BTC USD 97,622.9 Gold USD 2,882.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Panjat tingkap tandas, pelajar universiti maut tergelincir dari tingkat 33

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
19,307
Joined
Dec 6, 2010
Messages
19,307
Reaction score
1,343
Points
201
6300775589862293957_121.jpg

6300775589862293956_121.jpg


Panjat tingkap tandas, pelajar universiti maut tergelincir dari tingkat 33

KAJANG - Seorang penuntut perempuan sebuah universiti tempatan maut selepas terjatuh dari tingkat 33 sebuah apartmen di Kajang, di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, mangsa yang merupakan warga asing itu ditemukan dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di koridor tingkat 12 apartmen itu.

Berdasarkan siasatan, beliau memberitahu, mangsa berusia 19 tahun itu dipercayai tergelincir ketika memanjat keluar dari tingkap kerana pintu tandas rosak.

"Kita terima maklumat daripada orang awam jam 6.34 petang mengenai kejadian.

"Pasukan perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah," katanya dalam kenyataan, di sini, pada Khamis.

Naazron memberitahu, laporan bedah siasat yang dijalankan di Hospital Serdang pada Khamis mendapati punca kematian disebabkan pelbagai kecederaan akibat jatuh dari tempat tinggi.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Ketua Polis Balai Bandar Baru Bangi, Asisten Komisioner Mohd Nasri Tesnoh di talian 017-7102042 atau mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

26 Disember 2024 08:04pm
 
Back
Top
Log in Register