BTC USD 16,968.5 Gold USD 1,797.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pangkalan Terapung Tentera Udara Diraja Malaysia di Pulau Layang-Layang

exofx

Legendary Member
gem
Messages
18,750
Joined
Aug 20, 2011
Messages
18,750
Reaction score
545
Points
161
4562042-Pulau_Layang_Layang-Pulau_Layang.jpg

118de75861e.jpg


Projek pangkalan Tentera Udara terapung di Pulau Layang-Layang atas arahan Tun Mahathir

pll1.jpg

Kedudukan pulau Layang-Layang​

KOTA KINABALU, 12 Dis (Bernama) -- Pengkalan hadapan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Terumbu Layang-Layang berjaya mengurangkan jumlah pencerobohan nelayan asing dan tentera asing di perairan itu.

Pegawai Pemerintah Terumbu Layang-Layang Leftenan Mohd Khairulislah Ahmad (TLDM) berkata kes pencerobohan nelayan asing di kawasan terumbu itu telah berkurangan dibandingkan tahun lepas sejak kapal dan bot TLDM aktif melakukan rondaan perairan.

"Kami sentiasa berwaspada 24 jam sehari mengawasi perairan terumbu negara yang kaya dengan hasil sumber asli laut yang menjadi rebutan nelayan dan kuasa asing.

"Kita akan mengawasi apakah tujuan mereka (kapal tentera asing), sama ada hanya lalu di perairan ini atau datang merisik," kata beliau.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas bilangan kali pencerobohan tentera asing, kapal tentera dan kapal selam di terumbu itu.


599188_406860086077129_526668356_n.jpg
F-18D Hornet terbang berdekatan Pulau Layang-Layang yang terletak di kawasan tuntutan bertindih di Laut China Selatan. Dulu pulau ni sekadar terumbu. Kemudian Tun Mahathir arahkan terumbu ni ditambak untuk dijadikan pulau serta pengkalan paling hadapan negara. Luas pulau ini kalau lebih kurang 2.5 km persegi. Panjang landasan sekitar 1300 meter.

DIINTIP KAPAL SELAM ASING

Seorang anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) memberitahu Bernama pengkalan itu pernah diintip oleh tiga kapal selam asing pada waktu malam. Bagaimanapun, kapal-kapal selam itu menghilangkan diri setelah kehadiran mereka berjaya dikesan dan siren amaran dibunyikan.

Lt Khairulislah berkata pemeriksaan kapal-kapal nelayan asing sentiasa dibuat dan mereka perlu mendapatkan surat keizinan pihak atasan TLDM untuk melakukan aktiviti tangkapan ikan di perairan itu.

Beliau berkata setiap bot nelayan asing yang melakukan pencerobohan akan ditahan dan dimaklumkan kepada pihak atasan yang akan memberikan arahan samada menahan, mengusir atau menyita bot nelayan asing itu.

Katanya perbezaan yang dirasakan oleh anggota TLDM di sini ialah bertugas di barisan hadapan yang sentiasa terdedah dengan ancaman luar dan sentiasa berada dalam kesiapsiagaan menghadapi ancaman yang bakal berlaku, seperti yang dilihat pada cogankata mereka di sini 'kami akan pertahankan Pulau Layang-Layang hingga ke titisan darah terakhir'.

Lt.Khairulislah berkata nilai tangkapan ikan Tuna yang terdapat di perairan Pulau Layang-Layang adalah melebihi RM70 juta setahun.

Adakah ini ada kaitan dengan tuntutan kepulauan Sptratly?


KUBU PERTAHANAN DI KEPULAUAN SPRATLY

Untuk menguatkan lagi tuntutan dan penguasaan Malaysia ke atas kepulauan ini, bertan-tan tanah dari Sabah di bawa untuk menambak Terumbu Layang-layang menjadi sebuah pulau buatan (14 kilometer persegi) dan dilengkapi dengan landasan pesawat.

Pulau Layang-layang ini dilengkapi dengan radar, stesyen pasukan khas serta landasan yang sesuai untuk pesawat dari jenis Short Take Off Landing (STOL) seperti CN235 dan C130.

Malaysia turut mempunyai kubu pertahanan yang lengkap dengan meriam serta “helipad” di Terumbu Ubi dan Terumbu Mantanani.

Filiphina turut mempunyai kubu tenteranya di Pulau Pag-Asa yang dilengkapi dengan landasan pesawat yang dikendalikan oleh Sayap Komposit Taktikal 570th.

