejadian itu terpencil, namun adalah menjadi tanggungjawab pihaknya menjaga kesucian kitab suci diturunkan Allah SWT kepada umat Islam.

“Pihak kami cuba mengesan syarikat bertanggungjawab mencetak al-Quran itu, namun belum ditemui dan difahamkan ia dicetak sebagai hadiah.

“Dalam masa sama, kita turut merampas al-Quran ditulis dalam rumi yang juga satu kesalahan kerana pembaca akan membacanya dengan sebutan salah seterusnya membawa maksud salah.

“Alasan mereka senang, kononnya ia dicetak kepada mereka yang tidak tahu membaca tulisan Arab termasuklah kepada mualaf. Ia perbuatan tidak bertanggungjawab dan mengundang dosa,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Pemuliaan al-Quran dan Rasm Uthmani di Dewan KDN, Anak Bukit, Alor Setar, hari ini.

Turut hadir, Pengarah PKK KDN Kedah, Zaki Mohamed.

Mengulas lanjut, Kamaldin berkata, pihaknya turut mengesan al-Quran dicetak tidak mengikut Resm Uthmani seperti diguna pakai kerajaan Malaysia.

Katanya kebanyakan al-Quran masih menggunakan mushaf imlai yang tidak sesuai digunakan secara terbuka kerana boleh menyebabkan wujud beberapa kekeliruan dari segi pembacaan al-Quran.

“Kebanyakan al-Quran dicetak di Indonesia dan Thailand dengan reka bentuk yang menarik dan dijual secara atas talian termasuk ada dibawa masuk ejen dari negara berkenaan.

“KDN dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan merampas al-Quran sebegini di setiap pintu masuk negara.

“Dalam masa sama, pengimport al-Quran juga perlu mendapatkan kelulusan Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan al-Quran (LPPPQ) sebelum dibenarkan dibawa masuk,” katanya.








sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/08/490441/pantau-penyebaran-al-quran-salah-maksud
 
Sponsored Post

theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
6,168
Reaction score
386
Points
81
bukan kena belajar iqra dulu ke kalau tak tau baca al quran? mualaf2 atau yg baru nak mengaji Al Quran takkan direct terus baca Al Quran kot?

Alhamdulillah bacaan aku ok la (Wallahualam), cuma biasa la tajwid memang aku agak fail sedikit.

dan baca biasa2 je, takde la bunyi merdu mcm para Qariah tu.

cuma bagus juga beli Al Quran yang ada tafsir tu. ni baca2 kang x paham pun, elok baca dan fahami sekali.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register