Pantai Port Dickson - Pakar Kata Gigitan Bukan Dari Buaya - MB

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
SEREMBAN, 18 Jan (Bernama) -- Luka di kaki seorang pengunjung ke pantai Port Dickson yang heboh dilaporkan di akhbar dan internet kebelakangan ini bukan akibat serangan buaya atau ikan, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau yang menerima laporan dari pakar-pakar perubatan menyatakan, kesan luka tersebut mungkin disebabkan oleh punca lain tetapi bukan dari haiwan ganas.

"Ini bukan saya kata tapi menurut pakar yang meneliti kes itu, kita tidak pasti apa yang menyebabkan luka itu tapi macam-macam kemungkinan, mungkin terumbu karang," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di sini Isnin.

Katanya, belum pernah berlaku dalam sejarah Port Dickson, pengunjung diserang oleh binatang liar seperti buaya atau ikan yu.

Beliau berharap orang ramai bertenang dan tidak membuat pelbagai andaian berdasarkan spekulasi.

Beliau berkata, pada umumnya, Port Dickson merupakan pantai peranginan yang selamat dikunjungi.

"Kita ada membuat pemantauan, di pantai-pantai awam kita ada menara kawalan, kita dibantu oleh St John Ambulance, Jabatan Pertahanan Awam dan RELA," katanya.

Sama ada duduk di hotel atau mahu berkhemah di tepi pantai, orang ramai dan pelancong tidak perlu risau dengan keselamatan mereka, katanya.

Beliau mengulas laporan mengenai seorang lelaki yang mendakwa dirinya diserang dan kakinya digigit hingga parah oleh seekor binatang dipercayai buaya.

Lelaki itu, dipercayai seorang posmen, mendakwa, waktu diserang, melihat lembaga seperti buaya dengan bentuk badannya yang leper, keras dan kehitaman dalam air di pantai berkenaan.
 
Sponsored Post

azimuth

Active Member
Joined
Feb 15, 2009
Messages
2,010
Reaction score
0
Points
20
statement tkot org x dtg PD dh....
 

ykenobi

Super Active Member
Joined
Nov 19, 2008
Messages
6,422
Reaction score
14
Points
65
biase laa..ayat kaber...bg die mandi kt pd tuh..baru tau sape yg geget..hahaha..sengalnye statement
 

roBUST

Banned
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
biztu sape yg gigit?or trsagat kt batu?
 

fido1

Banned
Joined
Oct 25, 2009
Messages
7,268
Reaction score
339
Points
81
eleh...ke sebab kuakan statement ni utk menipu rakyat?maklumla,bila kua berita org kena bahaya di pd,nanti habisla tokeh2 kat pd tu..
 

zamreda

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Sep 1, 2008
Messages
31,388
Reaction score
51
Points
120
takder mende tu...pada hakikatnya mmg betul ader...

yelah tanah kat PD siapa yng punya..
 

Jeb

CG Top Poster Club
Joined
Jan 2, 2007
Messages
39,505
Reaction score
124
Points
123
buaya laut ni..huhu
 

reizwana

Active+ Member
Joined
Feb 15, 2009
Messages
2,950
Reaction score
47
Points
30
ko jgn wat citer...banyak projek berkepentingan kat PD tu...aku caye tu cume gigitan ikan kembung jer..aku ulang ikan KEMBUNG jer
 
Sponsored Post
Top
Log in Register