China walaupun tidak mempunyai pengkalan yang besar di kawasan kepulauan Spratly, ia bagaimanapun mempunyai binaan setinggi 3 tingkat bangunan di Terumbu Mischief.

binaanchina.jpg

Binaan konkrit 3 tingkat milik China​

Ia juga dilengkapi dengan padang bola jaring, binaan seperti parabola, lampu suar, panel solar dan sejenis radar.

Negara itu mempunyai kubu yang kukuh di kawasan Terumbu Johnson, binaan di situ dilengkapi dengan mesin gun berkuasa tinggi dan meriam. Kapal perang China dari jenis friget Jiangwei pernah berlabuh di kawasan ini pada April 2009.

Vietnam pula turut mempunyai kubu tentera di Pulau Lagos dengan binaan seperti landasan pesawat, jeti dan sekurang-kurangnya 35 buah bangunan ketenteraan yang dikawal dengan pelbagai jenis senjata termasuk lima kereta kebal.

Penulis tidak berminat untuk menyentuh kedudukan tentera oleh negara lain di kepulauan Spratly tetapi hanya menumpukan kepada empat sahaja iaitu Malaysia, China, Vietnam dan Filiphina.


STRATEGI MALAYSIA

Malaysia membawa pembangunan yang paling pesat di kepulauan itu berbanding negara lain, Filipina menguasai pulau yang paling besar di kepulauan Spratly tetapi kesemua negara lain hanya memiliki terumbu-terumbu kecil sahaja sehinggalah Malaysia membawa masuk bertan-tan pasir untuk mengubah Terumbu Layang-layang menjadi sebuah pulau.

Kawasan tuntutan Malaysia juga mempunyai kadar simpanan minyak dan gas yang paling kaya berbanding kesemua kawasan lain di Spratly.

Malaysia turut membina pengkalan kapal selamnya di Teluk Sepanggar, Sabah sebagai persediaan menghadapi sebarang konflik di Spartly dan juga sebagai senjata cegah rintang apabila terpaksa menghadapi kekuatan yang besar seperti China.

Umum mengetahui, China mempunyai armada laut yang besar tetapi ia mempunyai kelemahan yang agak ketara dari segi kekuatan Peperangan Anti Kapal Selam.

Jarak operasi pesawat Sukhoi dan J-10 China untuk ke Spratly juga sangat jauh dan kuasa besar itu tidak mempunyai kapal induk pesawat untuk menjalankan operasi ketenteraan secara berkesan.

Sebagai contoh, Britain dalam Krisis Falkland berjaya memenangi peperangan menuntut pulau Falkland dari Argentina kerana Britain mempunyai armada laut yang kuat termasuk dilengkapi dengan kapal induk pesawat seperti HMS Hermes.

Walaupun terletak beribu batu dari kawasan konflik, Britain akhirnya menang dan peranan kapal selam Britain berjaya mencegah campur tangan tentera laut Argentina menyebabkan negara Latin Amerika itu hanya sanggup menyediakan tentera udaranya sahaja untuk menghadapi Britain.

Kemasukkan pesawat-pesawat Sukhoi 30MKM menyediakan negara sistem pertahanan yang mempunyai kemampuan menguasai udara dari jarak yang jauh, umum mengetahui jarak penerbangan Sukhoi yang beroperasi dari Gong Kedak yang terletak berhampiran Laut China Selatan memungkinkan TUDM beroperasi untuk anti perkapalan dari perairan Vietnam, Filiphina sehinggalah ke Sabah.

p/s Jarak operasi pesawat Sukhoi 30-MkM memang jauh berbanding pesawat tempur yang lain.
 
Last edited:
Sponsored Post

mrfs1978

Super Active Member
Messages
5,827
Joined
Jul 16, 2006
Messages
5,827
Reaction score
103
Points
73
pulau yang penuh dengan jaws......aku penah sampai sekali kat sini dulu atas urusan keje kat sana.....banyak burung kat sana.....yang syok bila time mancing ikan.....mmg super size......terbaik!!!!!

hanya risau bila time ribut.....gigil2 siot tgk ribut kat area tu....
 

exofx

Legendary Member
gem
Messages
18,750
Joined
Aug 20, 2011
Messages
18,750
Reaction score
545
Points
161
Penguasaan negara2 di kepulaun spratly 2011

1503400_239153682927039_1428598613_n.jpg

Pulau layang2 sebahagian dari terumbu spratlys

China telah membuat tuntutan mengenai garis sembilan-sengkang yang terbentang di sepanjang pantai di beberapa buah negara di Laut Timur, meliputi sehingga 80 peratus daripada kawasan laut tersebut.

Tuntutan China keseluruhan Kepulauan Spratly

Kisah 1 : garis sembilan -sengkang - tuntutan yang kabur

Pengkaji telah menyediakan penjelasan yang berbeza asal-usul garis ini .

Li Linghua , seorang penyelidik daripada China di Pusat Maklumat Lautan Kebangsaan , berkata " pada tahun 1946 Lin Zun membawa armada tentera laut untuk menawan semula pulau-pulau berikutan kekalahan Jepun. Antara pulau-pulau tidak diketahui kepada dunia. Jepun yang pertama diduduki mereka dan terpaksa menyerahkan mereka kepada kami selepas menyerahkan . Kami gembira untuk menerima mereka (...). Mengiringi armada adalah seorang lelaki daripada Kementerian Geologi dan Sumber yang ditentukan dengan jelas garisan yang dibayangkan berbentuk seperti lidah lembu jantan . Sekembalinya , garis telah dicetak di atas peta negara dan telah diumumkan sebagai sempadan baru ..... "

chinas-first-hand-drawn-map-of-the-bull-tongue-line-photohudong-cn-1001619-china-400.jpg

Peta yang pertama menggambarkan garis ' lidah lembu ' telah diperkenalkan pada bulan Februari 1948 oleh Jabatan China Pengurusan Sempadan di bawah Kementerian Dalam Negeri. Ia dinamakan "lidah lembu " garisan ini terdiri daripada 11 titik kerana ia menyerupai lidah lembu jantan menjilat lebih ke bawah Laut Timur.

Republik Rakyat China (dirujuk sebagai China dari sini) telah ditubuhkan pada tahun 1949 selepas pentadbiran Chiang Kai- shek melarikan diri ke pulau-pulau Taiwan dalam kekalahan perang. Pada tahun yang sama , China menerbitkan sebuah peta yang termasuk garisan "lidah lembu " sama dengan peta 1948.

Peta lidah lembu ini dijadikan alasan oleh China untuk menuntut keseluruhan kepulauan Spratly dari semua negara2 yang mengawal sekarang, peperangan perebutan mungkin akan berlaku tidak lama lagi.

rujukan http://talkvietnam.com/2013/03/nine-dotted-line-a-vague-claim/

Pencerobohan Armada Naga Biru di Lautan Spratlys Jan 2014

------------------------------------------------------------------

Pencerobohan PLAN selama 37 hari....


Menjelang tahun baru, Kapal Pengangkut pertama PLAN, ''Lioning'' kembali ke pelabuhan Qingdao setelah menempuh perjalanan 37 hari MENCEROBOH Laut China Selatan sehingga memasuki jauh ke dalam sempadan maritim Malaysia.

Malah Media China juga telah menyebarkan secara angkuh gambar2 yang boleh digelar sebagai prototaip Armada Serangan Pengangkut Pesawat China di Spratlys.

Selain pengangkut sebenar, antara pengiring dilihat pr.052C 1 pemusnah - "Haikou" pemusnah pr.051C 2 - "Shenyang" dan "Shijiazhuang" di Landing ship dock.

Selain itu terdapat pr.071 -" Changbai jika bilik dilihat dengan betul ada 3 pr.054A frigat "Yantai" dan dua nombor tidak dapat dilihat, dua kapal selam nuklear pr.093 (seperti "Shang").

Apa tindakan pihak Malaysia terhadap situasi ini?

71638_261897563985984_435092716_n.jpg


998753_261897260652681_1066273894_n.jpg


1507188_261897607319313_627449888_n.jpg


1510826_261897257319348_75684002_n.jpg

1526090_261897593985981_708486424_n.jpg


1619408_261896270652780_1594804452_n.jpg


1891103_261897577319316_879188141_n.jpg



1898000_261897270652680_1478979740_n.jpg


1911792_261897570652650_1981163536_n.jpg
 
Last edited:

zerovirus

CG Super Hardcore Club
gemgemgem
Messages
182,239
Paid Membership
Joined
Jan 25, 2009
Messages
182,239
Reaction score
109
Points
1,023
jauh dari tanah besar ni
 

kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
40,959
Joined
Apr 18, 2010
Messages
40,959
Reaction score
3,468
Points
266
Awards
1
cantik pulau ni.
dah macam dekat luar negara pulak.
 
Sponsored Post

Top
Log in Register